Kristiani Herrawati

Kristiani Herrawati, atau dikenali sebagai Ibu Ani Bambang Yudhoyono (lahir di Yogyakarta, Indonesia, 6 Julai 1952 – meninggal di Singapura, 1 Jun 2019 pada umur 66 tahun) merupakan isteri Presiden Indonesia, Dr.

H. Susilo Bambang Yudhoyono dan juga Wanita Pertama Indonesia dari 2004 hingga 2014.

Kristiani Herrawati
Kristiani Herrawati
Wanita Pertama Indonesia ke-6
Dalam jawatan
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Didahului olehTaufiq Kiemas
Digantikan olehIriana
Butiran peribadi
Lahir (1952-07-06) 6 Julai 1952 (umur 71)
Indonesia Yogyakarta, Indonesia
Meninggal dunia1 Jun 2019(2019-06-01) (umur 66)
Singapura Singapura
PasanganSusilo Bambang Yudhoyono (berkahwin 1976)
Anak-anakAgus Harimurti Yudhoyono
Edhie Baskoro Yudhoyono
HubunganSusilo Bambang Yudhoyono (Suami)
Sarwo Edhie Wibowo (Ayah)
Alma materUniversiti Terbuka
PekerjaanAhli politik, aktivis sosial

Keluarga dan pendidikan

Ani dilahirkan pada 6 Julai 1952 di Yogyakarta, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan anak kepada pasangan suami isteri Leftenan Jeneral (Purn) Sarwo Edhie Wibowo dan Hj. Sunarti Sri Hadiyah. Beliau berkahwin dengan Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 Julai 1976, ketika Susilo Bambang Yudhoyono baru saja dilantik sebagai pegawai TNI dan menjadi lulusan terbaik.

Beliau mengambil Jurusan Kedoktoran di Universiti Kristian Indonesia (bahasa Indonesia: Universitas Kristen Indonesia), tetapi pada tahun ketiga meninggalkan bangku kuliah kerana bernikah dengan Susilo. Ani kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Merdeka (bahasa Indonesia: Universitas Merdeka) dan mendapat Sarjana dalam Sains Politik pada tahun 1998.

Kerjaya

Kristiani Herrawati 
Kristiani bersama suami, SBY.

Beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Umum DPP Parti Demokrat, dan juga aktif dalam kegiatan sosial di Persit Kartika Chandra Kirana (Persatuan Isteri Tentera), Dharma Pertiwi dan Dharma Wanita selama Susilo menjawat sebagai Menteri Perlombongan dan Tenaga (bahasa Indonesia: Menteri Pertambangan dan Energi) pada zaman Pemerintahan Abdurrahman Wahid dan Menteri Koordinator Politik dan Keamanan pada zaman Pemerintahan Megawati Soekarnoputri.

Berikutan pemilihan suaminya kepada jawatan presiden, dia menganjurkan kempen imunisasi polio dan Mobil Pintar (Smart Cars), iaitu van yang diisi dengan buku untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Delias kristianiae

Ani juga mendapat penghormatan apabila sejenis spesies kupu-kupu di Papua, Delias kristianiae dinamakan bersempena namanya.

Kehidupan peribadi

Ani adalah penggemar dalam berkebun dengan kecenderungan tertentu terhadap orkid, dan sebagai sebahagian daripada tradisi diplomatik, pelbagai orkid di Singapura dinamakan sempena namanya. Pada hari lahirnya ke-61, beliau melancarkan dua buah buku mengenai pengumpulan botani di Istana Cipanas dan beberapa Taman Botani Indonesia serta beberapa gambarnya dimasukkan.

Kematian

Ani meninggal dunia akibat leukemia pada 1 Jun 2019, selepas menjalani rawatan selama hampir empat bulan di Hospital Universiti Nasional, Singapura. Dia berusia 66 tahun.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Taufiq Kiemas
Wanita Pertama Indonesia
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Diikuti oleh:
Iriana

Tags:

Kristiani Herrawati Keluarga dan pendidikanKristiani Herrawati KerjayaKristiani Herrawati Delias kristianiaeKristiani Herrawati Kehidupan peribadiKristiani Herrawati KematianKristiani Herrawati RujukanKristiani Herrawati Bacaan lanjutKristiani Herrawati Pautan luarKristiani Herrawati1 Jun19522004201420196 JulaiIndonesiaPresiden IndonesiaSingapuraSusilo Bambang YudhoyonoYogyakarta

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

I.D.Kesultanan Johor-RiauPeroduaMunafikUmie AidaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraHantu Kak LimahPerakNayundaErysha EmyraPerikatan NasionalKiblatZakar manusiaNajib RazakHari Raya AidiladhaLaman UtamaSabahShuib SepahtuAnak-anak SidekNasrizal NgasriWanita SyurgaSyed Mokhtar Al-BukharyZiana ZainHubungan seksPadang MahsyarNegeri-negeri Melayu BersekutuBuayaShahrulezad MohameddinBahasa MaduraMenteri Kesihatan MalaysiaHulu LangatNombor telefon di MalaysiaKelapaBoBoiBoyJabatan Kastam Diraja MalaysiaNadia BrianJudiSingapuraPakatan HarapanPuteri Gunung LedangSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPerodua AxiaJam 12 jamHun HaqeemSolat jamakLagenda Budak Setan (drama)Aeril ZafrelDarjah kebesaran MelayuSolat hajatRaysha RizroseMimi LanaSarawakArab SaudiGua Kelam, PerlisNazrief NazriPersekutuan Tanah MelayuTakwim HijrahAisyah Abu BakarPosisi seksualAl-Masih ad-DajjalSejarah SingapuraPenanda wacanaLatPiala Thomas & Uber 2022Sekolah Rendah Agama IntegrasiSenarai Kementerian di MalaysiaShahril Sufian HamdanFattah AminNabi Isa a.s.Tunku Abdul RahmanLeong Jun HaoKelantanFadillah YusofNazim OthmanOzlynn WatyOne Cent ThiefDoa IftitahSenarai kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia🡆 More