Hans Florian Zimmer (Sebutan bahasa Jerman: ( dengar);lahir 12 September 1957) ialah seorang komposer Skor filem Jerman dan penerbit rekod.
Dia adalah penerima empat Anugerah Grammy, tiga Anugerah BRIT Klasik, tiga Anugerah Golden Globe, satu BAFTA, dua Anugerah Akademi, dan dinamakan dalam senarai Top 100 Living Geniuses, diterbitkan oleh The Daily Telegraph.
Hans Zimmer | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Hans Florian Zimmer |
Kelahiran | Frankfurt, Hesse, Jerman Barat | 12 September 1957
Pekerjaan | Komposer, |
Instrumen | Piano, papan kekunci, pensintesis, gitar, banjo |
Tahun aktif | 1977–kini |
Syarikat rakaman | Remote Control Productions, Bleeding Fingers Music |
Laman sesawang |
Karya beliau terkenal kerana menyepadukan bunyi muzik elektronik dengan susunan orkestra tradisional, Sejak 1980-an, Zimmer telah mengarang muzik untuk lebih 150 filem. Karya beliau termasuk The Lion King (yang mana dia memenangi Anugerah Akademi untuk Skor Muzik Asal Terbaik pada tahun 1995), Gladiator, The Last Samurai, siri Pirates of the Caribbean, The Dark Knight trilogi, Inception, Interstellar dan Dunkirk dan Dune pada tahun 2022 dan memenangi Anugerah Akademi untuk dune.
Zimmer menghabiskan bahagian awal kerjayanya di United Kingdom sebelum berpindah ke Amerika Syarikat. Beliau ialah ketua bahagian muzik filem di studio DreamWorks dan bekerja dengan komposer lain melalui syarikat yang diasaskannya, Remote Control Productions, dahulunya dikenali sebagai Media Ventures. Studionya di Santa Monica, California dan mempunyai rangkaian luas peralatan komputer dan papan nada, membolehkan versi demo skor filem dibuat dengan cepat.
1982
1984
1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994
| 1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006 2007 2008
2009
2011 |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Hans Zimmer |
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Hans Zimmer |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Hans Zimmer, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.