Silla

Silla (berbunyi Syilla; 57 SM - 935 M) adalah salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea di mana kerajaan ini merupakan salah satu wangsa yang paling lama dalam sejarah Asia.

Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Park Hyeokgeose yang merupakan pengasas bagi nama keluarga Korea iaitu Park (박, 朴) di mana kerajaan ini bermula di Persekutuan Namhan. Pada 660 Masihi, Silla telah bersekutu dengan Dinasti Tang, Silla akhirnya menakluki dua buah kerajaan lain, Baekje pada tahun 660 Masihi dan Goguryeo pada tahun 668 Masihi. Selain itu, kerajaan ini mencakupi sebahagian besar wilayah di Semenanjung Korea di mana Silla akhirnya dirujuk sebagai Silla Bersatu atau "Silla Kemudian" (Hu-silla) dan di bahagian utara pula terdapat kerajaan Balhae yang merupakan penerus bagi kerajaan Goguryeo. Setelah hampir 1000 tahun memerintah, Silla telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang akhirnya membawa kepada Tiga Kerajaan Akhir dan kerajaan-kerajaan kecil itu kemudiannya dikuasai oleh Dinasti Goryeo pada tahun 935 Masihi.

Silla (شيللا)
신라 (新羅)
57 SM–935 M
Wilayah pemerintahan Silla pada tahun 576 M.
Wilayah pemerintahan Silla pada tahun 576 M.
Ibu negaraGyeongju
Bahasa yang umum digunakanbahasa Silla
(Sebahagian daripada bahasa Korea Kuno)
Agama
Buddhisme, Konfusianisme, Taoisme, Kepawangan Korea
KerajaanMonarki
Raja 
• 57 SM – 4 M
Hyeokgeose (pertama)
• 540 M – 576 M
Jinheung
• 654 M – 661 M
Muyeol
• 661 M – 681 M
Munmu
• 681 M – 692 M
Sinmun
• 927 M – 935 M
Gyeongsun (terakhir)
Era SejarahPurba
• Penubuhan
57 SM
• Pengenalan agama Buddha
527 M
• Kempen Raja Jinheung
551 M – 576 M
676 M – 935 M
• Penyerahan kepada Dinasti Goryeo
935 M
Didahului oleh
Diganti oleh
Silla Persekutuan Jinhan
Dinasti Goryeo Silla
Silla
Hangul신라
Hanja新羅
Perumian SemakanSilla
McCune–ReischauerSilla

Nama

Sejak awal penubuhan hingga ke menjadi sebuah kerajaan yang besar, Silla telah tercatat dalam pelbagai fonetik Hanja yang hampir sama dengan nama asli Korea iaitu Saro (斯盧, 사로), Sara (斯羅, 사라), Seona[beol] (徐那[伐], (서나[벌]), Seoya[beol] (徐耶[伐], 서야[벌]), Seora[beol] (徐羅[伐], 서라[벌]), dan Seobeol (徐伐, 서벌). Pada tahun 503 M, Raja Jijeung menetapkan tulisan Hanja "新羅" yang dibaca Silla dalam bahasa Korea Moden.

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Silla NamaSilla GaleriSilla RujukanSilla Pautan luarSillaAsiaBaekjeBalhaeDinasti GoryeoDinasti TangGoguryeoHyeokgeose dari SillaNama Keluarga KoreaSebelum MasihiSejarahSemenanjung KoreaSilla BersatuTahun MasihiTiga Kerajaan Akhir KoreaTiga Kerajaan KoreaUtara

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari Kebangsaan MalaysiaInstagramMasjid Sri SendayanKerajaan Bani AbbasiyahDini SchatzmannTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPrabowo SubiantoUndang-undangIftarPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Pasukan Gerakan AmTidak beragamaPerang UhudBadmintonKerajaan TarumanagaraElizabeth TanKata hubung (bahasa Melayu)Azahari HusinGeografi JohorFarah AhmadMohd Ridhuan TeeJaafar OnnAliff AzizKota KinabaluBruneiBanserNajua NasirAliff Syukri KamarzamanAmyra RosliSabri YunusKementerian Pendidikan MalaysiaAdnan bin SaidiFrekuensi radio di JohorRangka manusiaKadazan-DusunKerisIslamKontrak sosial (Malaysia)Cuti umum di MalaysiaPuteri BalqisSunan KalijagaSemenyihLaura AnnaMatlamat Pembangunan MampanLimau nipisJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaBabiHari Paskah BesarSyed Danial Syed AhmadPembukaan Kota MekahWikipediaBaju kurungRock Oo!Tulisan JawiGeografi IndonesiaMahathir MohamadRujukan kehormatPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAsiah binti MuzahimKerajaan SalakanagaraKelurDaerah LangkawiMira FilzahKadet Remaja Sekolah MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Ikan bandarayaBahasa MelayuFrekuensi radio di KedahAstrolabPutri ArianiKelayakan Piala Asia AFC 2027Adnan Abu HassanKampung Medan, Petaling JayaBoBoiBoy🡆 More