Roti Bulan Sabit

Roti bulan sabit, roti tanduk, kroisan atau juga dikenali dengan nama bahasa Perancisnya croissant (kʁwa'sɑ̃, (bantuan·info)) merupakan sejenis roti berupa pastri yang berasal dari Perancis dicirikan bentuk menyerupai bulan sabit yang memberi asal namanya (bandingkan dengan perkataan seasal dalam bahasa Inggeris iaitu crescent).

Penghasilan roti yang berbentuk sedemikian memerlukan tahap kesabaran kerana ia dapat memakan waktu dalam tempoh beberapa hari. Ketika ini roti bulan sabit dalam jumlah yang besar biasanya dibuat dengan menggunakan mesin.

Roti Bulan Sabit
Roti bulan sabit

Terdapat pelbagai cara roti ini dijamukan dari rantau ke rantau: di Perancis, ia biasanya dijual tanpa dimasukkan isinya lalu dimakan begitu sahaja. Di negara-negara lain pula, roti jenis ini ada diisi dengan pelbagai inti seperti coklat, daging dan sebagainya.

Sejarah

Roti ini pada asalnya datang dari kifli atau kipferl, sejenis roti yang lazim di Hungary dan Austria sejak abad ke-13. Roti kifli ini diperkenalkan ke Perancis oleh August Zang, seorang pegawai tentera Austria yang membuka kedai roti khususnya sendiri pada 1838 atau 1839 di no. 92 rue de ("jalan") Richelieu in Paris. Ia menjadi sangat digemari sehingga ia lazim sebagai suatu hidangan sarapan biasa di dunia Barat sejak catatan yang wujud tahun 1869.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Carilah croissant dalam Wiktionary, kamus bebas.

Tags:

Roti Bulan Sabit SejarahRoti Bulan Sabit RujukanRoti Bulan Sabit Lihat jugaRoti Bulan Sabit Pautan luarRoti Bulan SabitBahasa PerancisBulan sabitFail:Fr-croissant.oggFr-croissant.oggPastriPerancisRotiWikipedia:Bantuan audio

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gangga NegaraMia KhalifaIkan bandarayaHans IsaacCuti umum di MalaysiaPendidikan di IndonesiaAzhar IdrusGunung KinabaluFrekuensi radio di Negeri SembilanSultanah ZanariahSunan Gunung JatiAlhamdulillahSenarai stesen radio di MalaysiaMenara Berkembar PetronasM.O.BArash MohamadFauzi NawawiBadli Shah bin AlauddinSolat subuhCiri-ciri orang munafikUthman bin AffanRoslan SalehPuncak AlamTauratSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPeristiwa 13 MeiNabiMinal 'Aidin wal-FaizinMetamfetaminaMasjid Sri SendayanAndai Itu TakdirnyaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSolat tarawihCyberpunk 2077Bendera MalaysiaSabronzoPulau PangkorP. RamleeSenarai kata pinjaman bahasa MelayuHannah DelishaSurah Al-AlaqKuala LumpurPiala Dunia B-20 FIFA 2019Zara ZyaKabung16 PuasaSukan elektronikEAbdullah bin Ahmad BadawiHero RemajaOptimismeSyed Mokhtar Al-BukharyAliff AzizSyahadahNabi Lut a.s.Sultan Nazrin Muizzuddin ShahNabi Harun a.s.CampaGeografi JohorIjazah sarjanaUlar Tedung SelarTunku Ismail ibni Sultan IbrahimBak kut tehPalestin (wilayah)Bola sepakUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaKontroversi stoking kalimah Allah 2024Pasukan bola sepak kebangsaan VietnamAwesome TVNabi Adam a.s.GajahPedofiliaFarid KamilRinggitRukun IslamBahasa Melayu BruneiTanam paksaInfrastrukturMaryam🡆 More