Lapis lazuli merupakan sejenis batu separa pemata yang agak jarang ditemui dan diminati ramai sejak dahulu kala kerana warna birunya yang amat indah menyejukkan mata yang memandang.
Lapis lazuli لاڤيس لازولي | |
---|---|
Contoh lapis lazuli yang gilap. | |
Maklumat am | |
Kategori | Batu |
Formula kimia | campuran bahan galian |
Pengecaman | |
Warna | Biru, dibelak dengan kalsit putih dan pirit seakan loyang |
Tabii hablur | Padat, masif |
Sistem hablur | Tiada, kerana lapis lazuli adalah batu. Lazurite, the main constituent, frequently occurs as dodecahedra |
Pembelahan | Tiada |
Fraktur | Konkodial tak sekata |
Kekerasan skala Mohs | 5–5.5 |
Kilau | kusam |
Indeks biasan | 1.5 |
Guris | biru muda |
Graviti tentu | 2.7–2.9 |
Ciri-ciri lain | Kelainan dalam komposisi menyebabkan kelainan besar dalam nilai-nilai yang tersebut. |
Lapis lazuli pernah dicari gali di wilayah Badakhshan di Afghanistan sejak seawal alaf ke-3 SM, apalagi terdapat punca lapis lazuli yang ditemui di sejauh timur kawasan sekitar Tasik Baikal di Siberia. Perdagangan dalam batu permata ini cukup purba untuk meninggalkan barang kemas buatan lapis lazuli yang ditemui di tapak-tapak Mesir Prawangsa dan Sumeria purba, dan juga manik lapis lazuli di tapak pengebumian neolitik di Mehrgarh, Kaukasus, dan sejauh-jauhnya dari Afghanistan seperti Mauritania.
Lapis lazuli adalaj sejenis batu yang banyak terbentuk daripada mineral lazurit.
Komponen utama lapis lazuli ialah lazurit (25% hingga 40%) iaitu sejenis mineral silikat feldspatoid dengan rumus (Na,Ca)8(AlSiO4)6(S,SO4,Cl)1-2. Kebanyakan lapis lazuli juga mengandungi kalsit (putih), sodalit (biru), dan pirit (kuning). Juga mungkin terkandung: augit; diopsida; enstatit; mika; hauyinit; hornblend, dan nosean. Sesetengah lapis lazuli mengandungi kesan varian loellingit yang kaya dengan sulfur iaitu geyerit.
Lapis lazuli biasanya menjadi dalam marmar berhablur hasil daripada metamorfisme sentuh.
Lapis adalah perkataan Latin untuk "batu", sementara lazuli merupakan bentuk genitif bagi lazulum dalam bahasa Latin Pertengahan yang diserap dari bahasa Arab iaitu لازورد lāzaward yang bermaksud "langit" kerana langit berwarna biru; oleh itu, nama batu ini bermaksud "batu langit". Lāzaward juga datang dari bahasa Parsi لاژورد lāzhward , iaitu satu tempat perlombongan lapis lazuli. Maka daripada itu, lapis lazuli bererti "batu Lāzhward".
Nama Lāzhward dikaitkan dengan batu permata yang digali di situ, dan lama-kelamaan juga warnanya. Maka lahirnya kata-kata seasal dalam bahasa-baahsa Perancis (azur), Romania (azur dan azuriu), Itali (azzurro), Poland (lazur), Sepanyol dan Portugis azul.
Lapis lazuli ditemui dalam batu kapur di lembah Sungai Kokcha di wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan, di mana endapan lombong Sar-e-Sang telah diusahakan selama lebih 6,000 tahun. Afghanistan merupakan sumber belakang lapis lazuli untuk tamadun Mesir dan Mesopotamia purba, dan juga Yunani dan Rom yang menyusuli. Pada kemuncak tamadun lembah Indus sekitar 2000 SM, jajahan Harappa yang kini bergelar Shortugai telah ditubuhkan dekat dengan lombong lapis.
Selain endapan Afghanistan, lapis lazuli telah sekian lama digali di Andes (dekat Ovalle, Chile), kawasan Tasik Baikal di Russia; Siberia; Angola; Argentina; Myanmar; Pakistan; Kanada; India; dan negeri California dan Colorado di Amerika Syarikat.
Lapis lazuli boleh digilap hingga berkilau sekali dan dibuat kepada barang kemas, hasil ukiran, peti, mozek, barang hiasan, dan pasu bunga. Lapis lazuli juga dikisar dan diproses untuk membuat pigmen biru pekat untuk membuat cat tempera dan jarang-jarang sekali cat minyak. Kegunaannya sebagai pigmen untuk cat minyak berakhir pada awal abad ke-19 apabila terdapatnya pigmen buatan yang seiras dengannya iaitu "biru pekat Perancis".
Di Mesir purba, lapis lazuli digemari untuk membuat tangkal hiasan seperti tangkal kumbang; ia juga digunakan di Mesopotamia purba oleh kaum Sumeria, Akkad, Assyria, dan Babylon untuk membuat mohor dan batang kemas. Barang kemas lapis lazuli telah ditemui di tapak penggalian Mesir Prawangsa di Naqada (3300–3100 SM). Serbuk lapis lazuli pernah digunakan sebagai pembayang mata oleh Cleopatra.Di Mesopotamia, artifak lapis lazuli amat banyak ditemui, terutama sekali di Permakaman Diraja Ur (2600-2450 BC). Patung Ebih-Il abad ke-25 SM yang ditemui di Mari, Syria menggunakan inlai lapis lazuli yang diimport dari sejauh timur Afghanistan.
Pada zaman purba, lapis lazuli disamakan dengan nila iaitu nama yang kini memaksudkan batu jenis korundum biru.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan: Lazuardi. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Lazuardi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.