Mahram

Mahram (Arab: محرم) ialah orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana faktor tertentu. Ia terbahagi kepada dua larangan iaitu :-

  1. Larangan kekal (Muabbad)
  2. Larangan sementara (Muaqqat)

Larangan kekal (Muabbad)

Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
  • ibu-ibu kamu, dan
  • anak-anak kamu, dan
  • saudara-saudara kamu, dan
  • saudara-saudara bapa kamu, dan
  • saudara-saudara ibu kamu dan
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
  • saudara-saudara susuan kamu, dan
  • ibu-ibu isteri kamu, dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
  • Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
  • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)

Larangan sementara (Muaqqat)

Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan mahram sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan mahram.

Termasuk bukan mahram ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Meskipun di beberapa negeri Islam ada 'urf yang melarang seseorang berkahwin dengan sepupu, tetapi itu bukan bererti berkahwin dengan sepupu itu tidak dibenarkan mengikut syarak, kerana syarak lebih tinggi daripada 'urf.

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Kata hubung (bahasa Melayu)Geografi IndonesiaFahmi FadzilAgama BuddhaBak kut tehPrivate BodyguardPeraturan bola jaringPokok MambuShah AlamWanna AliAsertifIkan bandarayaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamMenara Berkembar PetronasKerajaan Persekutuan MalaysiaBella DowannaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAzahari Husin17 PuasaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Peringkat magnitud (jisim)Kerajaan SalakanagaraKampung Medan, Petaling JayaEyka FarhanaKelurPendidikan di IndonesiaKadazan-DusunPihak Bersekutu Perang Dunia IMasjidKabupaten Lampung TengahZakat fitrahZakar manusiaJabatan Imigresen MalaysiaStadium Nasional Bukit JalilTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahKanun KeseksaanSekolah Henry GurneyJasmine Suraya ChinDaerah LangkawiAlgeriaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalRujukan kehormatRinggitSyafiq KyleChacha MaembongHero RemajaPasukan bola sepak kebangsaan VietnamMona FandeyNeelofaSlot SamarindaSenarai saluran Astro NJOIIndiaPerakHannah DelishaNabi Ya'akub a.s.Senarai sistem badan manusiaTunku Abu BakarPembenihan awanJohor Darul Ta'zim F.C.HaidDaerah di SabahAbdul Razak HusseinMalaysia MadaniSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaAeril Zafrel7 Hari Mencintaiku (musim 3)Dawoodi BohraHarris AlifPenjodoh bilangan bahasa MelayuSubang JayaJudiTidak beragamaSolat tarawihJohorCongkak16 Puasa🡆 More