Phahrolrazi Mohd Zawawi

YB Dato' Ir.

Phahrolrazi Mohd Zawawi merupakan bekas ahli politik Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu dan bekas ADUN Pengkalan Kundor. Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kedah dan beliau telah menyertai Parti Amanah Negara yang merupakan sebuah parti diketuai oleh Mohamad Sabu.

Yang Berhormat Dato' Ir.

Phahrolrazi Mohd Zawawi

DSDK (Ked)
Phahrolrazi Mohd Zawawi
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Alor Mengkudu
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 28 Jun 2023
Didahului olehAhmad Yahaya
Digantikan olehMuhamad Radhi Mat Din
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
Dalam jawatan
3 Mac 2009 – 2012
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah
Dalam jawatan
?? – 2013
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pengkalan Kundor
Dalam jawatan
2008 – 2018
Didahului olehMohd Jamil Md Idross
Digantikan olehIsmail Salleh
Butiran peribadi
Lahir (1953-09-08) 8 September 1953 (umur 70)
Seberang Pendang, Kedah
Parti politikPhahrolrazi Mohd Zawawi Parti Islam Se-Malaysia(sehingga 2016)
Phahrolrazi Mohd Zawawi Phahrolrazi Mohd Zawawi Parti Amanah Negara (2016-2022)
Phahrolrazi Mohd Zawawi Phahrolrazi Mohd Zawawi Parti Keadilan Rakyat (2023-kini)
Anak-anak7
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera

Pendidikan

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Hons) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjaya

Di antara pengalaman-pengalaman beliau setelah mendapat ijazah dari UTM adalah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), pemaju perumahan, kontraktor binaan dan jurutera perunding.

Politik

Setelah menang pilihan raya umum 2008, beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerjaraya.Kemudian selepas itu dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Pada 12 April 2008, beliau dilantik menjadi Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Pilihan raya

Dalam Pilihan raya 1999, beliau menang bertanding di N17 Pengkalan Kundor dengan majoriti 675 undi . Tetapi kalah dalam Pilihan raya 2004 kepada calon BN/UMNO Mohd Jamil Idrus yang mendapat 12,584 undi. Sementara Phahrolrazi Mohd. Zawawi (Pas) mendapat 9,155 undi.

Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan N17 N17 Pengkalan Kundor dengan 12,575 undi. Sementara Mohd Jamil bin Hj Md Idross dari BN/UMNO mendapat 9,453 undi.

'Berbalah dengan Azizan Abdul Razak'

Dua daripada Exco Pas – Phahrolrazi Mohd Nawawi (Adun Pengkalan Kundor) dan Dr Ismail Salleh (Adun Alor Mengkudu) dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.” Pada hari Selasa 28 Februari 2012, Azizan cuba “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.” Lapan daripada 10 exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.

Mahfuz Omar (Pas Pokok Sena) menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab menyatakan beberapa pertubuhan pelajar memberi amaran akan mengadakan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari 2012.

Azizan dianggap seorang pemimpin tua (72 tahun) yang degil dan sukar didisplinkan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda.

Akhbar Utusan Malaysia dan pihak UMNO cuba melaga-lagakan mereka tetapi Phahrolrazi nafi wujudkan gerakan menentang Menteri Besar.

Rujukan

Tags:

Phahrolrazi Mohd Zawawi PendidikanPhahrolrazi Mohd Zawawi KerjayaPhahrolrazi Mohd Zawawi PolitikPhahrolrazi Mohd Zawawi Pilihan rayaPhahrolrazi Mohd Zawawi Berbalah dengan Azizan Abdul RazakPhahrolrazi Mohd Zawawi RujukanPhahrolrazi Mohd ZawawiAlor MengkuduKedahMohamad SabuParti Amanah NegaraPengkalan KundorPilihan raya umum Malaysia 2008

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Niezam ZaidiFrekuensi radio di Negeri SembilanMegat SharizalHady MirzaCapriceJalaluddin HassanOrang Asli di MalaysiaErra FaziraHang TuahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaLengkuasFuckPerkhidmatan awam di MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSuhaimi IbrahimKL Gangster 2Duerra MitildaQarinPersatuan Negara-negara Asia TenggaraShakira (drama)Pulau RedangMandi wajibShahrulezad MohameddinFadillah YusofPendidikan di IndonesiaSenarai mukim di PerakKucingUniversiti Teknologi MalaysiaSenarai raja-raja MelayuJoe FlizzowPerikatan NasionalHulu LangatPlayboy Itu Suami AkuKesan perubahan iklimTunku Abu BakarSusukPahamin RajabGayatri Su-Lin PillaiFrekuensi radio di KedahLaman UtamaMyKadNora DanishKota KinabaluParlimen MalaysiaTayamumBintara MudaAhli Sunah WaljamaahPakatan HarapanDidi AstillahKomanderMas Ermieyati SamsudinTanah Melayu BritishKerana Dia SukaKelapa sawitTuanku Zara SalimMelitha SidabutarGeografi IndonesiaSarafBoBoiBoyAisyah AzizSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiIpohHari DeepavaliSharifah AiniKabungAstro ShawAl-QuranHemoroidKasih Iris LeonaYandexTakdir Itu Milik AkuMalaysiaHantu Kak LimahTuanku MuhrizFarah AhmadMuaz ZabirSharnaaz AhmadGeografi JohorJohor🡆 More