rencana Pertama Anda

Penciptaan rencana
Asas bantuan
Konsep dan panduan
Proses pembangunan
Meta peralatan dan kumpulan

Selamat datang ke Wikipedia! Ini merupakan satu panduan kepada beberapa perkara yang anda kena tahu sebelum mencipta artikel ensiklopedia anda yang pertama. Kami akan terangkan apa yang anda PATUT dan TIDAK PATUT untuk menulis sebuah artikel, kemudian kami akan beritahu anda bagaimana mencipta satu artikel. Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh menolong anda di sepanjang liku-liku perjalanan penulisan anda:

Cari rencana yang telah wujud

Wiki telah mempunyai 372,724 rencana. Ada kemungkinan rencana yang ingin anda cipta telah wujud, tetapi dengan nama/ejaan yang sedikit berbeza.


Sesiapa pun boleh menulis untuk Wikipedia!


Taipkan satu tajuk:
dan klik "Ciptakan rencana baru"

Disini terdapat maklumat tentang cara-cara untuk memulakan laman baru. Anda mungkin juga ingin melihat:

Asas-asas

  • Cari dan lihat jika laman yang anda ingin mulakan sudah pun wujud.
  • Mulakan laman baru dari pautan-pautan berwarna merah (pautan ke laman yang tidak wujud akan diwarnakan merah)
  • Pertimbangkan nama laman baru anda merujuk Wiki: Kelaziman penamaan tajuk rencana.

Cara-cara memulakan laman baru

  1. Daripada pautan sedia ada
  2. Dengan menggunakan URL
  3. Dengan menggunakan Kotak pasir

Daripada pautan sedia ada

Untuk memulakan laman baru, anda boleh menggunakan pautan-pautan ke halaman baru. Sambil membaca rencana-rencana di Wikipedia ini, anda mungkin terlihat pautan-pautan ke laman yang belum ditulis lagi, seperti ini: Contoh laman baru (bukan pautan sebenar). Pautan ke halaman-halaman yang masih tidak wujud akan diwarnakan merah, klik pada pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman yang dinyatakannya:

    Letakkan teks anda di sini untuk halaman baru.

Taip rencana anda di dalam kotak suntingan yang sedia ada. Apabila siap, klik pada butang 'Tunjuk Paparan' untuk semak bagaimana laman anda akan kelihatan dan juga jika terdapat sebarang kesalahan. Apabila anda berpuas hati, klik 'Simpan'.

Dengan menggunakan URL

Lagi satu cara yang lebih senang untuk memulakan laman baru ialah dengan menaip URL laman tersebut pada bar alamat pelayan web anda. Contohnya, jika anda ingin memulakan rencana tentang ayam goreng, taip:

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_goreng

Ini akan membawa anda ke halaman yang memberitahu anda bahawa rencana tersebut tidak wujud. Klik pada pautan 'sunting' dan mula menaip rencana baru tentang ayam goreng!

Dengan menggunakan Kotak pasir

Cara seterusnya ialah dengan menggunakan kotak pasir.

  • Pergi dan sunting laman kotak pasir
  • Taip pautan ke laman baru anda, seperti berikut: [[Ayam goreng]] dan tekan butang 'Simpan'
  • Klik pautan ke laman tersebut dan mula menaip!

Tags:

rencana Pertama Anda Cari rencana yang telah wujudrencana Pertama Anda Asas-asasrencana Pertama Anda Cara-cara memulakan laman barurencana Pertama Anda

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bahasa Melayu BruneiUniversiti Sultan Zainal AbidinPeristiwa Kampung MedanPenjodoh bilangan bahasa MelayuAsnafKobe Jae ChongPembenihan awanSalasilah keturunan Nabi MuhammadTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahLiberalismeLingga (Hindu)Carles PuigdemontKata ganti nama (bahasa Melayu)IndonesiaAtikah SuhaimeKhunsa (siri TV)Masjid Sri SendayanCendolProton WajaMinyak sapiLesen memandu MalaysiaEtnik MelayuArif AimanAdnan Abu HassanMasjid Wilayah PersekutuanUngku Ismail AzizJenis air untuk bersuci dalam IslamButakNik Abdul Aziz Nik MatLagi-Lagi SenarioSifat-sifat AllahSyamsul YusofLee Chong WeiSijil Pelajaran MalaysiaAmira OthmanShaheizy SamJudiKerajaan Bani UmaiyahAerofonNasabSlot LestaryKorea SelatanKota KinabaluDawoodi BohraSyafiq KyleSayu Yang SyukurNuzul QuranJohor BahruMohd Ridhuan TeeOrang BanjarSlot AkasiaMalang Si PuteriBola sepakPuncak AlamAnna JoblingSrivijayaSyed Mohd Yusof Syed NasirAmyra RosliCongkakSherry AlhadadAdnan bin SaidiDemografi MalaysiaOrang Asli di MalaysiaAzam AzmiRaja Zarith SofiahSahurKKN di Desa Penari (filem)KL GangsterThe Legend of Zelda (permainan video)Hadha min fadhle RabbiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTuakTeknologiTunku Ismail ibni Sultan IbrahimUqasha SenroseRiena Diana🡆 More