Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (secara ringkasnya, SC) adalah badan yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993, SC merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.
Untuk mempromosikan dan mengekalkan sekuriti dan pasaran hadapan yang adil, cekap, selamat dan telus bagi menyediakan pasaran kewangan yang berinovatif dan berdaya saing.
Organisasi
Ahli Suruhanjaya
Terdapat sembilan Ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dilantik oleh Menteri Kewangan:
Datuk Syed Zaid Albar (Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin (Timbalan Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi)
Datuk Dr Khaw Lake Tee (Bekas Naib Pengerusi SUHAKAM)
Johan Mahmood Merican (Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan)
Ahmad Faris Rabidin (Perunding Bebas, ADB)
Dato' Wee Hoe Soon@Gooi Hoe Soon (Ahli Lembaga Pengarah, Bank Negara Malaysia)
Datuk D.P.Naban (Rakan Kongsi Kanan, Lee Hishamuddin Allen & Gledhill)
Pengurusan Kanan
Pengerusi, Datuk Syed Zaid Albar
Timbalan Ketua Eksekutif, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin
Pengarah Urusan, Kewangan Korporat & Pelaburan, Eugene Wong Weng Soon
Ketua Pegawai Kawal Selia, Foo Lee Mei
Pengarah Pengurusan, Pejabat Pengerusi, Ong Liang Heng
Pengarah Eksekutif, Inovasi, Digital&Strategi, Chin Wei Min
Pengarah Eksekutif, Pembangunan Pasaran, Salmah Bee Mohd Mydin
Pengarah Eksekutif, Sumber Manusia dan Korporat, Nadiah Abdullah
Pengarah, Sumber Korporat, Tengku Zarina Tengku Chik
Pengerusi-pengerusi yang lalu
Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid
Datuk Ali Abdul Kadir (1 Mac 1999-29 Februari 2004)
Tan Sri Md Nor Md Yusof (1 April 2004-31 Mac 2006)
Dato' Zarinah Anwar (1 April 2006 - 1 April 2014)
Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh (1 April 2014 - 2018)
Dasar Keselamatan dan Kesihatan
SC komited dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi semua yang terlibat atau yang menerima kesan daripada operasinya sejajar dengan keperluan undang-undang, standard yang relevan dan kod amalan.
Pelaksanaan dan keberkesanan dasar ini merupakan tanggungjawab pihak pengurusan SC melalui sumber-sumbernya, latihan dan masa yang diperuntukkan serta penyertaan dan penglibatan semua kakitangannya.
SC menggalakkan budaya kerja yang selamat dan sihat, yang mana pihak pengurusan dan semua kakitangan berkongsi tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik untuk semua.
Sebuah sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan serta programnya akan dilaksanakan dan dikaji semula secara kerap bagi memastikan penambahbaikan yang berterusan.
Alamat perhubungan
Pertanyaan Umum dan Perkara-perkara yang berkaitan Korporat
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.