Kijang

Kijang (Jawi: ‏کيجڠ‎code: ms is deprecated ‎), kidang atau kijang India (nama saintifik: Muntiacus muntjak) adalah spesies rusa paling luas taburannya di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk kepulauan Melayu.

Kijang
Kijang
Seekor kijang di India
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Cervinae
Genus: Muntiacus
Spesies:
M. muntjak
Nama binomial
Muntiacus muntjak
(Zimmermann, 1780)
Kijang
Taburan populasi kijang
Sinonim
  • Cervus muntjac

Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai salakan, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 sentimeter dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh setiap tahun dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanin atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Peristilahan

Istilah kidang dipinjamkan daripada Jawa: ꦏꦶꦢꦁ, translit. kidang.

Subspesies

Terdapat 15 subspesies yang ditemui:

  • M. m. annamensis, Indochina
  • M. m. aureus, Semenanjung India
  • M. m. bancanus, Billiton dan Pulau Banka
  • M. m. curvostylis, Thailand
  • M. m. grandicornis, Muntjac Burma, Burma
  • M. m. malabaricus, India Selatan dan Sri Lanka
  • M. m. montanus,Muntjac Gunung, Sumatra
  • M. m. muntjak, Muntjac Jawa, Pulau Jawa dan selatan Sumatra
  • M. m. nainggolani, Pulau Bali dan Lombok
  • M. m. nigripes, Muntjac Kaki Hitam, Vietnam dan pulau Hainan
  • M. m. peninsulae, Malaysia
  • M. m. pleicharicus, Borneo Selatan
  • M. m. robinsoni, Pulau Bintan dan Kepulauan Linga
  • M. m. rubidus, Borneo Utara
  • M. m. vaginalis, Burma ke barat daya China

Taburan

Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.

Ciri-ciri

Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

Tags:

Kijang PeristilahanKijang SubspesiesKijang TaburanKijang Ciri-ciriKijang PembiakanKijang PengekalanKijang RujukanKijang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di JohorAhirine AhirudinTwitterPembentukan MalaysiaOrang BanjarGayatri Su-Lin PillaiSafiq RahimPiala Thomas & Uber 1992Tiara JacquelinaKhalid Mohamad JiwaBarisan NasionalShahril Sufian HamdanBuliJeslina HashimPemancutan maniMadinah al-MunawwarahKL GangsterSex and the CityMahsuriAziz HarunSerangan asidJohor Darul Ta'zim F.C.EOrang Melayu IndonesiaIslam di MalaysiaSyafiq YusofUniversiti Sains MalaysiaArab SaudiRozita Che WanAstro MalaysiaMerdeka 118Menteri Pendidikan MalaysiaMat KilauMajapahitPerdana Menteri MalaysiaSenarai lagu yang dirakamkan oleh Siti NurhalizaP. RamleeFrekuensi radio di PerakCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahTeori X dan Teori YJiwa RemajaSekolah Kebangsaan Tanjung Batu KeramatOne Cent ThiefSekolah Kluster KecemerlanganHaji QiranKecerdasan buatanCibaiChacha MaembongMutang TagalSyiahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamRangka manusiaMahathir MohamadSulePrasarana MalaysiaFardu KifayahZUS CoffeePengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaIsrak dan MikrajLencana pangkat TLDMJata MalaysiaSultan Mizan Zainal AbidinJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaWan Junaidi Tuanku JaafarAdnan bin SaidiPuchong, SelangorFilem Malaysia tahun 2024Raden ZaharatulBajauAnwar IbrahimBola sepakPerempuan Itu (drama)Sultan PahangZulkifli ZainRinggitBella AstillahHantu Kak Limah Balik Rumah🡆 More