Logam Lemah

Logam lemah adalah nama yang diberikan kepada unsur-unsur logam selepas blok p dalam jadual berkala.

Penamaan ini bukanlah nama piawai dah lebih merupakan nama remeh. Logam-logam ini juga dikenali sebagai logam panca peralihan. Takat lebur dan takat didih logam-logam lemah pada amnya lebih rendah daripada logam peralihan manakala keelektronegatifan logam-logam lemah pula lebih tinggi daripada logam peralihan. Logam lemah juga kurang keras berbanding dengan logam peralihan. Logam lemah adalah berbeza daripada metaloid kerana dalam lajur yang sama takat didih logam lemah lebih tinggi daripada metaloid.

Logam Lemah
Logam lemah yang di jadual berkala(biru)


Penamaan ini bukanlah mengikut peraturan penamaan IUPAC yang ketat. Pada amnya, kumpulan ini merangkumi aluminium, galium, indium, timah, talium, plumbum dan bismut. Kadang kala, germanium, antimoni dan polonium juga digolong sekali dalam kumpulan logam lemah, akan tetapi logam-logam ini lebih biasa dianggap sebagai metaloid atau semilogam. Unsur 113 hingga 116, iaitu nihonium, flerovium, moscovium and livermorium, kemungkinan sekali akan mempunyai sifat-sifat logam lemah. Walau bagaimanapun, sifat-sifat kimia logam-logam ini belum dapat dipastikan kerana kuantiti yang mencukupi belum dapat dihasilkan di dalam makmal.

Tags:

Jadual berkalaKeelektronegatifanLogam peralihanMetaloidTakat didihTakat leburUnsur

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perkahwinan menurut IslamShah RezzaBahasa CinaNur FazuraSenarai Yang di-Pertuan AgongFrekuensi radio di PahangKerajaan SalakanagaraBaju kurungHawa RizwanaAsmara (drama)The Original GangsterMohd Noor Helmy Abdul HalemSri Pahang FCPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiDewan Negeri SelangorProton Holdings BerhadYasmin NapperChempaka Emalin PahaminZaki AzemanNabi Ibrahim a.s.KelantanKata kerja tak transitifDoa IftitahCerita Rakyat MalaysiaFauzi NawawiPiala Asia AFCSenarai perbandingan pangkat tenteraMat KilauElizabeth TanDaerah LangkawiTunku Aminah Maimunah IskandariahPeristiwa Kampung MedanSalomaSelawatHolokusNafiez ZaidiAdnan bin SaidiCiri-ciri orang munafikPasukan Gerakan AmNegeri-Negeri SelatIndeks Pembangunan ManusiaAmelia HendersonFarajTrisha OoiHaidAzizulhasni AwangDollaRukun ImanJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahDaerah di SabahKhunsa (siri TV)Tengku Permaisuri NorashikinBugisSharifah HusnaMusang PulutLelaki ItuPerikatan NasionalPolis Diraja MalaysiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalAzhar IdrusSolat subuhSaifuddin Nasution IsmailHari Raya AidilfitriJep SepahtuRosyam NorSyamim FaridMalang Si PuteriSheikh Muszaphar ShukorJabatan Perangkaan MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuKuala TerengganuSunan BonangSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKerajaan Persekutuan MalaysiaNombor perdanaTauhid RububiyahSurah al-BaqarahNelydia SenroseErysha Emyra🡆 More