Pertempuran Berlin, di namakan Operasi Serangan Strategik Berlin oleh Kesatuan Soviet, adalah penyerangan besar terakhir dalam kancah Eropah Perang Dunia II.
Pertempuran Berlin | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II | |||||||||
Gerbang Brandenburg di tengah runtuhan Berlin, Jun 1945 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
| Jerman Nazi | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Barisan Pertama Belorussia: Barisan Ke-2 Belorussia: Barisan Pertama Ukraine: | Kepimpinan:
| ||||||||
Kekuatan | |||||||||
|
| ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
|
|
Bermula pada 12 Januari 1945, Tentera Merah memecahkan barisan Jerman hasil dari Penyerangan Vistula–Oder dan mara kearah barat, sepantas 40 kilometer (25 batu) sehari menerusi Prusia Timur, Lower Silesia, Pomerania Timur, dan Upper Silesia, berhenti sementara di sempadan 60 km (37 bt) timur Berlin disepanjang Sungai Oder. Apabila serangan tersebut bersambung, dua barisan (kumpulan tentera darat) Soviet menyerang Berlin dari arah timur dan selatan, manakala barisan ketiga menyerang tentera Jerman yang berada di utara Berlin. Pertempuran didalam kota bermula dari 20 April hingga pagi 2 Mei.
Persiapan defensif pertama di pinggir Berlin telah dibuat pada 20 Mac, setelah panglima baru Kumpulan Tentera Darat Vistula, Jeneral Gotthard Heinrici, dengan tepat menjangkakan bahawa kemaraan utama Soviet akan berlaku di atas Sungai Oder. Sebelum pertempuran utama di Berlin bermula, pihak Soviet berjaya mengepung kotaraya tersebut sebagai hasil daripada kejayaan mereka didalam pertempuran Seelow Heights dan Halbe. Semasa 20 April 1945, Barisan Pertama Belorussia yang dipimpin oleh Marsyal Georgy Zhukov mula mengebom pusat bandar Berlin, manakala Barisan Pertama Ukraine Marsyal Ivan Konev telah mara dari selatan melepasi formasi terakhir Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pertahanan Jerman sebahagian besarnya dipimpin oleh Jeneral Helmuth Weidling dan terdiri daripada beberapa divisyen Wehrmacht dan Waffen-SS yang serba kekurangan, tidak dilengkapi dengan baik, dan tidak tersusun, waima SS merangkumi ramai sukarelawan asing SS, serta anggota Volkssturm dan Belia Hitler yang tidak terlatih. Di dalam masa beberapa hari, pihak Soviet dengan pantas mara kedalam kotaraya itu dan menghampiri pusat bandar yang mana berlakunya pertempuran jarak-rapat.
Sebelum pertempuran berakhir, Führer Jerman Adolf Hitler dan beberapa pengikutnya membunuh diri. Askar-askar pertahanan ibu negara itu akhirnya menyerah diri pada 2 Mei; walau bagaimanapun, pertempuran berterusan hingga ke barat laut, barat, dan barat daya Berlin sehingga penghujung perang di Eropah pada 8 Mei (9 Mei di Soviet Union) sambil unit-unit Jerman berjuang ke arah barat supaya mereka boleh menyerah kepada Sekutu Barat bukannya kepada pihak Soviet.
Nota kaki
Petikan
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Pertempuran Berlin |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pertempuran Berlin, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.