Sekolah Vokasional

Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) (singkatan: KVSMT) merupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang terletak di bawah program aliran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional atau Technical and Vocational Education Training (TVET).

KVSMT diurus dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KV (dahulu: Sekolah Menengah Vokasional - SMV) merupakan pendidikan vokasional yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik bermula seawal tingkatan 4. KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT). Graduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang. KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori.

SMT merupakan sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Pelajar-pelajar SMT ini dibentuk menjadi seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam bidang mereka. Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional. SMT menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), mata pelajaran yang diajar di SMT adalah lebih menjurus kepada teori berbanding praktikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang TVET.

Sehingga tahun 2023, Malaysia telah mempunyai 92 buah KVSMT: 83 buah Kolej Vokasional (KV) & 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang beroperasi di seluruh Malaysia

Objektif

Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:

  1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.
  2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.
  3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan.
  4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

Program & Kursus Yang Ditawarkan (KV & SMT)

1. Kolej Vokasional (KV)

  • Seni Reka
    • Multimedia Kreatif & Animasi
    • Reka Bentuk Grafik & Media Cetak
    • Amalan Bengkel Mesin
    • Seni Reka Fesyen
  • Perniagaan
    • Pengurusan Peruncitan
    • Pengurusan Perniagaan
    • Kesetiausahaan Pentadbiran
    • Pemasaran
    • Perakaunan
    • Insuran
    • Perbankan
  • Pekhidmatan Masyarakat
    • Pengajian Awal Kanak-Kanak
  • Hospitaliti
    • Seni Kulinari
    • Bakeri & Pastri
    • Kosmetologi
    • Pelancongan
  • Teknologi Maklumat
    • Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian
    • Teknologi Sistem Pangkalan Data & Aplikasi Web
  • Teknologi Mekanikal & Pembuatan
    • Teknologi Pemesinan Industri
    • Teknologi Kimpalan
    • Teknologi Automatif
    • Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
    • Teknologi Mekanisasi Agro
    • Teknologi Pembuatan Bot
    • Teknologi Marin
  • Teknologi Elektrik & Elektronik
    • Teknologi Elektrik
    • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Awam
    • Teknologi Pembinaan
  • Pembuatan & Pemprosesan
    • Pemprosesan Makanan
    • Teknologi Pemprosesan Kayu & Kemasan
    • Bioteknologi
    • Seni Bina Landskap
  • Pertanian
    • Agroindustri Tanaman
    • Agroindustri Ternakan Ruminan
    • Agroindustri Ternakan Poltri
    • Akuakultur
    • Hortikultur

2. Sekolah Menengah Teknik (SMT)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Sains Pertanian
  • Perdagangan

Senarai KV & SMT di Malaysia

KV ERT Setapak

Lihat juga

Pautan Luar

Tags:

Sekolah Vokasional ObjektifSekolah Vokasional Program & Kursus Yang Ditawarkan (KV & SMT)Sekolah Vokasional Senarai KV & SMT di MalaysiaSekolah Vokasional Lihat jugaSekolah Vokasional Pautan LuarSekolah Vokasional

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SaleemIsmail Sabri YaakobZaman air batuSenarai haiwanJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNik Abdul Aziz Nik MatSrivijayaKata kerja transitifKhairy JamaluddinTimbalan Perdana Menteri MalaysiaFarajKhir RahmanRejimen Askar WataniahAstro ShawJenis darahSoffi JikanEmelda RosmilaKetupatSekali Lagi Cinta KembaliAman Ramli JaafarBendera MalaysiaLaluan Kelana JayaSistem pernafasanNadia AqilahSenarai bank di MalaysiaNombor telefon di MalaysiaFrekuensi radio di PerakSenarai kaum di MalaysiaRazarudin HusainBahasa InggerisNajis dalam IslamPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaMasya-AllahChacha MaembongRaja Zarith SofiahOrang Cina MalaysiaMalaysia TimurSidratulmuntahaNegeri-negeri Melayu BersekutuPerang UhudKhulafa al-RasyidinNasi lemakBaby ShimaPASKAL (filem)NegarakuAzizulhasni AwangPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaMohd Noor Helmy Abdul HalemBunga rayaPemerintahan berajaOperasi LalangEllie SuriatyPegawai memerintahDemokrasiPemboleh ubahFadillah YusofPolis EVO 3Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaWan Azizah Wan IsmailPukimakUniversiti Teknologi MARAKerajaan Bani UmaiyahSyed Mokhtar Al-BukharyEda EzrinKomunikasiHemoroidJohan GhazaliSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Johor BahruPahangSifat-sifat AllahPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuMia KhalifaSenarai parti politik MalaysiaDe FamAbdullah bin Ahmad Badawi🡆 More