Piet Retief: Perintis Afrikaner

Pieter Mauritz Retief (12 November 1780 - 6 Februari 1838) adalah seorang pemimpin Boer (Voortrekker) yang terkenal dan merupakan tokoh penting dalam peristiwa Perjalanan Dura Besar melibatkan penghijrahan ramai bagi peneroka sebangsamya.

Beliau telah menjadi jurucakap golongan petani di sempadan Cape Colony yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran British, dan menulis pernyataan Voortrekker sebelum mereka meninggalkan jajahan British tersebut.

Piet Retief
Piet Retief: Kehidupan awal, Rujukan, Bacaan lanjut
Tugu Piet Retief di Pretoria, memperingati pembunuhannya dan rombongan Boer secara beramai-ramai di tangan tentera Zulu
Kelahiran
Pieter Mauritz Retief

(1780-11-12)12 November 1780
Soetendal, Wagenmakersvallei
Meninggal dunia6 Februari 1838(1838-02-06) (umur 57)
KwaMatiwane, berhaampran dengan Hlomo amabuto, uMgungundlovu
Sebab kematianDipukul hingga mati oleh orang Zulu
DikebumikanKwaMatiwane, uMgungundlovu
28°25′37″S 31°16′12″E / 28.42694°S 31.27000°E / -28.42694; 31.27000 (Hlomo amabuto)
WarganegaraBoer, Afrika Selatan
PasanganMagdalena Johanna Greyling (sebelum kahwin: De Wet) (1782–1855)
Anak-anakDebora Jacoba (1815–1901)
Jacobus Francois (1816– )
Magdalena Margaretha (1820–1884)
Pieter Cornelis (1823–1838)
Ibu bapaJacobus Retief (1754–1821)
Debora Joubert (c.1749–1814)

Beliau juga mencadangkan Natalia sebagai destinasi akhir penghijrahan mereka dan memilih lokasi itu untuk menjadi ibu kota masa Boer pada masa hadapan. Malangnya, impian Piet Retief tidak kesampaian apabila beliau dan rombongannya dibunuh dengan kejam oleh Raja Zulu Dingane dan kaum Zulu. Pembunuhan besar-besaran Retief dan rombongannya dan pemusnahan beberapa kem Laager Voortrekker di kawasan bandar Weenen menyebabkan Pertempuran Sungai Darah di Sungai Ncome. Pihak Boer telah berjaya menewaskan tentera Zulu dan membuka Republik Natalia dengan ibu negerinya bernama Pietermaritzburg sempena nama Piet Retief yang terkorban. Kerajaaan Republik Natalia Boer tidak lama bertahan, akibat pemerintahan yang tidak berkesan dan dengan mudah tunduk kepada penjajah British.

Kehidupan awal

Retief ialah anak kepada Jacobus dan Debora Retief di Wagenmakersvallei, Cape Colony, hari ini dikenali sebagai bandar Wellington, Afrika Selatan. Keluarganya merupakan keturunan Boer Huguenot Perancis: moyangnya ialah pelarian dari 1689 keturunan Huguenot iaitu François Retif, dari Mer, Loir-et-Cher berhampiran Blois; nama nenek moyang di Afrika Selatan. Retief dibesarkan di kebun anggur milik keluarga Welvanpas, di mana beliau bekerja sehingga berumur 27 tahun.

Setelah berpindah ke sekitar Grahamstown, Retief, seperti orang Boer lain, memperoleh kekayaan melalui ternakan, tetapi mengalami kerugian berulang kali dari serangan Xhosa dalam tempoh tersebut. Ini mendorong kepada Perang Cape Frontier. (Retief mempunyai sejarah masalah kewangan. Lebih daripada sekali, beliau kehilangan wang dan harta bendanya, terutama akibat spekulasi tanah. Beliau dilaporkan telah muflis sekurang-kurangnya dua kali, ketika berada di jajahan dan di perbatasan.) Kerugian seperti itu mendorong ramai petani perbatasan untuk menjadi Voortrekkers (secara harfiah, "penggerak maju") dan berhijrah ke tanah baru di utara.

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Schirmer, P. (1980). The concise illustrated South African encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Johannesburg: Central News Agency. m/s. 212.
  • Carstens, R.; Grobbelaar, P.W. (1988). Voortrekkerlewe [Voortrekker Hidup] (dalam bahasa Afrikaans). ISBN 0-620-12295-1.

Pautan luar

Piet Retief: Kehidupan awal, Rujukan, Bacaan lanjut  Kategori berkenaan Piet Retief di Wiki Commons

Tags:

Piet Retief Kehidupan awalPiet Retief RujukanPiet Retief Bacaan lanjutPiet Retief Pautan luarPiet RetiefBoerPerjalanan Dura Besar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jean Retno AryaniMuhammad Haziq Bin NadzliTom (penyanyi)Pendidikan di IndonesiaTerengganuLaila NasirIbanAzhar SulaimanSalahuddin al-AyyubiDollaRoti canaiTwitterFardu KifayahNabi Yusuf a.s.Aedy AshrafErra FaziraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaBadarawuhi Di Desa PenariMenteri Besar PerlisBola jaringMalaysiaAbdul Rahman HashimYasmin AhmadSherry AlhadadAhmad Zahid HamidiRaja berperlembagaanAyat kursiPerodua AxiaFaralyna IdrisXPDCZambry Abdul KadirFrekuensi radio di TerengganuShah AlamPahangHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Tunku Abdul RahmanKL GangsterPenanda wacanaRakaatMandi wajibTengku Zafrul Abdul AzizAnugerah AidilfitriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unMaria OzawaPiramid Agung GizaSenarai Kementerian di MalaysiaPerubahan iklimKetupatKata adjektifAbang Long Fadil 3Sepahtu Reunion LivePulau RedangMohammed Hanif OmarWings (kumpulan muzik Malaysia)Ahmad Samsuri MokhtarTikTokFarah NabilahSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNajis dalam IslamAdiraCibaiKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPenggunaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Jam 24 jamKugiran MasdoShaharuddin ThambyBumiputeraSalasilah keturunan Nabi MuhammadIsrak dan MikrajAstro RiaNajib RazakSkop ProductionsDaerah di SabahHarimauAl-ArqamPremier Sarawak🡆 More