Hadi Fayyadh

Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak (lahir 22 Januari 2000) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia, Perak dan pasukan kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun.

Hadi Fayyadh
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Hadi Fayyadh Bin Abdul Razak
Tarikh lahir (2000-01-22) 22 Januari 2000 (umur 24)
Tempat lahir Kuala Lumpur Malaysia
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak
Kerjaya remaja
2012–2014 Sekolah Sukan Malaysia Pahang
2015 Frenz United
2016 Johor Darul Ta'zim III
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2018 Johor Darul Ta'zim II 27 (4)
2017 Johor Darul Ta'zim 1 (0)
2019–2022 Fagiano Okayama 0 (0)
2021– → Azul Claro Numazu (pinjaman) 3 (0)
2023 Perak 12 (0)
2023 Perak II 3 (1)
2023PDRM (pinjaman) 9 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Malaysia B12
2013–2014 Malaysia B14 5 (3)
2015–2016 Malaysia B17 3 (4)
2018 Malaysia B18 6 (4)
2017–2018 Malaysia B19 23 (8)
2017– Malaysia B23 13 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Disember 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Disember 2019

Kehidupan awal

Hadi dilahirkan di Kuala Lumpur, tetapi dibesarkan di Tanjung Malim, Perak .

Memulakan karier sebagai tukang kutip bola di tepi padang pada mulanya ketika berumur 8 tahun. Bakatnya disedari oleh Irfan Bakti ketika dia membuat lompatan tinggi ketika mengutip bola yang melambung keluar ketika perlawan Sime Darby vs Terengganu. Bermula di situ dia dipanggil untuk mencuba nasib dengan Soccer kid. Ketika usianya mencecah 14 tahun dia terus mendapat perhatian disebabkan ketinggian yang dimilikinya. Dia memiliki ciri-ciri seorang striker dan sesuai bermain sebagai target man.

Beliau menyertai Sekolah Sukan Malaysia Pahang pada usia 13 tahun.[perlu rujukan]

Kerjaya kelab

Johor Darul Ta'zim

Beliau membuat penampilan sulung dalam pasukan utama dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menentang T-Team (kini Terengganu II). Beliau menjadi pemain pertama yang dilahirkan selepas 2000 membuat penampilan sulung kompetitif dalam Liga Super Malaysia .  Hadi dijemput ke sesi 'trial' selalu seminggu bersama kelab Liga J2 Jepun Roasso Kumamoto pada awal Ogos 2018. Pada 2 September 2018, Johor DT mengesahkan telah melepaskan Hadi Fayyadh kerana kesungguhan beliau ke Jepun.

Fagiano Okayama

Hadi menjadi rakyat Malaysia pertama beraksi dalam Liga J2 selepas beliau menyertai Fagiano Okayama pada 21 Disember 2018.

Azul Claro Numazu

Pada Disember 2020, Hadi telah dipinjamkan ke kelab Liga J3 Azul Claro Numazu yang dijangka berakhir pada 31 Januari 2022. Beliau cedera semasa latihan pada 23 Mac 2021 dan didiagnosis dengan ligamen anterior cruciate pada lutut kanan. Pada 23 Julai 2021, beliau kembali ke Azul Claro Numazu selepas menjalani rawatan perubatan dan pemulihan bersama kelab asalnya, Fagiano Okayama. Pada Disember 2021, Azul Claro Numazu mengumumkan bahawa tempoh pinjaman Hadi akan dilanjutkan sehingga 1 Januari 2023.

Kerjaya antarabangsa

Belia

Pada Julai 2012, beliau membuat penampilan sulung antarabangsa pertamanya untuk Malaysia U12 dalam kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Saitama, Jepun . Beliau merupakan daripada pasukan B-14 Malaysia yang menyertai kelayakan Kejohanan B-14 AFC yang berlangsung di Myanmar pada Jun 2013.

Hadi merupakan sebahagian daripada pasukan kebangsaan bagi Kejohanan Remaja B-18 AFF 2017 yang telah berlangsung di Yangon, Myanmar . Beliau menjaringkan 3 gol dalam 7 penampilan semasa perlawanan. Beliau telah bermain di perlawanan akhir menentang Thailand yang mana Malaysia tewas 2–0.

Pada 26 Oktober 2017, Hadi telah terpilih untuk bermain dalam kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan . Beliau menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan yang mengesahkan kelayakan Malaysia bawah 19 tahun ke Kejohanan AFC B-19 2018 buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas menamatkan saingan sebagai salah satu daripada lima naib juara kumpulan terbaik.

Hadi disenaraikan dalam skuad bawah 19 tahun Malaysia untuk Kejohanan Belia B-19 AFF 2018 di Indonesia. Dia bermain setiap minit bersama Malaysia di kejohanan itu, di mana Malaysia memenangi Kejohanan Remaja B-19 AFF pada musim kedua di bawah Bojan Hodak .

Pada 15 Oktober 2018, beliau telah dinamakan dalam pasukan bawah 19 tahun untuk Kejohanan AFC B-19 2018 . Dia bermain setiap minit bersama Malaysia pada kejohanan itu, yang berakhir dengan mereka tersingkir di tempat terakhir dalam kumpulan mereka.

Pada November 2017, Hadi menerima panggilan pertamanya ke Malaysia B-23 untuk kem latihan berpusat sebagai persediaan untuk Kejohanan AFC B-23 2018 . Pada 29 Disember 2017, beliau telah dipilih untuk bermain dalam Kejohanan AFC B-23 2018 di China . Pada 20 Januari 2018, Hadi membuat penampilan pertamanya untuk Malaysia U23 datang dari bangku simpanan pada minit ke-67 dalam kekalahan 1–2 kepada Korea Selatan di Stadium Changshu .

Hadi disenaraikan dalam 20 pemain Skuad Malaysia untuk Sukan Asia 2018, di Jakarta - Palembang, Indonesia.

Statistik kerjaya

Kelab

    Sehingga 3 Ogos 2023.
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan.
Prestasi kelab Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kelab Musim Liga Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
Johor Darul Ta'zim II 2016 Liga Perdana Malaysia 7 0 1 0 3 1 11 1
2017 Liga Perdana Malaysia 8 1 1 2 0 0 9 3
2018 Liga Perdana Malaysia 12 3 0 0 0 0 12 3
Jumlah 27 4 2 2 3 1 0 0 32 7
Johor Darul Ta'zim 2017 Liga Super Malaysia 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
Fagiano Okayama 2019 Liga J2 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Azul Claro Numazu (Pinjaman) 2021 Liga J3 0 0 0 0 0 0 - 0 0
2022 Liga J3 3 0 0 0 0 0 - 3 0
Jumlah 3 0 0 0 0 0 0 0 3 0
Perak 2023 Liga Super Malaysia 11 0 1 0 0 0 12 0
Jumlah 11 0 1 0 0 0 0 0 12 0
Perak II 2023 Piala MFL 3 1 0 0 0 0 0 0 3 1
Jumlah 3 1 0 0 0 0 0 0 3 1
PDRM 2023 Liga Super Malaysia 1 0 1 1 0 0 0 0 0 0
Jumlah 1 0 1 1 0 0 0 0 2 1
Jumlah kerjaya 46 5 4 3 3 1 0 0 53 9

Gol Antarabangsa

Malaysia Bawah-19

Hadi Fayyadh – gol untuk Malaysia B19
# Tarikh Venue Lawan Jaringan Keputusan Kejohanan
1. 4 September 2017 Stadium Aung San, Yangon, Myanmar Hadi Fayyadh  Laos 1 –0 4–1 Kejohanan Belia B-18 AFF 2017
2. 4 September 2017 Stadium Aung San, Yangon, Myanmar Hadi Fayyadh  Laos 4 –1 4–1 Kejohanan Belia B-18 AFF 2017
3. 6 September 2017 Stadium Aung San, Yangon, Myanmar Hadi Fayyadh  Singapura 3 –1 3–1 Kejohanan Belia B-18 AFF 2017
4. 31 Oktober 2017 Stadium Awam Paju, Korea Selatan Hadi Fayyadh  Timor-Leste 0– 1 1-3 Kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2018
5. 6 November 2017 Stadium Awam Paju, Korea Selatan Hadi Fayyadh  Indonesia 1 –0 4-1 Kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2018
6. 6 November 2017 Stadium Awam Paju, Korea Selatan Hadi Fayyadh  Indonesia 4 –1 4-1 Kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2018
7. 20 Oktober 2018 Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia Hadi Fayyadh  Arab Saudi 1 –2 1-2 Kejohanan AFC B-19 2018
8. 23 Oktober 2018 Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia Hadi Fayyadh  Tajikistan 1 –0 2-2 Kejohanan AFC B-19 2018

Anugerah

Kelab

    Johor Darul Ta'zim

Antarabangsa

    Malaysia B-19

Nota

 

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Hadi Fayyadh, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Hadi Fayyadh Kehidupan awalHadi Fayyadh Kerjaya kelabHadi Fayyadh Kerjaya antarabangsaHadi Fayyadh Statistik kerjayaHadi Fayyadh AnugerahHadi Fayyadh NotaHadi Fayyadh RujukanHadi Fayyadh Pautan luarHadi FayyadhBola sepakLiga Super MalaysiaMalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaPenyerang (bola sepak)Perak F.C.

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Kementerian di MalaysiaKedahSenarai negara mengikut keluasanZizan RazakIkan bandarayaBabiMenteri Pendidikan MalaysiaBatuk kokolFasha SandhaUlar Tedung SelarSultanah ZanariahNasi lemakKarim BenzemaSenarai poskod di MalaysiaLionel MessiSyiahBaju kurungPasukan bola sepak kebangsaan VietnamUqasha SenroseMalaysiaDompet digitalKota KinabaluSenarai kaum di MalaysiaKorban KasihAzhar IdrusSemenanjung MalaysiaThe Original GangsterOptimismeKerajaan Persekutuan MalaysiaAnak Perjanjian Syaitan 2Dewan Rakyat MalaysiaUndang-undangBrazilBank RHBAzam AzmiBani IsraelErry PutraZarina ZainuddinWanna AliPasukan bola sepak kebangsaan OmanBadarSabronzoAliff AzizHarimauNabi Ibrahim a.s.Sophia AlbarakbahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamAtikah SuhaimeKaum-kaum di MalaysiaAerofonLaman UtamaAmyra RosliUniversiti Utara MalaysiaPiala Dunia B-20 FIFA 2019Universiti Sultan Zainal AbidinTuberkulosisKobe Jae ChongRiena DianaKebudayaan MalaysiaPolis Diraja MalaysiaDoa IftitahHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMaryamM.O.BAlat kebesaran diraja MalaysiaMat KilauFadhli MasootAbu Bakar as-SiddiqAsha MericanNorreen ImanTeknologi hijauKerajaan Bani AbbasiyahJenis air untuk bersuci dalam IslamSijil Tinggi Persekolahan Malaysia18 Puasa di Kampong PisangSenarai universiti di MalaysiaAyu Raudhah🡆 More