Tetris 99

Tetris 99 adalah sebuah versi Tetris, sebuah permainan video pemadan jubin, yang berada dalam talian dan percuma, yang dikembangkan oleh Arika, dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Nintendo Switch pada Februari 2019.

Menggabungkan elemen genre battle royale, Tetris 99 mempunyai hingga 99 pemain yang bersaing secara serentak untuk menyiapkan barisan dengan tetromino yang jatuh, yang seterusnya menghantar serangan dalam bentuk "barisan sampah" kepada pemain lain dengan tujuan untuk mengeluarkannya dari permainan.

Tetris 99
PembangunArika
PenerbitNintendo
PengarahRyuichi Nakada
Akito Kitamura
PengeluarIchirou Mihara
Hitoshi Yamagami
Akira Kinashi
PerekaAkito Kitamura
Makoto Hasebe
Pengatur caraHitoshi Hirashima
KomposerTeruo Taniguchi
SiriTetris
EnjinNintendoWare Bezel Engine
PlatformNintendo Switch
Pelepasan13 Februari, 2019
Pelancaran fizikal
  • JP: 9 Ogos, 2019
  • NA: 6 September, 2019
  • EU: 20 September, 2019
GenreTeka-teki, battle royale
ModPemain tunggal, multipemain

Arika kemudiannya mengembangkan permainan serupa yang dinamakan Super Mario Bros. 35, tetapi ia melibatkan permainan NES, Super Mario Bros. dan mempunyai maksimum 35 pemain.

Tatamain

Tetris 99 adalah sebuah permainan teka-teki multipemain di mana 99 pemain bermain satu sama lain pada masa yang sama, dengan tujuan untuk menjadi pemain terakhir yang berada. Seperti formula Tetris tradisional, pemain memutar dan menjatuhkan blok yang dikenali sebagai tetromino ke sebuah papan. Pemain dapat membersihkan tetromino dengan melengkapkan barisan sepanjang kedua-dua belah sisi, manakala pemain akan kalah jika tetromino melimpah keluar dari atas papan. Seperti peraturan Tetris biasa, pemain memiliki pilihan untuk menyimpan sebuah blok tetromino untuk ditukarkan bila-bila sahaja. Dengan melengkapkan beberapa barisan sekali gus atau melakukan penghapusan secara berbaris secara berturut-turut, pemain dapat menghantar "sampah" kepada pemain lain, yang akan muncul di papan mereka kecuali jika mereka dapat menghapuskan barisan dengan cepat sebagai tindak balas. Lebih banyak sampah dapat dihantar dengan menyelesaikan gerakan kombinasi berturut-turut dengan membuat "tetris" (mempadankan 4 baris sekali gus) atau melakukan "T-spin" (memasukkan tetromino berbentuk T ke dalam posisi yang tidak mungkin dicapai tanpa memutarkannya dengan cepat).

Semasa permainan, grid kecil yang mewakili 98 pemain lain dipamerkan di sisi papan utama. Pemain boleh memilih untuk menyasar pemain secara individu, atau membiarkan komputer secara automatik menyasar pemain lain berdasarkan salah satu daripada empat kriteria: pemain rawak, mereka yang menyasar pemain, mereka yang hampir dikalahkan, dan mereka yang memiliki lencana. Lencana diperoleh dengan mengeluarkan pemain dengan sampah (atau barisan kelabu), yang memberi sekepingan daripada lencana itu, bersama dengan lencana atau kepingan lain yang dimiliki oleh pemain yang dikalahkan. Semakin banyak lencana yang dilengkapkan dan dimiliki oleh pemain, semakin banyak barisan yang dapat mereka hantar kepada pemain lain pada satu masa (sehingga peningkatan 100%). Pada akhir permainan, pemain akan memperoleh poin pengalaman yang akan meningkatkan tahap mereka. Permainan ini secara berkala menampilkan acara "Piala Maximus" khas; salah satu Piala Maximus yang pertama diadakan pada bulan Mac 2019, di mana pemain-pemain yang memperoleh jumlah kemenangan tertinggi dalam tempoh satu hujung minggu akan mendapat ganjaran dalam program kesetiaan My Nintendo. Sebilangan besar acara ini menawarkan peluang kepada pemain untuk memperoleh tema khas dalam permainan berdasarkan permainan Nintendo Switch yang lain.

Pada bulan Mei 2019, Nintendo melancarkan kandungan muat turun berbayar (DLC) untuk permainan itu, yang dinamakan Big Block DLC. DLC itu menambah 4 mod luar talian secara keseluruhan: CPU Battle, di mana pemain berperang dengan 98 pemain bot; Marathon, di mana pemain main permainan Tetris tanpa henti, dan dicabar untuk mencapai skor tertinggi; Local Arena, di mana sehingga lapan pemain Nintendo Switch bermain di arena yang sama melalui wayarles tempatan; dan Two Player Share Battle, di mana dua pemain berkongsi joy-con dan main permainan yang sama dalam koperasi tempatan.

Pembangunan

Tetris 99 diumumkan semasa persembahan Nintendo Direct pada 13 Februari 2019, dan dilancarkan pada hari itu. Ia tersedia secara percuma khusus untuk pemain yang telah melanggan perkhidmatan Nintendo Switch Online. Nintendo melancarkan sebuah versi fizikal permainan itu di Jepun pada 9 Ogos 2019, di Amerika Utara pada 6 September 2019, dan di Eropah pada 20 September 2019. Edisi fizikal itu mengandungi kandungan Big Block DLC dan sebuah baucar bagi 12 bulan Nintendo Switch Online.

Penerimaan

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic83/100
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Game Informer8.5/10
GameSpot8/10
IGN8.5/10
NintendoLifeTetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 Tetris 99 

Setelah dilancarkan, Tetris 99 menerima "ulasan yang disukai secara umum" menurut agregator ulasan Metacritic. Menurut IGN, Tetris 99 adalah "pandemonium yang luar biasa dalam botol battle royale" dan bahawa "jumlah pemain yang besar benar-benar meningkatkan intensitinya." The Telegraph mengatakan permainan ini "lebih sengit daripada Fortnite" dan "semenarik seperti pertarungan permainan video yang lain."

Semasa taklimat hasil kewangan, presiden Nintendo Shuntaro Furukawa melaporkan bahawa Tetris 99 telah dimainkan oleh lebih daripada 2.8 juta pemaian pada April 2019. Furukawa juga menyatakan bahawa permainan ini telah meningkatkan "penglibatan pengguna" dengan Nintendo Switch.

Alexey Pajitnov, pencipta Tetris yang asal, menyatakan bahawa dia "menyukai permainan itu" dan menyatakannya sebagai "salah satu permainan Tetris terbaik tahun lalu. Saya sangat suka apa yang dilakukan."

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Rujukan
2019 Anugerah Golden Joystick 2019 Pemain Multipemain Terbaik Tercalon
Permainan Nintendo Terbaik Tahunan Tercalon
Anugerah Titanium Permainan Keluarga/Sosial Terbaik Tercalon
Anugerah Permainan 2019 Pemain Multipemain Terbaik Tercalon
2020 Anugerah Permainan New York Anugerah Zoo Kanak-kanak Central Park bagi Permainan Terbaik Kanak-kanak Tercalon
Anugerah DICE Tahunan ke-23 Pencapaian Terbaik dalam Tatamain Dalam Talian Tercalon
Anugerah NAVGTR Kejuruteraan Tercalon
Reka Bentuk Permainan, Francais Tercalon
Permainan, Teka-teki Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luaran

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Tetris 99, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Tetris 99 TatamainTetris 99 PembangunanTetris 99 PenerimaanTetris 99 CatatanTetris 99 RujukanTetris 99 Pautan luaranTetris 99NintendoNintendo SwitchTetris

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan Khas UdaraAn-Nuayman bin AmrSabah F.C. (Malaysia)Musang PulutKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Lencana pangkat TLDMIsa KhanSungai BulohPemancutan maniTengku Zafrul Abdul AzizSlot TiaraIpohBismillahSelangorPosisi seksualAsia TenggaraHemoroidTikTokWudukPilihan raya umum Malaysia 2022Nabi Muhammad SAWMalang Si PuteriPerang UhudPerang Dunia PertamaAdi PutraSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSenarai haiwanSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerlembagaan MalaysiaRaja Zarith SofiahSharifah ShahirahSultanah Nur ZahirahNeelofaPiala ThomasHannah DelishaHang TuahMedia sosialMenara Berkembar PetronasAyah PinNabi Yusuf a.s.Siksa KuburRogolErnie ZakriBruce GilleyPerang PadriTabbyKL Gangster 2Amy SearchJabatan Kastam Diraja MalaysiaTanda-tanda KiamatMajapahitNafiez ZaidiPolis Diraja MalaysiaLimau nipisPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Siti Khadijah HalimMona FandeyJambatan Angkat Kuala TerengganuEmpayar UthmaniyahNadhir NasarErick ThohirInsya-AllahIkan Sebelah LautDidi AstillahMandi wajibFuckFauzi NawawiJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaWings (kumpulan muzik Malaysia)Kamal Affandi HashimSkizofreniaHael HusainiNegeri-negeri Melayu BersekutuKanun KeseksaanGen1es🡆 More