Ku Tak Rela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 dibintangi oleh Watie Sadali, Afzan A.
Rahman">Afzan A. Rahman, Mia Ahmad, Keena Mentor, Farahdhiya, Aishah Atan, Kay Maria, Cat Farish dan Zuhairie Ibrahim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 5 Januari 2015 hingga 5 Februari 2015 menggantikan Melarik Awan.
Ku Tak Rela | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga |
Ditulis oleh | A. Aida |
Pengarah | Nuad Hj Othman |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Ku Tak Rela" oleh Farahdhiya |
Lagu penutup | "Ku Tak Rela" oleh Farahdhiya |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | A. Aida |
Penyunting |
|
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 Januari 2015 – 5 Februari 2015 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.
Mengisahkan konflik isteri dan anak sebagai simbol utama. Konflik bermula apabila seorang isteri menghadapi masalah untuk mengandung. Setiap hari fikirannya serabut memikirkan tentang masalah tersebut, pada masa yang sama risau jika suaminya berkahwin lain kerana tidak boleh mengandung. Masalah bermula tatkala Suraya, disahkan mengandung. Akhirnya masalah lain timbul apabila anak yang dikandung meninggal dunia dan diganti dengan bayi lain tanpa pengetahuan suaminya.
Saat dia membesarkan anak tersebut, Suraya akhirnya dikurniakan seorang lagi anak tetapi berhadapan dengan satu lagi situasi untuk membahagikan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat. Menambahkan debar tatkala anak-anak mula meningkat remaja dan meminati lelaki yang sama. Satu persatu masalah baru muncul dalam kehidupan keluarga tersebut saban hari. Paling terkesan apabila campur tangan suami yang tidak tahu rahsia besar yang disimpan selama ini akhirnya memburukkan lagi situasi keluarga mereka.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ku Tak Rela, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.