Nama Arab: Struktur nama Arab

Dari segi sejarah, nama-nama Arab berlandaskan sistem penamaan yang panjang; kebanyakan orang Arab tidak memiliki nama seperti (nama)/(nama tengah)/(nama keluraga), akan tetapi satu rentetan nama yang lengkap.

Sistem ini digunakan di Arabia dan sebahagian Levant

Nama Arab: Laqab, Nasab, Nisbah
Tughra Sultan Mahmud II daripada Empayar Uthmaniyyah. Para pemerintah Uthmaniyyah dipengaruhi budaya Arab dan menulis nama mereka dalam gaya Arab seperti yang dapat dilihat dalam tanda tangan ini.

Ism

Ism (Arab: اسم) ialah nama peribadi (misalnya, "Karim" atau "Fatimah"). Kebanyakan nama Arab mempunyai makna yang lazimnya menunjukkan kebaikan pemiliknya. Perkataan-perkataan sedemikian digunakan sebagai adjektif ataupun kata nama dalam bahasa biasa.

    Karim maksudnya "mulia"
    Mahmud maksudnya "terpuji"

Secara amnya, konteks dan nahu dapat membezakan kata nama daripada adjektif, akan tetapi akhbar Arab kadang kala cuba mengelakkan kekaburan dengan meletakkan nama dalam kurungan ataupun tanda petikan.

Amalan Muslim

Satu bentuk nama Arab Muslim ialah gabungan Abd (lelaki) atau Amah (perempuan) – kedua-duanya mempunyai maksud "hamba," – dengan satu daripada Nama-nama Allah. Satu bentuk nama lelaki yang sering ditemui ialah "Abdullah" (Arab: عبد الله yang bermaksud "Hamba Allah"; pasangan nama perempuannya ialah "Amatullah".

Nota:

    Abd lazimnya tidak digunakan dengan nama para nabi Islam.

Amalan Kristian

Kebanyakan Arab Kristian memiliki nama yang tidak dapat dibezakan daripada Muslim melainkan mereka jarang menggunakan nama yang secara tersurat merupakan nama orang Islam, yakni, Muhammad. nama-nama berikut sering ditemui:

  • Versi Arab buat nama-nama Kristian (misalnya, nama santo: Butros untuk Peter, mahupun nama ini bukan terjemahan).
  • Nama-nama yang berasal daripada bahasa-bahasa Yunani, Armenia, dan Assyria atau Aramia.
  • Nama-nama orang Eropah, terutamanya Bahasa Perancis, Bahasa Yunani dan juga Bahasa Sepanyol di Maghribi. Ini merupakan tradisi lama buat Arab Kristian, terutamanya di Levant. Contoh:George Habash, Charles Helou, Camille Chamoun, dan lain-lain.
  • Nama-nama yang menyanjung Jesus Christ.
    Abd al-Yasuʿ (lelaki) / Amat al-Yasuʿ (perempuan) (hamba Jesus)
    Abd al-Maseeḥ (lelaki) / Amat al-Maseeḥ (perempuan) (hamba al-Masih)
      Abd al-Ilaah: Padanan nama Muslim, Abdullah, bermaksud hamba Allah, juga digunakan oleh Arab Kristian.

Laqab

Laqab (Arab: لقب  "nama keluarga") digunakan sebagai pemerian tentang seseorang.

Pada suatu ketika dahulu, ca 1,000 tahun yang lampau, laqab popular dalam kalangan masyarakat Arab. Pada hari ini laqab digunakan hanya sekiranya ia merupakan nama keluarga sebenar.

Nasab

Nasab (Arab: نسب) ialah nama pertalian keluarga dan keturunan ter­utama daripada sebelah bapa. Nasab menunjukkan keturunan dengan penggunaan ibn (bahasa Arab basahan, bin) (Arab: ابن), yang bermaksud "anak lelaki" dan bint, بنت untuk "anak perempuan".

    Ibn Khaldun (Arab: ابن خلدون) membawa makna "anak lelaki Khaldun". Khaldun ialah nama sebenar bapa, atau dalam kes ini, nama sebenar moyang pemilik nama.

Beberapa nasab boleh hadir dalam rantaian nama bagi mengesan leluhur seseorang. Contoh: Abu'l Qasim Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Hakam bin Aʿyan al-Qurasyi al-Masri (Arab: أبو القاسم عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الحكم بن اعين القرشي المصري). Ini penting pada zaman Arab purba yang mementingkan puak, suku atau kabilah dalam hal-hal pengecaman ataupun interaksi sosial. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, ibn atau bint tidak lagi digunakan, melainkan ia gaya penamaan sesebuah negara, daerah atau wilayah, misalnya: Adnan bin Abdallah. Kata majmuk ialah "Abna" (lelaki) dan "Banat" (perempuan). "Banu" dan "Bani" merupakan penggunaan untuk suku dan merangkumi kedua-dua jantina.

Nisbah

Nisbah (Arab: نسبة ialah nama yang menyatakan seketurunan. Ia boleh jadi nama biasa, tetapi lazimnya ia terdiri daripada suku nenek moyang, kota, negeri ataupun apa jua nama yang berkaitan. Nisbah digunakan dalam keluarga buat beberapa generasi.

Nota: Penggunaan laqab dan nisbah agak sama, justeru jarang sekali nama seseorang itu mengandungi kedua-dua laqab dan nisbah.

Kunyah

Kunyah (Arab: كنية) ialah sebuah nama teknonym dalam nama-nama Arab, yakni nama orang dewasa yang terbit daripada nama anak sulungnya.

Kunyah diungkapkan dengan penggunaan Abu atau Umm, iaitu "bapa" atau "ibu", sebagai satu kata hormat yang menjadi pengganti kepada, ataupun diletakkan bersama-sama, nama seorang Arab ataupun secara lebih am, seorang Muslim.

Kunyah merupakan sebahagian daripada nama Arab yang pada teorinya merujuk kepada anak sulung pemiliknya. Ia boleh dipanjangkan dengan penggunaan rujukan metafora seperti yang terdapat dalam nom de guerre (bahasa Perancis, harfiah, "nama perang") atau dalam nama samaran tanpa merujuk kepada nama anak secara literal. Penggunaan kunyah membawa makna konteks yang mesra tetapi penuh hormat.

Contoh kunyah: Abu Mazin Mahmud, buat "Mahmud, bapa Mazin" (seperti dalam nama Mahmud Abbas)

Contoh Nama

محمد بن سعيد بن عبد العزيز الفلسطيني
Muhammad ibn Saeed ibn Abd al-Aziz al-Filasteeni
Transliterasi: muḥammad ibn saʻīdi ibn ʻabdi l-ʻazīzi l-filasṭīnī

    Ism - Muhammad (Nama betul). Muhammad: "yang dipuji".
    Nasab - Saeed (Nama bapa). Saeed: "gembira".
    Nasab - Abd al-Aziz (Nama datuk). Abd al-Aziz: Hamba (kepada Yang) Maha Gagah
    Nisbah - al-Filasteenee (orang/dari Palestin). Filasteen: Palestin.
    Maksud nama dalam bahasa mudah

"Muhammad, anak lelaki Said, anak lelaki Abdul Aziz, orang/dari Palestin"

Orang ini boleh dipanggil "Muhammad" atau dengan merujukkannya kepada anak sulungnya, misalnya :"Abu Karim" (bapa Karim) atau "Abu Khalid" (bapa Khalid). Bagi menunjukkan hormat ataupun bagi menetapkan "Muhammad" yang mana yang dimaksudkan, namanya boleh dipanjangkan.

    Contoh nama wanita

Fatimah bint Tariq bin Khalid al-Fulan" bermaksud "Fatimah, anak perempuan Tariq, Anak lelaki Khalid; daripada keluarga al-Fulan." Sama dengan lelaki, pemilik nama ini boleh dipanggil "Fatimah" ataupun dengan kunyahnya.

    Penggunaan kunyah

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya "Muhammad" mempunyai anak sulung bernama "Khalid", beliau boleh juga dipanggil dengan "Abu Khalid" atau "Abu Khalid Muhammad". Buat "Fatimah" pula, beliau boleh dipanggil "Umm Khalid".

    Contoh nama penuh

Abu'l Qasim Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Hakam bin Aʿyan al-Qurasyi al-Masri
أبو القاسم عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الحكم بن اعين القرشي المصري

Rentetan nama penuh buat Ibn Abdul Hakam, seorang tokoh sejarah lampau, di atas mempunyai kunyah, ism, nasab, dan nisbah, tetapi tidak mempunyai laqab.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nama Arab LaqabNama Arab NasabNama Arab NisbahNama Arab KunyahNama Arab Contoh NamaNama Arab Lihat jugaNama Arab RujukanNama Arab Pautan luarNama ArabArabiaLevant

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aedy AshrafUqasha SenroseKecerdasan buatanPetronasPantang larang MelayuSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Azan dan iqamatHantu Kak Limah Balik RumahSuso (pemain bola sepak)Liga HansaRozita Che WanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRoy AzmanHamidah WahabRukun solatTracie SinidolPerjanjian PrespaUjian dadahBeto KusyairyKhalsom binti AbdullahKugiran MasdoIslamSekolah Menengah Kebangsaan LikasTwitterHari BumiShukri YahayaNegeri SembilanKerajaan TarumanagaraPiala Dunia FIFA 2014Senarai Kementerian di MalaysiaSijjin (filem 2023)Bandaraya MexicoKi Hadjar DewantaraSenarai Yang di-Pertuan AgongSolatSunan MuriaAsbab al-nuzulTentera Darat MalaysiaPenanda wacanaMelakaPhilippe CoutinhoSainsDataran MerdekaSurah Al-AlaqIndiaKabungDaerah di SabahHarris AlifNur Qistina RaisahDiego MaradonaProton ExoraGunung SinaiPerang Dunia KeduaAzhar IdrusBandar Raya MexicoAsmadi Mohamed NaimJam 24 jamBatu Pahat12 Dewa OlympusPuteri BalqisIsteri-isteri Nabi MuhammadNabi Sulaiman a.s.KonfusianismeLayang Layang PerkahwinanNusyuz Berkiblat CintaZakar manusiaMuhamad Akmal SalehZiana ZainSenarai saluran AstroAnwar IbrahimYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanWhatsAppKhulafa al-RasyidinChris EvansSultan Mizan Zainal AbidinKesultanan Johor-Riau🡆 More