Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa

Lencana SMK Seri Titiwangsa

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa

Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa Malaysia Jalan Temerloh,, Kuala Lumpur
Telefon 340214882
Faksimili 340242504
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto - USAHA MAJU JAYA
Slogan - TITIAN TITANS
Kod Sekolah WEB0233
Pengetua - Zamzuri Bin Abdullah
Penolong Kanan Akademik - Mohd Arif Bin Mohd Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar - Kamarul Nizar Bin Mohd Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum - Rosnah Bte Safee
Tahun dirasmikan - 1967

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa memiliki 214 pelajar lelaki dan 138 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 352 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 48 orang guru yang terdiri daripada 4 orang jurulatih sukan sepenuh masa dan 44 orang guru akademik termasuk 4 pentadbir sekolah. 2009

Sejarah

Sekolah Menengah Laki-laki Jalan Temerloh ialah nama asal bagi Sekolah Sukan Seri Titiwangsa yag telah ditubuhkan pada 1 Februari 1968. Sekolah ini terletak di Jalan Temerloh iaitu berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Balai Seni Lukis Negara. Pada asalnya sekolah ini diberi nama sempena nama jalan berhampiran dengannya dan oleh kerana ianya adalah sekolah untuk pelajar lelaki sahaja, maka diberi nama Sekolah Menengah Laki-laki Jalan Temerloh. Pada 6 November 1987, nama sekolah ini telah diubah menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa bersempena dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Tasik Titiwangsa.

Sekolah Sukan Seri Titiwangsa dengan rasminya ditubuhkan pada 1 Mac 2010 dan telah dipilih untuk menjadi sekolah yang berstatuskan sukan. Sekolah ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan persekitaran yang sesuai. Sebagai permulaan, lima jenis sukan telah diwujudkan iaitu bola sepak, bola jaring, hoki, olahraga dan sepak takraw. Bermula tahun 2012, sekolah ini melalui satu anjakan paradigma dalam membina identiti apabila nama sekolah dengan rasmi kini menjadi Sekolah Sukan Seri Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sekolah Sukan Negeri (SSN) telah secara rasminya diiktiraf kewujudannya apabila Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah meluluskan Pelan Pembangunan Sukan sekolah dalam mesyuaratnya pada 30 Jun 2005. Manakala, Mesyuarat Pengurusan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh18 Julai 2008 telah meluluskan pelaksanaan SSN secara rasmi dan beroperasi sebagai sebuah sekolah sukan mulai ambilan murid tingkatan 1 bermula tahun 2009 secara berperingkat. SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah dipilih secara rasmi pada 1 Mac 2010 sebagai SSN Kuala Lumpur.

SSN Kuala Lumpur adalah sebuah sekolah yang lebih memberikan fokus kepada bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi cenderung kepada pembangunan potensi murid dalam bidang sukan. SSN Kuala Lumpur menumpukan kepada 5 sukan teras iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, olahraga dan hoki serta 1 sukan pilihan iaitu silat. SSNKL bukan sahaja berperanan melahirkan atlet untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) tetapi juga menjadi “feeder” kepada Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dalam proses membekalkan atlet berkualiti kepada program sukan diperingkatkan kebangsaan.

Pencapaian

Alamat

    Nama Pengetua : Zamzuri Bin Abdullah (2020 - Kini)
    Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa
    Jalan Temerloh,53200 [Kuala Lumpur]]
    Telefon = 340214882
    Fax = 340242504
    Motto : Usaha Maju Jaya
    Tagline : Saya Hebat, Anda Hebat, Pasti Hebat

Pautan luar

www.kaunselorsmkst.blogspot.com ssnwpst.blogspot.com  

Tags:

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa SejarahSekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa PencapaianSekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa AlamatSekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa Pautan luarSekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai haiwanSolat Sunat NikahJohor Darul Ta'zim F.C.Timbalan Perdana Menteri MalaysiaMonyetAisha RetnoJabatan Kastam Diraja MalaysiaPerodua MyViPuteri Sarah LiyanaZarina ZainuddinAbang Long FadilKomunismeMamat KhalidEmma MaembongMelayuUmie AidaMia KhalifaMelitha SidabutarPiala Asia B-23 AFC 2018Kugiran MasdoRentapBendera PalestinEtnik MelayuIpohSolat hajatSkizofreniaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaRiena DianaKota DamansaraHari GawaiFahmi FadzilFrekuensi radio di SabahSarimah AhmadFilem Malaysia tahun 2024Sultan Iskandar ibni Sultan IsmailKaum DusunCuti umum di MalaysiaNa’im BrundagePolis Diraja MalaysiaLencana pangkat TLDMPolitik balas budiPasukan Operasi Khusus MalaysiaSlot AkasiaSophia LianaBurasFadlan HazimSiksa NerakaRahmad AyobZaki AzemanSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSujud sahwiMaya KarinPiala Asia B-23 AFC 2024Bunga rayaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuHubungan seksNadhir NasarAngeline TanSenarai pelakon lelaki MalaysiaMalariaTengku Permaisuri NorashikinSenarai model kereta ProtonNur (drama)Semenanjung MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaHalim RadziRemy IshakSiti SalehaBaby ShimaZahirah MacWilsonFirdaus GhufranRazarudin HusainLaskar KananSrivijaya🡆 More