Kerja Kahwin ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 arahan Anwardi Jamil, yang memaparkan budaya dan keunikan perkahwinan tradisional orang Melayu di kampung.
Ia diterbitkan oleh Wayang Padu Sdn. Bhd. dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan ditayangkan pada 20 Julai 2017.
Kerja Kahwin | |
---|---|
Pengarah | Anwardi Jamil |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Liza Mawarti Mohd Yusoff |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Hafeez Mohd Nor |
Syarikat penerbitan | Wayang Padu |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 85 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Berkisarkan tentang gadis kota, Farah (Janna Nick) yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih untuk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bagi memenuhi permintaan Mak Tok yang mahu majlis perkahwinan dibuat mengikut adat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan daripada pelbagai orang. Bermula dengan persiapan sehingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan.
Kerja Kahwin pada awalnya dikeluarkan pada 20 Julai 2016, namun menerima tarikh tayangan rasmi pada 20 Julai 2017. Pelakon utamanya, Janna Nick tidak hadir ke majlis pratonton filem ini kerana komitmen kerja. Filem ini menyaksikan tayangan perdana sedunianya di Festival Satu Negara Satu Filem 2016 yang berlangsung di Issoire, Perancis, pada 26 Julai 2016, meskipun belum ditayangkan di Malaysia.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kerja Kahwin, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.