Kertau

Kertau, bebesaran atau mulberi ialah sejenis tumbuhan dalam genus Morus dari keluarga Moraceae.

Genus ini terdiri dari 64 spesies yang bertaburan asal dari kawasan beriklim sederhana dunia, Genus ini mempunyai tiga spesies terkenal iaitu kertau putih (Morus alba), kertau merah (M. rubra) dan kertau hitam (M. nigra) dengan banyak kultivar.

Kertau
Kertau
Kertau ranum di pokoknya
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Moreae
Genus: Morus
L.
Spesies

Lihat teks.

Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies dalam genus ini, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marmar yang kuat dan keras.

Botani

Pokok-pokok genus Morus cepat tumbuh ketika muda sehingga mencapai setinggi 24 meter (80 ka). walaupun ditanam terus anak benih, namun pertumbuhan ini lama-kelamaan biasanya akan mula menjadi lambat. Dedaunnya tumbuh bersusun berurat jejala, bercuping dan bergerigi di sisi.

Buah pokok kertau atau mulberi ini menggugus majmuk memanjang antara 2–3 cm (341 14 in). Ia mula muncul berwarna putih, hijau atau kekuningan di mana ia memerah semasa masak sehingga ranum berwarna ungu gelap atau hitam; buah masak ini mempunyai rasa enak manis.

Peristilahan

Nama "kertau" (Jawi: كرتاو) merupakan nama setempat paling umum untuk genus Morus namun boleh merujuk kepada spesies-spesies berbeza sama ada dari jenis Morus indica, Morus macroura mahupun Morus alba. Malah, ia sewarisan dengan nama kartan di Kalimantan Utara, kerto di Gayo serta kitau di Lampung. Perkataan lain yang hampir sama ialah keretai.

Taksonomi

Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat rumit dan sukar untuk dirungkaikan. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga kertau sahaja dalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.

Berikut ialah spesies-spesies Morus yang diterima umum setakat ini:

  • Morus alba L. – kertau putih (Asia Timur)
  • Morus australis Poir. – kertau Cina (Asia Tenggara)
  • Morus boninensis Koidz.
  • Morus cathayana Hemsl.
  • Morus celtidifolia Kunth (Amerika Latin & Mexico)
  • Morus indica L.
  • Morus insignis Bureau (Amerika Selatan (yang hidup di lembah Amazon)
  • Morus koordersiana J.-F.Leroy
  • Morus liboensis S.S.Chang – Wilayah Guizhou di China
  • Morus macroura Miq. – kertau andalas, kertau panjang (Tibet, Himalaya, Indochina)
  • Morus mesozygia Stapf – kertau Afrika (Afrika Tengah dan Selatan khususnya yang hidup di bahagian Congo)
  • Morus microphylla Buckley – kertau Texas (Mexico, Texas (AS))
  • Morus miyabeana Hotta
  • Morus mongolica (Bureau) C.K.Schneid.
  • Morus nigra L. – kertau hitam (Iran, Caucasus Levant)
  • Morus notabilis C.K.Schneid. – Wilayah Yunnan dan Sichuan di China
  • Morus rubra L. – kertau merah (Amerika Timur Laut)
  • Morus serrata Roxb. – Tibet, Nepal, barat laut India
  • Morus trilobata (S.S.Chang) Z.Y.Cao – Wilayah Guizhou di China
  • Morus wittiorum Hand.-Mazz. – China selatan

Kegunaan

Daun

Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepompong berbenang sutera.

Buah

Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut. Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin yang memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri makanan.

Galeri

Rujukan

Tags:

Kertau BotaniKertau PeristilahanKertau TaksonomiKertau KegunaanKertau GaleriKertau RujukanKertau Pautan luarKertau

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Peristiwa 13 MeiM.O.BKuih takoSolat Sunat Tahiyyatul MasjidWalisongoSultan Nazrin Muizzuddin ShahBak kut tehAn-Nuayman bin AmrJenayah kolar putihMasjid al-AqsaNegeri-negeri Melayu BersekutuJustin BieberTentera Darat MalaysiaBendaharaIpohPersekutuan Pengakap MalaysiaKamus DewanProton WiraIkan bandarayaKerajaan Bani UmaiyahJenayah kolar biruSelangorBaba dan NyonyaImam MahdiSepahtu Reunion LiveKL GangsterPulau PinangKeris15 Puasa (telefilem)Malaysia MadaniJuventus F.C.Limau nipisSarimah AhmadGua HiraAdnan Abu HassanYang di-Pertuan AgongProton WajaRujukan kehormatS.S. LazioSharifah HusnaKedahPangsapuriF.C. Internazionale MilanoSemenyihMuhammad al-FatihRuqyahMaryamPandu PuteriPeristiwa Memali 1985Shazia RozainiNabi Isa a.s.BadarBrondongAmin IdrisBadmintonBangladeshKerajaan KutaiJuventusInflasiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaMaklumatPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaBendera PalestinIslam di RwandaSaifuddin Nasution IsmailNorish KarmanMohd Noor Helmy Abdul HalemLiberalismeSlot LestaryAgama BuddhaOrang Cina MalaysiaMolek FMEyka FarhanaSyahadahNombor perdanaKedah TuaTerlanjur Cinta (drama)🡆 More