Ketuhar (Jawi: كتوهرcode: ms is deprecated , juga oven tidak formal, serapan bahasa Inggeris) ditakrifkan sebagai sejenis dapur tertutup yang ditebatkan habanya sehingga dalamnya cukup panas untuk memanaskan, membakar atau mengeringkan sesuatu; dan ia kerap digunakan untuk tujuan memasak.
Ketuhar-ketuhar ini sering dipanaskan menggunakan pelbagai jenis bahan yang dibakar seperti kayu dan arang sehinggalah ke gas asli dan tenaga elektrik.
Perkataan ini pada asalnya turut mempunyai maksud "pendiang" atau "tanur", lebih khusus lagi suatu dapur besar di tanah untuk tujuan pengusahaan seperti membuat gula; makna ini dikandung dalam kata didapati pada dialek-dialek lain seperti genohor dan genahar.
Ketuhar yang digunakan dalam kalangan masyarakat wujud dalam pelbagai jenis mengikut bahan binaan atau rupa.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ketuhar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.