Godzilla Vs. Kong: Sebuah filem dari tahun 2021



Godzilla vs. Kong
Godzilla Vs. Kong: Plot, Pelakon  watak, Pengeluaran

{{{annotations}}}

Godzilla Vs. Kong: Plot, Pelakon  watak, Pengeluaran
Godzilla Vs. Kong: Plot, Pelakon  watak, Pengeluaran
PengarahAdam Wingard
Lakon layar
  • Eric Pearson
  • Max Borenstein
Cerita oleh
  • Terry Rossio
  • Michael Dougherty
  • Zach Shields
Berdasarkan
Dihasilkan oleh
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Brian Rogers
  • Mary Parent
  • Alex Garcia
  • Eric McLeod
Dibintangi
SinematografiBen Seresin
Disunting olehJosh Schaeffer
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh Jepun Toho
Tarikh tayangan
  • Malaysia 24 Mac 2021
  • Amerika Syarikat 31 Mac 2021
  • Jepun 02 Julai 2021
Masa tayangan
114 minit
Negara
BahasaInggeris
Bajet$155 juta
Pecah panggung$468 juta

Godzilla vs. Kong ialah sebuah filem kaijuu cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2021. Ia bersetting dalam sebuah dunia rekaan yang bernama Monster Universe ataupun MonsterVerse.

Ia merupakan sebuah filem susulan yang bermula dengan Kong: Skull Island, Godzilla 2014 dan Godzilla: King Of The Monsters pada tahun 2019. Cerita filem ini akan disambungkan oleh filem Godzilla x Kong: The New Empire pada tahun 2024.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Mac 2021.

Plot

Cerita filem ini bermula 5 tahun selepas tamat filem Godzilla: King Of The Monsters dengan Godzilla tiba-tiba muncul dari tepi pantai Pensacola, Florida, Amerika Syarikat dan mula memusnahkan ibu pejabat Apex Cybernetics yang terletak di sana selepas unit pemprosesan pusat yang dibuat daripada otak kaijuu angkasa lepas Ghidorah untuk senjata pemusnah gergasi bernama Mechagodzilla yang dicipta olehnya telah diaktifkan dalam bangunan Apex Cybernetics itu.

Demi berhenti tindakan Godzilla, Monarch telah berpindah Kong dari Skull Island dengan menggunakan kapal laut untuk berlawan Godzilla, tetapi mereka semua diserang oleh Godzilla di tengah laut dan berpura-pura mati selepas mereka semua dikalahkan oleh Godzilla. Monarch kemudian berpindah Kong dengan menggunakan kapal terbang selepas Godzilla berenang pergi dari sana.

Selepas itu, tindakan Apex Cybernetics di Pensacola telah dinyatakan oleh Bernie Hayes yang berada di sana ketika serangan Godzilla terhadap syarikat itu dalam rancangan siniarnya bernama Titan Truth Podcast. Kemudian, dia bersama dengan Madison Russell dan Josh Valentine telah merancang dan berjaya untuk menyusup masuk ke dalam syarikat itu sebagai pekerjanya.

Pada akhirnya, Kong telah berjaya sampai ke atas tanah bandar raya global Hong Kong pada waktu malam dengan memakai satu kapak perang yang bersaiz besar sebagai senjatanya dalam perlawanannya dengan Godzilla. Tetapi setelah Kong mula mengamuk dan melompat ke arah Godzilla untuk menyerangnya, Kong terus kena belasah oleh Godzilla dan menjerit sehingga pengsan.

Sementara itu, semua watak penting Apex Cybernetics yang berada di dalam ibu pejabat barunya di Hong Kong telah berjaya untuk menghidupkan Mechagodzilla dengan menggunakan sumber kuasa yang baru dicapai oleh mereka tetapi mereka semua terus dibunuh olehnya. Mechagodzilla kemudian cuba membunuh Godzilla.

Pada waktu pagi hari esoknya, Kong yang baru bangun semula selepas ia tertidur semalam telah menerima permintaan daripada Jia untuk masuk campur dalam hal Mechagodzilla dan berjaya untuk selamatkan Godzilla daripadanya.

Godzilla dan Kong kemudian berkerja sama untuk menghancurkan Mechagodzilla dengan bantuan daripada kumpulan Titan Truth Podcast bertiga itu. Kong kemudian melucutkan senjatanya dan Godzilla berjalan balik ke laut.

Selepas itu, Monarch telah mendirikan satu stesen barunya di dalam dunia bawah tanah Hollow Earth bernama Kong Monitoring Station yang telah menjadi rumah baru kepada Kong.

Pelakon / watak

Titan Truth Podcast

  • Brian Tyree Henry sebagai Bernie Hayes
    • hos kepada rancangan siniar Titan Truth Podcast, penyokong Godzilla dan pekerja rasmi kepada ibu pejabat Apex Cybernetics yang berada di Pensacola, Florida, Amerika Syarikat
  • Millie Bobby Brown sebagai Madison Russell
    • peminat Bernie Hayes, kawan baik Josh Valentine, penyokong Godzilla dan anak perempuan kepada Dr. Mark Russell
    • watak manusia utama
  • Julian Dennison sebagai Josh Valentine
    • kawan baik kepada Madison Russell

Monarch

  • Lance Reddick sebagai Guillermin
    • Pengarah Organisasi Monarch
  • Kyle Chandler sebagai Dr. Mark Russell
    • Naib Pengarah Organisasi Monarch dan bapa kepada Madison Russell
  • Alexander Skarsgård sebagai Dr. Nathan Lind
  • Rebecca Hall sebagai Dr. Ilene Andrews
  • Kaylee Hottle sebagai Jia
    • sahabat rapat Kong dan orang Iwi yang terakhir selepas Skull Island dikena serang oleh ribut daripada Ghidorah pada 5 tahun dahulu
    • watak manusia sekunder

Apex Cybernetics

Sebuah syarikat kontraktor pertahanan sibernetik dan pencipta Mechagodzilla dengan mengunakan otak Ghidorah sebagai unit pemprosesan pusat kepada Mechagodzilla

  • Demián Bichir sebagai Walter Simmons
    • CEO Apex Cybernetics
    • watak jahat utama
  • Eiza González sebagai Maia Simmons
    • anak perempuan kepada Walter Simmons
  • Oguri Shun sebagai Serizawa Ren (Kanji: 芹沢蓮)

Pengeluaran

Filem ini dibuat oleh Legendary Pictures untuk diedarkan oleh Warner Bros. Pictures dengan sokongan daripada Toho.

Keluaran

Pawagam

Di Malaysia dan juga kepada seluruh dunia (kecuali Amerika Syarikat dan Jepun), tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam ialah pada 24 Mac 2021.

Di Amerika Syarikat, tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam bertukar daripada 26 Mac 2021 kepada 31 Mac 2021 dan di Jepun pada 02 Julai 2021.

Rumah

Di Amerika Syarikat, ia ditayangkan oleh HBO Max secara percuma pada 31 Mac 2021 selama 31 hari.

Cakera Blu-ray 4K UHD filem ini telah dikeluarkan pada 15 Jun 2021 untuk pasaran antarabangsa.

Lihat Juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Godzilla Vs. Kong PlotGodzilla Vs. Kong Pelakon watakGodzilla Vs. Kong PengeluaranGodzilla Vs. Kong KeluaranGodzilla Vs. Kong Lihat JugaGodzilla Vs. Kong RujukanGodzilla Vs. Kong Pautan luarGodzilla Vs. Kong

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dewi RemajaDarjah kebesaran negeri TerengganuKelantanFrekuensi radio di Negeri SembilanPersatuan Negara-negara Asia TenggaraLee Kee HiongOgy Ahmad DaudSenarai SBP di MalaysiaSearch (kugiran)Gula melakaJangan Menangis Cinta (drama)Zarina ZainuddinSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarMata anginRomantisismeLiberalismeAb Rauf YusohShah IskandarNoniswaraAsmidarEda EzrinTunku Abdul RahmanSerembanMenteri Pendidikan MalaysiaKaum-kaum di MalaysiaDzulkefly AhmadPendidikan di IndonesiaKhairulamingSenarai kaum di MalaysiaRita NadiraKhunsa (siri TV)Setem (filem)Senarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaAyah PinCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPilihan raya umum India 2024Rosyam NorSubhanallahMusang PulutDaun terupPerak F.C.MunafikKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013ZodiakPontianak Harum Sundal MalamSolozRukun NegaraMuhamad Akmal SalehSyahadahPulau PinangJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungCapriceNeelofaRiena DianaAhmad Zahid HamidiIskandar ChempakaIntan NajuwaAnna JoblingLGBT dalam IslamMarsyal TUDMNadia AqilahKuala Kubu BharuHasmiza binti OthmanInna lillahi wa inna ilaihi raji'unGajusLeftenan KomanderDollaManchester United F.C.Maya KarinKemamanKaabahSingapuraMasjid Sri SendayanPedofiliaFahmi FadzilPakatan HarapanFrekuensi radio di Melaka🡆 More