2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ianya telah dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.

Transformasi tiga gelombang

Gelombang 1 (2013-2015)

Gelombang pertama bermula dari tahun 2013 hingga 2015, yang memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.

Gelombang 2 (2016-2020)

Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula kementerian.

Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3 (2021-2025)

Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Anjakan

11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11 anjakan yang perlu dilaksanakan seperti berikut

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

Lonjakan

10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk Pengajian Tinggi

Bagi sektor pengajian tinggi pula, terdapat 10 lonjakan yang perlu dicapai, antaranya

  1. Graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
  2. Kecemerlangan bakat
  3. Menghayati pembelajaran sepanjang hayat
  4. Graduan TVET berkualiti
  5. Kemampanan kewangan
  6. Pemantapan tadbir urus
  7. Ekosistem inovasi
  8. Keunggulan global
  9. Pembelajaran dalam talian tahap global
  10. Transformasi penyampaian pendidikan tinggi

Rujukan

Tags:

2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Transformasi tiga gelombang[2]2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Anjakan2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Lonjakan2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Rujukan2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia20132013 di Malaysia20256 SeptemberMenteri Pendidikan MalaysiaPusat Konvensyen Kuala LumpurTan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Perdana Menteri Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sijil Pelajaran MalaysiaMenteri Besar PerlisMenara Berkembar PetronasSkizofreniaAmar BaharinSiti HariesaIslamSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPenanda wacanaCinema (Slot TV3)Hantu dalam masyarakat MelayuShah AlamRukun IslamPiala Asia B-23 AFC 2018Lobak merahRiena DianaMalariaPutrajayaPolis Diraja MalaysiaGambir SarawakDewi RemajaPuchong, SelangorNabi Yusuf a.s.Hot FMMira FilzahProton SagaTalbis IblisMegat SharizalJ RevolusiChinaMuhammad Sanusi Md NorHadha min fadhle RabbiOrang Melayu MalaysiaLaluan Shah AlamKementerian Kesihatan MalaysiaBatu PahatNazim OthmanBahasa Melayu SabahFrekuensi radio di PahangKerenggaAzhar SulaimanSelawatBintara MudaPendidikan di IndonesiaSiti SalehaOrang Asli di MalaysiaUthman bin AffanMohammed Hanif OmarHaqiem RusliXPDCSenarai dail terus antarabangsaSenarai model kereta ProtonSolatGeografi JohorChempaka Emalin PahaminSenarai SBP di MalaysiaVincent TanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Sunan Gunung JatiKuala Kubu BharuHubungan seksAhmad Zahid HamidiTulisan JawiCik ManggisKugiran MasdoRadio Televisyen MalaysiaEmbun (filem)Slot MegaDramaSateKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaGegar Vaganza (musim 10)Pontianak Harum Sundal MalamArab SaudiMinal 'Aidin wal-FaizinAbdullah bin Ahmad BadawiKerajaan Bani AbbasiyahMohd Noor Helmy Abdul Halem🡆 More