Kartunis Tembakau

Azhar Ahmad (29 Ogos 1972 – 18 Jun 2018) atau lebih dikenali dengan nama pena Tembakau merupakan seorang kartunis Malaysia, beliau mula meraih populariti menerusi siri cerita Kartini.

Beliau merupakan salah seorang anak didik kartunis terkenal, Ibrahim Anon (Ujang).

Tembakau
Kelahiran
Azhar bin Ahmad

(1972-08-29)29 Ogos 1972
Meninggal dunia18 Jun 2018(2018-06-18) (umur 45)
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanKartunis
Tahun aktif1995–2018

Pendidikan dan kerjaya

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya di peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Sewaktu melanjutkan pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai kartunis majalah kartun humor popular Ujang yang mana kartunis Ujang memberikan nama Tembakau kepadanya. Kartunis Tembakau kemudiannya bekerja di Kharisma Pictures sebagai penulis cerita dan skrip untuk siri animasi Usop Sontorian. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pengarah seni bagi siri animasi itu.

Pada tahun 1997, Tembakau menerbitkan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali merupakan kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.

Tembakau adalah salah seorang penggiat komik yang tidak jemu-jemu membantu dalam menyokong aktiviti PEKOMIK dan arena komik tanah air. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar Pekomik Classroom dan pemenang Anugerah Pekomik kategori Penulis Komik Terbaik dan Komik Terbaik pada tahun 2012.

Beliau juga dikatakan dalam proses menulis skrip filem Kartini yang diadaptasi dari novel grafiknya sendiri, yang pertama kali diterbitkan dalam majalah Lanun pada 1990-an.

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 18 Jun 2018, jam 10 pagi akibat serangan jantung pada usia 45 tahun selepas hampir 10 hari terlantar di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Kampung Lalang dan dikebumikan di kampung halamannya di Padang Rengas, Perak. Kartunis Tembakau meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Karya

Filemografi

Bibliografi

  • Ujang (1995-97)
  • Lanun (1997-99)
  • Buletin Lubok (1998)
  • Antologi PTS (2007)
  • Kartini
  • Rekreasi Minda

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kartunis Tembakau Pendidikan dan kerjayaKartunis Tembakau KematianKartunis Tembakau KaryaKartunis Tembakau RujukanKartunis Tembakau Pautan luarKartunis TembakauIbrahim Anon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puteri Gunung LedangNadia BrianKelantanMegat SharizalSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Kumpulan Wang Simpanan PekerjaZahirah MacWilsonAween IsmailShiqin KamalSultanah Nur ZahirahR.A. KartiniAngkatan Tentera MalaysiaTengku Amir ShahAlicia AminAmar BaharinZambry Abdul KadirMuhammad Sanusi Md NorTracie Sinidol4U2CAmerika SyarikatHantu Kak Limah Balik RumahLiberalismeImbuhan kata nama (bahasa Melayu)MajapahitAbdullah bin Ahmad BadawiSalomaYandexSarafSekolah Menengah Kebangsaan TebobonTanam paksaBandar TaipingPrabowo SubiantoTuanku Abdul RahmanBaju MelayuPerjanjian HudaibiyahJambatan Pulau PinangAhirine AhirudinChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaGula melakaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaElly MazleinMaktab MahmudLimau purutZaki AzemanSultan Muhammad VLee Chong WeiPedofiliaNabi Yusuf a.s.Piala Asia B-23 AFC 2024NegarakuHael HusainiZUS CoffeeRindu Kasih 2Wan SharmilaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailNoor AzizahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraJata MalaysiaAstro ShawNina IskandarBruneiZakar manusiaDaun terupDataran MerdekaPokok MambuFrekuensi radio di PerakBendera PalestinAdiraBukit TaburTeluk IntanWan RajaAbang Long Fadil 3Slot AkasiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahDaerah SegamatLaluan Shah AlamMuaz Zabir🡆 More