Nokia 3210

Nokia 3210 merupakan model telefon bimbit Nokia yang sangat popular, dilancarkan pada tahun 1999.

Dengan lebih 160 juta unit dijual, model 3210 menjadi salah satu model telefon bimbit paling popular dan paling berjaya dalam sejarah.

Nokia 3210
Nokia 3210
PengilangNokia
Rangkaian serasi900 / 1800
Ketersediaan mengikut rantau1999
PenggantiNokia 3310
Penjadi rupaCandybar
Ukuran123.8 x 50.5 x 16.7-22.5 mm
Jisim151g
IngatanSehingga 250 nama dalam buku telefon
Bateri1250 mAh
PaparanLampu latar monokrom
Kamera belakangTiada
KetersambunganTiada

Reka bentuk

Nokia 3210 mempunyai berat 153g. Telefon bimbit tersebut berukuran 123.8mm x 50.5mm x 16.7mm (min), 22.5mm (max) serta menampilkan badan yang boleh ditukar ganti dengan mudah.

Ciri utama

  • Tiga permainan dipasang oleh kilang: Snake, Memory (permainan ingatan pasangan), dan Rotation. Penambahan permainan tersebut membawa jepada jumlah jualan yang tinggi di kalangan anak-anak muda yang tumbuh dengan kadar yang sangat pantas. Sesetengah versi 3210 menampilkan permainan "tersembunyi" React dan Logic. Ia diaktifkan dengan menggunakan perisian khas menggunakan kabel data.
  • Model 3210 merupakan salah satu telefon bimbit terawal yang menampilkan antena dalaman. Ia berbeza dengan kebanyakan telefon bimbit pada masa tersebut yang menampilkan antena yang besar. Isyarat penerimaan masih lagi sangat bagus, walaupun tidak sebagus pendahulunya iaitu 3110.
  • 'Pesanan bergambar' yang dihantar melalui perkhidmatan pesanan ringkas SMS ditampilkan, membolehkan pengguna menghantar gambar yang telah terpasang kepada pengguna lain. Ia termasuklah gambar 'Selamat Hari Jadi'.
  • Harga telefon bimbit ini adalah kompetitif dan disasarkan terutamanya kepada remaja dan golongan profesional muda. Pada masa inilah bermulanya zaman di mana telefon bimbit sangat mudah didapati di kalangan remaja.
  • Model 3210 merupakan model pertama yang membenarkan pengguna menggubah nada dering sendiri, satu bentuk manfaat memandangkan sebelum ini nada dering hanya boleh dihantar menggunakan SMS dan dikenakan bayaran.
  • Model 3210 asalnya direka dengan ciri getaran. Nokia mengambil keputusan untuk tidak meletakkan ciri tersebut pada sesetengah telefon bimbit. Beberapa bulan selepas dilancarkan bagi pasaran UK, sesetengah kedai telefon bimbit menawarkan naik taraf telefon bimbit kepada pelanggan untuk menambah ciri penggetar dengan mengenakan sedikit bayaran.

Spesifikasi telefon bimbit

  • Masa sedia (jam): 55-260
  • Masa bercakap (min): 180-270
  • Masa mengecas (jam): 4
  • Komposer Nada Dering
  • Dwijalur: Ya
  • Peringatan Getaran (pilihan)
  • Pendailan Pantas
  • 3 permainan
  • Antena dalaman
  • Lampu latar hijau
  • Perumah yang boleh ditukar

Kejayaan

Kombinasi beberapa ciri baharu seperti antena dajalam serta T9 menyumbang kepada kejayaan besar 3210. Kejayaan 3210 juga didorong oleh kempen pengiklanan yang disasarkan kepada golongan muda, pertama kali dalam industri telefon bimbit. Penampilan 3 permainan, penutup yang boleh ditukar ganti, antena dalaman, nada dering yang boleh dibuat sendiri serta harga berpatutan membawa kepada populariti besar telefon bimbit ini bagi golongan berusia 15–25 tahun. Ia juga lebih nipis daripada model Nokia terdahulu.

Lihat juga


Tags:

Nokia 3210 Reka bentukNokia 3210 Ciri utamaNokia 3210 Spesifikasi telefon bimbitNokia 3210 KejayaanNokia 3210 Lihat jugaNokia 3210NokiaTelefon bimbit

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Datuk (gelaran)Polis Diraja MalaysiaKhalsom binti AbdullahPendidikan di IndonesiaRazarudin HusainDaiyan TrishaMenara Berkembar PetronasHael HusainiNuzul QuranFasha SandhaTengku Permaisuri NorashikinNabi Harun a.s.Ruminah SidekTunku Abdul RahmanSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNabi Musa menyeberangi Laut MerahPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSrivijayaHari Raya AidiladhaUniversiti Kebangsaan MalaysiaTeknologi maklumatMalaikatKecerdasan buatanTwitterTempoh haram puasaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNafiez ZaidiPersatuan Negara-negara Asia TenggaraOne Cent ThiefPerlisOrang LampungInteamJalaluddin HassanDeobandiIjazah sarjanaNajua NasirMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakBostonHantu Kak Limah Balik RumahLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanBani IsraelSurah QuranPuteri Gunung LedangBendera MalaysiaSiti NurhalizaSarawakBahasa Madura16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriSumpahan JeruneiSheikh Muszaphar ShukorSandrinna MichelleFrekuensi radio di PahangSenarai peribahasa (A–M)Perodua KancilFattah AminFrekuensi radio di JohorMarian RiveraMasjid Tuanku Mizan Zainal AbidinGantangKamparSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSiti ElizadShukri YahayaJangan Menangis Cinta (drama)Senarai poskod di MalaysiaMohamed Fadzli HassanPenjajahan Jepun di Tanah MelayuZakar manusiaAlissonKuchingPenggunaBadarAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminSekolah Henry GurneyQasrina KarimAmira OthmanUniversiti Putra Malaysia🡆 More