Tentera Darat

Tentera (Jawi: ‏تنترا‎code: ms is deprecated ‎) merujuk kepada pasukan yang terdiri daripada askar-askar yang berkhidmat untuk gaji dan dilatih untuk berperang.

Tentera Darat
Tentera darat Republik Rakyat China

Kebanyakan negara membezakan angkatan bersenjatanya antara tentera darat, tentera laut, dan tentera udara, dan memeliharakan tiga buah pertubuhan yang berasingan. Bagaimanapun, istilah tentera biasa merujuk kepada cabang perkhidmatan tentera yang berperang berasaskan daratan, umpamanya Angkatan Tentera Malaysia,Tentera Singapura, Tentera Amerika Syarikat atau Armée de Terre Perancis.

Pada satu ketika, kebanyakan tentera udara merupakan sebahagian tentera darat; secara sejarah, Tentera Udara Amerika Syarikat berasal sebagai sebahagian Tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China menggabungkan kesemua tenteranya di bawah satu pertubuhan.

Tentera moden terdiri daripada banyak cabang (juga digelarkan perkhidmatan atau kor pentadbiran. Ini termasuk cabang-cabang pertempuran: infantri, tentera perisai, tentera meriam, dan jurutera tempur, serta juga cabang-cabang sokongan: komunikasi tentera, perisikan tentera, perubatan tentera, bekalan tentera, dan penerbangan tentera (bukan tentera udara).

Formasi

Tentera Darat juga boleh merujuk kepada sebuah pertubuhan tentera (formasi yang besar, dan terdiri daripada dua atau lebih kor. Setiap tentera dinamakan atau dinomborkan untuk membezakannya daripada tentera darat pada keseluruhannya — umpamanya, Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat dan Tentera Darat Virginia Utara. Dalam Tentera Darat British, nombor ordinal biasa diejakan, umpamanya Tentera Darat Kedua, manakala formasi yang berperingkat lebih rendah menggunakan angka, umpamanya Divisyen Ke-2.

Tentera-tentera darat (termasuk juga kumpulan tentera darat dan kancah peperangan) merupakan formasi-formasi yang besar dan berbeza-beza antara satu sama lain dari segi saiz, kandungan, dan lingkungan tanggungjawab.

Dalam Tentera Komunis Kesatuan Soviet, "tentera" merupakan formasi kor yang berperingkat lebih bawah daripada sebuah Barisan semasa berperang. Pada masa aman, tentera darat Soviet biasanya terletak di bawah daerah tentera.

Untuk hierarki tentera darat, sila lihat organisasi tentera.

Lihat juga

Tags:

AskarGajiTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

WudukAl-QuranSarah SuhairiRuhainiesKhairy JamaluddinSyed Danial Syed AhmadPahangDini SchatzmannYusof HaslamShazia RozainiTauhid RububiyahAli bin Abi TalibJustin BieberWarna Warni AidilfitriNabi Saleh a.s.Puteri BalqisMasya-AllahBukan Sekadar LafazRock Oo!Wanna AliNabi Musa a.s.AdiraKampung Medan, Petaling JayaLionel MessiMuftiElly ArifinLayang Layang PerkahwinanMenteri Dalam Negeri MalaysiaNabila HudaRevolusi PerindustrianCarles PuigdemontHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMImam MahdiUqasha SenroseMerdeka 118LabuanAllahPembenihan awanMetamfetaminaTuberkulosisAbang Johari Tun OpengKedahZara ZyaSolat hajatAdat resamBumiputera di SabahHalim RadziTakwim HijrahIpohSiti HariesaBak kut tehKata namaNasabBadli Shah bin AlauddinCuti umum di Malaysia1Syurgamu RamadhanArif AimanSurah Al-IkhlasMuhammad al-FatihSukan OlimpikSiti NurhalizaKesultanan Melayu MelakaTwitterBaba dan NyonyaBola sepakTerlanjur Cinta (drama)Hamzah bin Abdul MuttalibNazim OthmanSolat subuhNasi kerabuIndiaIbanKadazan-DusunMenara Berkembar PetronasNaim Daniel🡆 More