Kuih Makmur: Kuih tradisional

Kuih Makmur merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya. Oleh itu kadang kala ia juga dikenali sebagai biskut makmur. Selain itu, gula ising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula ising.

Kuih makmur
Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran
Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran
Kuih/Biskut makmur.
JenisKek, pastri, kue
Jenis sajianSnek, Pencuci mulut
Tempat asalKuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran Brunei
Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran Indonesia
Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran Malaysia
Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran Singapura
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Dicipta olehOrang Melayu
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaMentega, minyak sapi dan tepung gandum
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terdapat beberapa resipi bagi menghasilkan kuih makmur, ada yang hanya menggunakan putih telur dan ada yang menggunakan keseluruhan telur. Kuih Makmur menggunakan putih telur tidak begitu gebu dan agak rangup, sementara yang menggunakan keseluruhan telur lebih gebu dan lemak, dan rapuh.

Ketika penyediaan, doh tidak perlu diuli terlalu lama kerana haba dari jari-jemari akan mencairkan lemak di dalam doh dan sekiranya tepung ditambah, kuih makmur yang terhasil akan menjadi keras.

Asal

Kuih makmur berasal dari kuih Ma'amoul yang popular di Timur Tengah, berkemungkinan dibawa oleh orang-orang yang mengembara atau menuntut di Timur Tengah dan disesuaikan dengan citarasa dan bahan-bahan tempatan yang lebih mudah diperolehi seperti kacang tanah, berbanding resipi asal yang memerlukan kurma, kacang walnut atau pistachio sebagai inti.

Kuih makmur ini popular di Malaysia dan ada terdapat dijual secara meluas terutama pada musim perayaan. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama

Nama Makmur berkemungkinan berasal dari Ma'amoul [mɑʕmuːl]  (Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran  dengar), sejenis pastri dari Timur Tengah yang mempunyai rupa dan tekstur yang seakan-akan sama. Ianya popular di Syria, Lebanon dan negara-negara Levant lain, terutamanya pada bulan Ramadan.

Penyebaran

Kuih makmur ini adalah popular diseluruh Malaysia dan jualannya amat menggalakkan. Kuih ini ada dijual di mana-mana, tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya adalah bermusim.

Kuih makmur mempunyai rasa yang amat manis dan berlemak dan ia juga mudah lerai dan hancur, dengan itu kurang digemari kerana dianggap menyelekehkan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak.

Kuih makmur kurang diminati dikalangan golongan muda sebagai makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Selain itu ia dianggap mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dengan itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Ia juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Rujukan

Kuih Makmur: Asal, Nama, Penyebaran 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Tags:

Kuih Makmur AsalKuih Makmur NamaKuih Makmur PenyebaranKuih Makmur Dalam budaya popularKuih Makmur RujukanKuih MakmurKelantanKuihMinyak sapiTelurTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sumber primerKelayakan Piala Dunia FIFA 2026ShideeBank RHBGangga NegaraSudirman (penyanyi)KelantanSibuLembah BujangKebudayaan MalaysiaGantangHari Raya AidilfitriPuteri Sarah LiyanaSelambutAmyra RosliSultan JohorAzan dan iqamatSifat-sifat AllahPembentukan MalaysiaSenarai Saintis IslamMuhamad Akmal SalehIsrafilKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mahkamah MalaysiaAlhamdulillahSugionoOrang Asli di MalaysiaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Karim BenzemaZarina ZainuddinAsiah binti MuzahimKontrak sosial (Malaysia)AsnafJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaPutrajayaHari GawaiAzira ShafinazKugiran MasdoHari Paskah BesarDatuk (gelaran)Kematian Zulfarhan Osman ZulkarnainRozita Che WanUnifi TVNina IskandarSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahKanun KeseksaanDompet digitalUnited KingdomSunan Gunung JatiOptimismeLondonMuftiKelayakan UEFA Euro 2024Sultanah ZanariahArif AimanSolat Sunat RawatibP. RamleePembenihan awanHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMInternazionale Milano F.C.Rumah teresAeril ZafrelSyirikSyiahNora DanishSharifah ShahirahKorea SelatanSimpulan bahasaJohor BahruFrekuensi radio di Johor15 Puasa (telefilem)Yusof HaslamErysha EmyraFimie DonFadhli MasootPeristiwa Kampung MedanSejarah🡆 More