Gempa Bumi Bawah Laut

Gempa bumi submarin ialah gempa bumi yang berlaku di Dasar jasad air, khususnya lautan, dan merupakan punca utama tsunami.

Magnitudnya boleh diukur secara saintifik dengan menggunakan skala Richter atau skala Mercalli.

Gempa Bumi Bawah Laut
Sempadan-sempadan plat tektonik yang menunjukkan arah dan magnitud pergerakan plat.
Gempa Bumi Bawah Laut
Pembentukan dan dinamik jurang sempadan plat pertemuan

Pemahaman tektonik plat membantu menjelaskan punca gempa bumi submarin. Permukaan ataulithosfera Bumi terdiri daripada plat-plat tektonik yang purata tebalnya 50 batu, dan sentiasa bergerak dengan amat perlahan di atas dasar magma di astenosfera dan litupan dalam. Plat-plat ini saling bertemu, dan satu plat membenam ke bawah yang lain, ataupun apabila hanya terdapat tekanan ricih, bergerak secara mengufuk melewati satu sama lain. Pergerakan plat yang kecil iaitu kesotan sesar tidak boleh diukur. Maka plat-plat saling bertemu, dan juka tompok-tompok yang kasar menyebabkan pergerakan terhenti di hujung, pergerakan plat tetap berterusan. Apabila tompok-tompok kasar itu tidak dapat bertahan lagi, maka terlepasnya pergerakan yang terkumpul dengan mendadak, dan pergerakan yang tiba-tiba di bawah dasar laut ini akan menyebabkan gempa bumi submarin. Kawasan gelinciran secara mengufuk dan menegak ini dipanggil pusat gempa, mempunyai magnitud tertinggi, dan menyebabkan kemusnahan terbesar.

Seperti gempa bumi daratan, takat kemusnahan itu tidak selalunya disebabkan oleh gempa bumi di zon rengkahan, tetapi sebaliknya oleh kejadian yang dicetuskan oleh gempa itu. Gempa bumi daratan menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa di atas darat akibat kebakaran, binaan runtuh, dan objek-objek berterbangan; sementara gempa bumi submarin menggerakkan dasar laut dan menyebabkan ombak-ombak kencang. Gempa bumi bawah laut yang teramat kuatlah yang mengakibatkan tsunami yang melanda petempatan di tepi pantai dan mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Gempa bumi submarin juga boleh merosakkan kabel komunikasi submarin dan menyebabkan gangguan pada sambungan Internet dan rangkaian telefon antarabangsa secara meluas di kawasan-kawasan berdekatan. Masalah ini sering dialami di perlautan Asia, di mana banyaknya talian-talian submarin yang melintasi zon-zon gempa bumi bawah laut seperti Lingkaran Api Pasifik.

Senarai gempa bumi submarin terbesar

Tarikh Kejadian Tempat Anggaran magnitud momen (Gempa Bumi Bawah Laut ) Butiran
11 Mac 2011 Gempa bumi Tōhoku 2011 Pusat gempanya terletak 130 km (81 batu) dari pantai timur Semenanjung Oshika, Tōhoku, dengan hipopusatnya pada kedalaman 32 km (20 batu). 9.0 Inilah gempa bumi terkuat yang pernah melanda Jepun
26 Disember 2006 Gempa bumi Hengchun 2006 Pusat gempanya terletak di pantai barat daya Taiwan, di Selat Luzon yang menghubungkan Laut China Selatan dengan Laut Filipina. 7.1
26 Disember 2004 Gempa bumi Lautan Hindi 2004 Pusat gempanya terletak di luar pesisir barat laut of Sumatera, Indonesia. 9.3 Inilah gempa bumi ketiga paling kuat dalam sejarah tercatat, apalagi mengakibatkan tsunami raksasa yang meragut seramai 230,000 negara apabila melanda sekitar Teluk Benggala dan Lautan Hindi.
22 Mei 1960 Gempa bumi Valdivia 1960 (Gempa Bumi Besar Chile) Pusat gempanya terletak di luar pesisir Chile Selatan. 9.5 Inilah gempa bumi terkuat yang pernah tercatat.
26 Januari 1700 Gempa bumi Cascadia 1700 Pusat gempanya terletak di luar pesisir Pulau Vancouver hingga California utara. ~9.0 Inilah salah satu gempa bumi terkuat yang pernah tercatat.

Rujukan

Tags:

Gempa bumiJasad airLautanSkala MercalliSkala RichterTsunami

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MajapahitElly ArifinSepahtu Reunion LiveSurah al-BaqarahSenarai Kementerian di MalaysiaKanadaRaja Zarith SofiahSlot SamarindaSaadiah16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriSingapuraEvolusiFateh Iskandar Mohamed MansorPembentukan MalaysiaPerlembagaan MalaysiaYang di-Pertuan AgongJalan SalibWan Junaidi Tuanku JaafarBandar Raya New YorkProton Satria12 Dewa OlympusMy Lovely DriverBani IsraelPutrajayaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahKesumUkraineNabila HudaMalaikatSekolah Henry GurneyBahasa LampungRakaatMeerqeenYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanWabak MesirSarawakPaolo RossiSurah al-FatihahNabi Nuh a.s.Khulafa al-RasyidinSolat tarawihGula melakaOrang Asli di MalaysiaLee Chong WeiBubur lambukEmpayar MacedoniaMuaz ZabirSari YantiLingga (Hindu)Kerajaan KutaiPerceraian dalam IslamShahrulezad MohameddinKelurBrisbaneAwieSophia AlbarakbahAl-QuranKetuanan MelayuLayang Layang PerkahwinanHawariSyafiq YusofAin EdruceTunku Abu BakarAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaInfrastrukturUyaina ArshadHukum madBrazilPerancisGaris kasar sains fizikalMahathir MohamadKaabahNabi Ya'akub a.s.Nafiez ZaidiPeribahasa MelayuSarah SuhairiKhunsa (siri TV)🡆 More