Nico G

Nico G (dahulu Nico) merupakan sebuah kumpulan hip hop Malaysia, ditubuhkan pada 1992.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan ini telah disifatkan sebagai perintis terawal muzik hip hop di Malaysia. Mereka terkenal dengan mengetengahkan muzik jalanan dan G Funk.

NICO G
Juga dikenali sebagai
Nico (1992–1997)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreHip Hop, Rap, Street Beat, G-Funk
Tahun aktif1992–1997
2003–2004
2010–kini
Syarikat rakaman
BMG Music
Broadway Entertainment
Nico G Entertainment
AhliAbdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico)
Muzaffar Shah Baharin (Affa)
Mohd Shah Rosli (Dino)
Bekas ahliE-zad

Kerjaya

Nico

Nico atau Network International Chicanos Organization ditubuhkan pada 1992, dianggotai oleh Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino) dan dinobatkan sebagai antara perintis muzik hip hop yang terawal di Malaysia dengan mengetengahkan genre G Funk dan Street Beat.

Sepanjang tempoh itu, Nico merakamkan tiga album: Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996). Kemudian pada 2003 kumpulan Nico kembali dan merakamkan album baru bertajuk Ops Kecoh. Hanya Md Nico saja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan irama Rap dan G-Funk dianggotai bersama ahli baru iaitu E-zad sebanyak 12 buah lagu dipertaruhkan namun akibat kurang publibsiti kumpulan Nico kembali senyap dan terus hilang dari industri muzik Malaysia tetapi mereka muncul semula pada tahun 2013 dengan ahli asal iaitu Affa dan Dino dan sering membuat persembahan sehingga ke hari ini.

Nico mula meraih kejayaan dalam industri muzik tanahair menerusi single pertama mereka, "Inilah Nasibku" yang dimuatkan dalam album pertama mereka, Buatan Los Angeles. Lagu ciptaan Boon Tan dan lirik tulisan Md Nico telah mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan menjadi lagu 'trademark' kumpulan Nico sehingga ke hari ini. Setelah sekian lama menyepi dari lapangan seni muzik tanah air, Nico telah membuat kemunculan semula dengan barisan anggota asalnya yang terdiri daripada Md Nico, Affa dan Dino. Nama kumpulan ini juga telah bertukar kepada Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan ini.

Nico G melancarkan single pertama mereka, "Belia Perwira" pada 2014. Pada tahun 2017, kumpulan ini melancarkan single terbaru "Dunia Alam Fana" sempena meraikan ulang tahun ke-25 mereka.

Gegar Vaganza 2021

Nico G terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8 tetapi bertahan sampai minggu ke-3

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Inilah Nasibku Dirinya sendiri Ke-12
Minggu 2 Masih Aku Terasa Kau Gadisku Dirinya sendiri Ke-13
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Manis Datuk Zainal Abidin Ke-13 (Tersingkir)

Ahli kumpulan

Sejak Nico ditubuhkan pada 1992, kumpulan ini terus kekal dengan tiga anggota asalnya, mereka ialah:

  • Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico)
  • Mohd Shah Rosli (Dino)
  • Muzaffar Shah Baharin (Affa)

E-zad menyertai kumpulan ini pada 2003 bagi menggantikan Affa dan Dino.

Diskografi

Album studio

Lagu dan single

  • "Inilah Nasibku" (1993)
  • "Untukmu Sayang" (1993)
  • "Rindu" (1994)
  • "Kaulah Gadisku" (1996)
  • "Alamak!" (1996)
  • "Mat Danger" (1996) - Lagu tema filem Merah
  • "Bila Rindu" (2002)
  • "Belia Perwira" (2014)
  • "Dunia Alam Fana" (2017)
  • "KGB" (2019)
  • "Siaga" (2019)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nico G KerjayaNico G Ahli kumpulanNico G DiskografiNico G RujukanNico G Pautan luarNico GHip hop

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HarimauIsmail Sabri YaakobGabenor Bank Negara MalaysiaRujukan kehormatNabi Musa a.s.Tanda-tanda KiamatKementerian Dalam Negeri MalaysiaSistem pernafasanKetua Menteri MelakaDadahTengku Zafrul Abdul AzizRevolusi PerindustrianMinal 'Aidin wal-FaizinAcryl Sani Abdullah SaniZaman air batuLaluan Kelana JayaPutri JannahHukum madErma FatimaFarah AhmadLeftenan KomanderMierul AimanMahkamah MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamTV3Richeese FactoryKesan perubahan iklimGoogle ScholarHannah DelishaAsia TenggaraPerang AhzabRita NadiraSemenyihNina JurenNeelofaPilihan raya umum Malaysia 2022Ahmad Zahid HamidiSiksa NerakaPerkara yang dilarang dalam IhramPilihan raya umum Tanah Melayu 1955Kumpulan Wang Simpanan PekerjaAwieBaju kurungSekolah Dato' Abdul RazakNombor telefon di MalaysiaAstro ShawFauziah NawiCik ManggisJabatan Alam SekitarXPDCGajahEddie HamidUthman bin AffanGunung berapiMajlis Raja-RajaFrekuensi radio di SelangorHak asasi manusiaSenarai Surah Al-QuranAstro MalaysiaMat KilauYouTubeFrekuensi radio di KedahFahmi FadzilMelitha SidabutarSiti Khadijah HalimShaheizy SamUniversiti MalayaNora DanishOlahragaMalayan UnionErra FaziraMisteri DilailaNa’im BrundageAisyah Abu BakarPontianak Harum Sundal MalamSenarai Kementerian di MalaysiaMustapha Kamal🡆 More