Aya Jepun

Ikan aya, ikan tongkol atau tongkol kerai, ikan kayu, cakalang atau nama saintifiknya Katsuwonus pelamis ialah ikan perciform sederhana dalam keluarga Scombridae serumpun degan tuna.

Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.

Ikan aya
Tongkol kerai
Aya Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Perciformes
Keluarga:
Skombride
Genus:
Katsuwonus

Kishinouye, 1915
Spesies:
K. pelamis
Sinonim
  • Euthynnus pelamis (Linnaeus, 1758)
  • Katsuwonus vagans (Lesson, 1829)
  • Scomber pelamys Linnaeus, 1758
  • Scomber pelamis Linnaeus, 1758
  • Thynnus vagans Lesson, 1829

Terdapat seberapa ikan yang diketahui dengan nama ini namun diamati secara saintifik dengan pengenalan berbeza-beza:

Penerangan

Aya Jepun 
Kawanan tongkol kerai

Ia ikan pelagik berenang pantas mengikut arus, biasa di perairan tropika di seluruh dunia, di mana ia mendiami air permukaan dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ikan), memakan ikan, krustasea, sefalopod, dan moluska. Ia adalah spesies mangsa penting bagi ikan pelagik yang besar dan jerung.

Ia tidak mempunyai sisik kecuali atas garis sisi dan korselet (satu jalur sisik besar dan tebal membentuk bulatan di sekeliling badan di belakang kepala). Ia biasanya mencapai kepanjangan sehingga 80 cm (31 in)dan berat 8–10 kg (18–22 lb). Panjang maksimumnya adalah 108 cm (43 in) dan berat maksimum adalah 34.5 kg (76 lb). Penuaan tongkol ini adalah sukar, dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.

Ikan aya atau tongkol kerai mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa. Panjang ikan ketika pertama kali mengawan adalah lebih kurang 45 cm (18 in). Ia juga dikenali dengan bau yang kuat.

Kegunaan dalam makanan

Di Manado dan juga Maluku, ikan yang disebutkan sebagai cakalang ini diawetkan secara diasap salai menjadi cakalang fufu, hidangan khas di tempat-tempat ini. Ikan ini secara amnya berperanan utama dalam ekonomi Indonesia di mana hasilnya dimanfaatkan oleh kalangan golongan menengah ke atas.

Di Jepun, ikan ini yang diberi nama setempat katsuo (Jepun: 鰹/かつお) sangat dikehendai dalam masakan masyarakat sana tidak sahaja secara mentah (dalam sushi dan sashimi) dipanggang (katsuo tataki (Jepun: 鰹のタタキ)) malah diawet kering menjadi katsuobushi yang menjad bumbu makanan serta bahan utama rebusan dashi.

Rujukan

Sumber lain

Pautan luar

Templat:TaxonIds

Tags:

Aya Jepun PeneranganAya Jepun Kegunaan dalam makananAya Jepun RujukanAya Jepun Pautan luarAya Jepun

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

XPDCSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiDini SchatzmannSunan BonangLiza AbdullahJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamSenarai Kementerian di MalaysiaGajahKhadijah binti KhuwailidArash MohamadKota KinabaluSaleemPedofiliaLaura AnnaPemboleh ubahTidak beragamaSolatKabungFrekuensi radio di KelantanNur (drama)Hong KongUndang-undangLondonKK Super MartNusyuz Berkiblat CintaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaBola balingPerayaan QingmingKulitDaiyan TrishaAzam AzmiSukan elektronikAzahari HusinJuzKelapa sawitSainsJustin BieberRuhainiesIpohPerang Dunia KeduaShahrulezad MohameddinMasjid al-AqsaEmma MaembongRaihanShaheizy SamPersekutuan Pengakap MalaysiaMaklumatSultan JohorBahasa LampungShuib SepahtuDe FamRozita Che WanTempoh haram puasaPalestin (wilayah)Sharifah HusnaLatPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalRukun solatJasmine Suraya ChinSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSenarai haiwanBatuk kokolAngeline TanWawa ZainalSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSejarah al-QuranAaron AzizSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPitt HanifAsiah binti MuzahimOptimismeHubungan seksBumiputera di SabahSophia LianaBola tampar🡆 More