Penulis Lagu

Penulis lagu atau pengkarya lagu ialah seorang yang menulis lirik, gubahan muzik, atau gubahan melodi untuk lagu-lagu, atau kesemuanya.

Dengan kata yang lain, seorang penulis lagu ialah penulis lirik atau penggubah, ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, istilah 'penulis lagu' biasa digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang menulis lagu popular, berbanding dengan menulis lagu seni. Contoh lagu seni ialah muzik klasikal.


Sejarah dan latar belakang penulis-penulis lagu

Penulis-penulis lagu mungkin akan menyanyikan lagu yang ditulis mereka, atau mereka menulis untuk orang lain bernyanyi. Mereka yang menanyikan lagu yang ditulisnya kini biasanya dipanggil penyanyi-penulis lagu, walaupun tradisi untuk berbuat demikian telah wujud sejak beberapa ratus tahun dahulu. Manusia prasejarah sering diagak menggubah dan menyanyikan lagu. Lebih baru-baru ini, para troubadour Zaman Pertengahan menyanyi karya mereka sendiri dan demikian juga dengan Minnesinger Jerman.

Kebanyakan penulis lagu seni ditulis untuk orang-orang lain bernyanyi dan bukannya untuk penggubah bernyanyi sendiri, walaupun Franz Schubert diketahui biasa menyanyikan lagu-lagu sendiri dalam majlis-majlis peribadi. Banyak pancaragam rock n' roll moden mempunyai satu atau dua orang penulis lagu yang biasanya merupakan ahli pancaragam.

Banyak penulis lagu juga bertindak sebagai penerbit muzik sendiri, manakala yang lain mempunyai kaitan dengan penerbit-penerbit luar. Lagu-lagu rakyat Amerika biasanya ditulis oleh penulis kakitangan yang digaji oleh penerbit muzik.

Dari segi undang-undang, lagu-lagu hanya boleh disalin atau dipersembahkan di khalayak ramai dengan kebenaran penulis. Kuasa sah untuk memberi kebenaran boleh dibeli dan dijual, serta juga dipindahkan. Kesemua ini dikawal oleh undang-undang hak cipta. Royalti penulisan dan penerbitan lagu boleh merupakan sumber pendapatan yang besar, khususnya jika lagu itu menjadi rekod kegemaran ramai.

Para penulis lagu dalam genre muzik popular sering juga bertindak sebagai penerbit rekod dan biasanya menggunakan gelaran profesional penerbit-penulis lagu.

Senarai kumpulan penulis lagu

Sebilangan kumpulan penulis lagu yang popular termasuk:

  • Kumpulan Motown yang terdiri daripada Brian Holland, Lamont Dozier, dan Eddie Holland (secara kolektif dikenali sebagai Holland-Dozier-Holland)
  • Leiber dan Stoller
  • Lennon dan McCartney
  • Morrissey dan Johnny Marr
  • Elton John dan Bernie Taupin
  • Alan Jay Lerner dan Frederick Loewe
  • George dan Ira Gershwin
  • Jagger dan Richards
  • Roger Cook dan Roger Greenaway
  • Rudhy Pahlevi
  • Steven Tyler dan Joe Perry
  • Jon Bon Jovi dan Richie Sambora
  • Guy Fletcher dan Doug Flett
  • Geoff Stephens dan Tony Macaulay
  • Rodgers dan Hart
  • Bee Gees
  • Jackson bersaudara
  • Albert Hammond dan Mike Hazelwood
  • Joe Strummer dan Mick Jones
  • Ashford & Simpson
  • Robert Plant dan Jimmy Page
  • Don Henley dan Glenn Frey.

Lihat juga

  • Senarai penulis lagu
  • Dewan Kemasyhuran Penulis Lagu
  • Penyanyi-penulis lagu
  • Kolektif hak cipta
  • Muzik - Himpunan buku teks kandungan terbuka: Muzik

Rujukan

Pautan luar

Sumber-sumber untuk penulis lagu dan penerbit muzik:

Tags:

Penulis Lagu Sejarah dan latar belakang penulis-penulis laguPenulis Lagu Senarai kumpulan penulis laguPenulis Lagu Lihat jugaPenulis Lagu RujukanPenulis Lagu Pautan luarPenulis LaguGubahan muzikLaguLirikMelodiMuzik klasikalPenggubahPenulis lirik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari PekerjaHun HaqeemKerajaan MataramJean Retno AryaniAdnan bin SaidiOrang Cina MalaysiaPang Sock TaoPuaka Cuti SemesterUniversiti Sains MalaysiaUmie AidaAdiraPerak F.C.Fahrin AhmadSultan PerakPerlisMega Movie (Slot TV3)TabbyBunga rayaPiala Asia B-23 AFC 2018Johan GhazaliJ RevolusiJamal AbdillahJam 12 jamFrekuensi radio di TerengganuPeribahasa MelayuTerlanjur Cinta (drama web)Redza RosliNabila HudaZul AriffinHantu rayaPolis Diraja MalaysiaWikipediaSijil Tinggi Agama MalaysiaProton SatriaChacha MaembongKhaliq Mehtab Mohd IshaqBadarawuhi Di Desa PenariNajis dalam IslamDzulkefly AhmadMakkahGula melakaSultan Muhammad VAstrolabPerakAdam CorrieProton PersonaTuanku Abdul RahmanRosyam NorTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahJasmine Suraya ChinENabi Musa a.s.Pangkat tenteraSenarai mukim di SelangorProton ExoraSelangorIndonesiaTikTokNasha AzizSunan MuriaKhairul Azhari SautEjaDewi RemajaDewan Negeri SelangorAmelia HendersonAmerika SyarikatHamzah bin Abdul MuttalibKhadijah binti KhuwailidUpacara kematian orang CinaBella DowannaMohammed Hanif OmarGol & Gincu (filem)LiwatFauziah NawiFrancissca PeterAndai Itu Takdirnya🡆 More