Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: فرتي رعيه برساتو سراوق ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak dan juga merupakan salah satu daripada komponen empat parti politik tempatan (PBB, PRS, dan PDP) dalam Gabungan Parti Sarawak.
Parti politik ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1959 di Sarawak.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti politik yang tertua di Sarawak. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang lebih kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan penuh masyarakat Cina di Sarawak. SUPP adalah salah satu parti politik yang menerajui kepimpinan bersama dengan BN Sarawak di bawah pemerintahan Premier Sarawak yang kelima ketika itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Walaupun SUPP sah meninggalkan Barisan Nasional pada 12 Jun 2018,namun SUPP masih bekerjasama dengan bekas parti-parti komponen BN yang lain, sekaligus sepakat menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada November 2018.
Matlamat, perjuangan, visi dan misi penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada mulanya adalah dipengaruhi oleh ideologi penubuhan Persatuan Cina Malaysia (MCA). Namun begitu, SUPP ketika itu merupakan sebuah parti politik berhaluan kiri. Pada tahun 1973, SUPP telahpun mengesahkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN), bersama-sama dengan UMNO, MCA, MIC, PBB, dan USNO. Ianya berkekalan sebagai parti politik kerajaan di bawah Barisan Nasional, sehinggalah pada tahun 2018 apabila SUPP, PBB, PRS, dan PDP mengesahkan untuk berpecah daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan membentuk gabungan parti politik baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ideologi parti dan manifesto perjuangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini lebih menjurus kepada politik berhaluan tengah kanan yang lebih reformis dan stabil, lebih efektif, mengutamakan demokrasi berasaskan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, menggunapakai strategi-strategi politik yang lebih radikal, berfokuskan kepada pembangunan menyeluruh komuniti Dayak di Sarawak, cepat bertindak menyelesaikan masalah rakyat, mengutamakan hak golongan anak muda dan juga hak golongan wanita, berjiwa rakyat, matang berpolitik, berpendirian tegas, berdisiplin tinggi, berintegriti, mengutamakan kebenaran yang lebih telus, jujur, ikhlas dan amanah, serta bermaruah tinggi.
SUPP kini mempunyai 2 wakil Parlimen.
Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Sarawak | P199 | Serian | Richard Riot Jaem, YB Dato' Sri | |
P208 | Sarikei | Huang Tiong Sii, YB Dato' Sri | Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Parti Rakyat Bersatu Sarawak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.