Kawah Hentaman

Kawah hentaman ialah sebuah lekukan hampir bulat yang terdapat pada permukaan sebuah planet, bulan, ataupun jisim pepejal lain yang terdapat di dalam Sistem Suria, terbentuk daripada hentaman halaju hiper sebuah badan kecil dengan permukaan.

Berlainan dengan kawah gunung berapi yang terbentuk daripada ledakan atau keruntuhan dalaman, kawah hentaman secara tipikalnya memiliki sembir yang terangkat dan lantai yang lebih rendah ketinggiannya daripada ketinggian tanah keliling. Kawah hentaman berjulat daripada lekukan kecil berbentuk mangkuk sehingga ke lembangan besar, kompleks dan bergelang. Kawah Meteor mungkin menjadi contoh kawah hentaman kecil yang terkenal yang terdapat di Bumi.

Kawah Hentaman
Kawah hentaman yang menonjol, Tycho, di Bulan.

Kawah-kawah hentaman merupakan ciri-ciri menonjol pada banyak objek pepejal Sistem Suria termasuk Bulan, Utarid, Callisto, Ganymede dan kebanyakan bulan-bulan kecil dan juga asteroid. Di planet-planet serta bulan-bulan lain yang mengalami proses geologi yang lebih aktif, seperti Bumi, Zuhrah, Marikh, Europa, Io dan Titan, kawah hentaman yang dapat kelihatan kurang ditemui kerana kawah-kawah tersebut terhakis, tertanam atau terubah oleh proses tektonik dengan peredaran masa. Di mana proses-proses sedemikian telah memusnahkan sebahagian besar topografi asal kawah, istilah-istilah struktur hentaman atau astrobleme lebih sering digunakan. Dalam penulisan awal, sebelum takrifan kawah akibat hentaman diiktiraf, istilah-istilah kriptoletupan atau kriptovolkano sering digunakan bagi mencirikan apa yang sekarang dikenali sebagai ciri berkaitan hentaman yang terdapat di Bumi.

Rujukan

Bacaan lanjut

Mark, Kathleen (1987). Meteorite Craters. Tucson: University of Arizona Press. ISBN 0-8165-0902-6.

Pautan luar

Tags:

Kawah gunung berapiPlanetSatelit semula jadiSistem Suria

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Daerah di MalaysiaKedah TuaAaron AzizSlot MegaDramaJenis air untuk bersuci dalam IslamShiqin KamalYasmin AhmadPuteri BalqisLaskar KananBabiLobak merahRawang, SelangorSunan Gunung JatiPiala Asia B-23 AFC 2018Sejarah al-QuranAngeline TanRukun IslamDoa IftitahGenting HighlandsFarah AhmadTentera Laut Diraja MalaysiaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahAziz M. OsmanTerengganuTulisan JawiSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanSenarai raja-raja MelayuMuhyiddin YassinOne Cent ThiefBryan DomaniAmelia HendersonAhmad Zahid HamidiTanam paksaUmie AidaPulau TiomanMelitha SidabutarTom (penyanyi)Zainol MacWilsonFrekuensi radio di Negeri SembilanWadi AnnuarJamrahPedofiliaKera bekantanIntan NajuwaMohd Shuhaily Mohd ZainLelaki ItuHot FMMalang Si PuteriQistina RaisahErma FatimaQarinKamal AdliTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahKecerdasan buatanZaman air batuAisha RetnoBintara MudaPiala Asia B-23 AFCKerajaan MataramBendera PalestinSaleemR.A. KartiniAmyra RosliProton Saga (generasi kedua)Yasmin NapperAlif SatarNajua NasirKata adjektifWan RajaSumazauVAT 69/UTKNasha AzizAnugerah AidilfitriBeto KusyairyJean Retno AryaniNur FazuraKota DamansaraDaun terup🡆 More