Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (Lanun Caribbean: Sumpahan Mutiara Hitam) ialah sebuah filem fantasi pengembaraan Amerika Syarikat tahun 2003 bersama Gore Verbinski dan diterbit bersama Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer dibintangi Johnny Depp, Orlando Bloom, Keira Knightley dan Geoffrey Rush.
Filem ini filem pertama dalam siri Pirates of the Caribbean, berdasarkan salah satu tarikan taman-taman tema Walt Disney bertajuk sama. Ia mendapat tayangan perdananya di Anaheim, California pada 28 Jun 2003.
Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl Lanun Caribbean: Sumpahan Mutiara Hitam | |
---|---|
Pengarah | Gore Verbinski |
Penulis | Cerita: Ted Elliott Terry Rossio Stuart Beattie Jay Wolpert Lakon layar: Ted Elliott Terry Rossio |
Dihasilkan oleh | Jerry Bruckheimer |
Dibintangi | Johnny Depp Orlando Bloom Keira Knightley Geoffrey Rush Jack Davenport Jonathan Pryce |
Sinematografi | Dariusz Wolski |
Disunting oleh | Stephen E. Rivkin Arthur Schmidt Craig Wood |
Muzik oleh | Gubahan: Klaus Badelt Produksi: Hans Zimmer |
Diedarkan oleh | Walt Disney Pictures Buena Vista Pictures |
Tarikh tayangan | Amerika Syarikat Kanada: 9 Julai 2003 United Kingdom: 8 Ogos 2003 |
Masa tayangan | 143 min. |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $140 juta |
Pecah panggung | $654,264,015 |
Filem ini filem cetera keluaran Disney pertama dikelaskan PG-13 oleh MPAA. Ia juga mendapat sambutan kritis positif kerana persembahan lakonan, jalan cerita serta aksi penuh lagak ngerinya. Johnny Depp terutamanya mendapat pujian kerana lakonannya sehingga dicalonkan dalam Anugerah Akademi, Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain dan Anugerah Golden Globe serta melonjaknya masyhur.
Anak perempuan seorang gabenor kota pelabuhan Port Royal, Jamaica mula mendatangkan perhatian banyak lanun-lanun sekitar suatu kapal berhantu yang disumpah penangan suatu pingat emas aneh yang dijumpainya.
Laman penghimpun ulasan Rotten Tomatoes memberi penggredan 79% berdasarkan 219 ulasan diberikan serta rating purata 7.11/10. Metacritic pula memberikan skor purata 63 peratus 100 berdasarkan 40 ulasan positif. Penonton dipilih CinemaScore memberikan gred "A" dalam skala dari A+ hingga F.
Ramai wartawan menjangkakan pada awalnya Pirates of the Caribbean akan gagal untung kerana beberapa faktor: genre pengembaraan lanun yang dianggap sukar menawan hati penonton lagi-lagi dengan kegagalan Cutthroat Island (1995) yang bergenre sama, cerita berdasarkan suatu taman temanya yang dianggap leceh serta taraf Johnny Depp yang kurang menonjol dalam filem sembarangan selain yang mendapat peminat berdedikasi.
Filem ini memungut sebanyak $46,630,690 pada hujung minggu pertamanya dan $70,625,971 sejak pembukaan pada hari Rabu; sebanyak 50.64 juta tiket terjual se-Amerika Syarikat menurut Box Office Mojo.. Ia mengutip USD$654,264,015 seluruh dunia ($348,850,097 luar A.S), lalu menjadi filem keempar paling laris 2003 bertahan selama tujuh minggu
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.