Rand Afrika Selatan

Rand adalah matawang rasmi Afrika Selatan.

Ia mula diperkenalkan pada 1961, sebaik sahaja negara ini merdeka daripada jajahan British dan menjadi sebuah republik, menggantikan paun Afrika Selatan sebagai matawang yang sah. Satu Rand boleh dibahagikan kepada 100 "cent". Rand boleh didapati dalam 5 wang kertas (R10, R20, R50, R100 dan R200) dan 9 duit syiling (1c, 2c, 5c, 10c, 20c, 50c, R1, R2 and R5).

Rand Afrika Selatan
Senarai
  • 10 nama rasmi lain:
  • Suid-Afrikaanse rand (Afrikaans)
  • South African rand (bahasa Inggeris)
  • iRanti yeSewula Afrika (Ndebele Selatan)
  • iRanti yoMzantsi Afrika (Xhosa)
  • iRandi laseNingizimu Afrika (Zulu)
  • liRandi laseNingizimu Afrika (Swazi)
  • Ranta ya Afrika-Borwa (Northern Sotho)
  • Ranta ya Afrika Borwa (Sotho)
  • Ranta ya Aforika Borwa (Tswana)
  • Rhandi ya Afrika Dzonga (Tsonga)
  • Rannda ya Afurika Tshipembe (Venda)
ISO 4217
KodZAR
Nombor710
Eksponen2
Jenis mata wang
Superunit
 16,500Krugerrand (nilai dipaut dengan 1 auns emas)
Subunit
 1/100cent (sen)
Bentuk jamak
rand
SimbolR
cent (sen)c
Wang kertasR 10, R 20, R 50, R 100, R 200
Syiling10c, 20c, 50c, R 1, R 2, R 5, Krugerrand
Demografi
Pengguna rasmi
Rand Afrika Selatan Afrika Selatan
Rand Afrika Selatan Lesotho
Rand Afrika Selatan Namibia
Rand Afrika Selatan Eswatini
Pengguna tidak rasmi
Rand Afrika Selatan Zimbabwe
Pengeluaran
Bank Rizab Afrika Selatan
 Tapak web
www.resbank.co.za
Penilaian
Inflasi
3.6% (Afrika Selatan sahaja)
 SumberBank Rizab Afrika Selatan, November 2010
 KaedahIHP
loti Lesotho, lilangeni Swaziland, and dolar Namibia pada tara
Catatan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penamaan

Matawang ini dinamakan sempena Witwatersrand (maksud dari bahasa Afrikaans: "rabung air putih") iaitu lombong emas pertama di Afrika Selatan yang dikenali dengan deposit emasnya ynag banyak.

Sejarah

Mata wang rand diperkenalkan dahulunya oleh Kesatuan Afrika Selatan pada 14 Februari 1961 iaitu tiga bulan sebelum tertubuhnya Republik Afrika Selatan. Sebuah "suruhanjaya pempuluhan syiling" (Decimal Coinage Commission) telah ditubuhkan sebagai suatu proses peralihan daripada matawang yang sedia ada iaitu paun, shilling dan pence serta dicadangkan pada 8 Ogos 1958. Matawang ini menggantikan paun Afrika Selatan sebagai tender sah negara ini pada kadar 2 rand kepada 1 pound, atau 10 shilling kepada 1 rand. Pemerintah negara tersebut memperkenalkan sebuah kempen pemgenalan mengenai matawang baru ini bersama maskotnya Decimal Dan (atau Dan Desimaal dalam bahasa Afrikaans) serta iklan radio untuk memaklumkan perubahan matawang tersebut kepada orang ramai.

Selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat, Rand mengalami kesan yang teruk berbanding dengan semua matawang asing, dan masalah dinegara jirannya iaitu Zimbabwe telah menurunkan nilai matawang ini. Pada Disember 2001, Rand telah mencecah tahap paling rendah iaitu 1 USD = 13.85 ZAR; Namun sejak akhir-akhir ini, Rand telah kembali kukuh terutamanya berbanding dolar Amerika. Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengenalpasti sebab-sebab penurunan Rand, tetapi agak sukar untuk mencari sebab utama penurunannya.

Pada Ogos 2004, satu duit syiling R5 telah diperkenalkan dengan sekuriti baru untuk mengelakkan pemalsuan. Unsur-unsur sekuritinya termasuklah penggunaan imej dwi-logam dan huruf mikro atau "micro-lettering".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Rand Afrika Selatan PenamaanRand Afrika Selatan SejarahRand Afrika Selatan RujukanRand Afrika Selatan Pautan luarRand Afrika SelatanAfrika SelatanRepublik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Fimie DonMartabakAdiraImam MahdiNabil AqilErra FaziraMakkahHari Raya AidiladhaTikTokSingapuraUniversiti Utara MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamMenara Berkembar PetronasAliff AzizCabang dan mazhab IslamSolo LevelingTeknologiHari BumiTwitter18 Puasa di Kampong PisangKhawarijFadlan HazimFattah AminJarell QuansahMasjid Jamek, Kuala LumpurAhmad Zahid HamidiNabi Isa a.s.KlangJoe BidenTunku Abdul RahmanBukan Kahwin PaksaBostonSaleemSrivijayaHajarulaswadYang di-Pertua Negeri SarawakHinduismeKanun Perubatan16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriRevolusi PerindustrianSheikh Muszaphar ShukorNeelofaNorreen ImanSaiful ApekBuah kerasSunan MuriaFarah AhmadMustapha KamalGrup Gerak KhasEmpayar UthmaniyahHassanal BolkiahFrekuensi radio di SelangorTeknologi maklumatPerayaan QingmingAbang Johari Tun OpengPetaling JayaHari Kebangsaan MalaysiaRindu Kasih 2Bunga rayaAndai Itu TakdirnyaZizan RazakPitt HanifMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahAerofonYasmin AhmadBendera PalestinPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaUjian dadahCongkakKetumKKN di Desa Penari (filem)Liza AbdullahPembenihan awanTengku Permaisuri NorashikinSifat-sifat AllahAwesome TVMahathir MohamadGombakKhunsa🡆 More