Gempa Bumi Lushan 2013

Gempa bumi Lushan atau Gempa bumi Ya'an berlaku pada pukul 8.02 pagi waktu Beijing (00:02 UTC) pada 20 April 2013.

Pusat gempa terletak di Daerah Lushan, Ya'an, Sichuan, iaitu kira-kira 116 km (72 bt) dari Chengdu di sepanjang Sesar Longmenshan di wilayah yang sama yang pernah teruk dilanda oleh gempa bumi Sichuan 2008. Magnitud gempa bumi ditentukan pada Ms 7.0 oleh Pusat Data Gempa Bumi China, Ms 7.0 oleh Akademi Sains Rusia, Mw 7.0 oleh Geoscience Australia, Mw 6.6 oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), Mw 6.6 oleh Sistem Amaran Eropah (EMSC) dan Mj 6.9 oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA). 1,815 kali gegaran susulan telah dicatatkan setakat 00:00 (UTC+8h, 22 April).

Gempa bumi Lushan 2013
Tarikh20 April 2013 (2013-04-20)
MagnitudMw 7.0 (GA)
Ms 7.0 (CENC)
Mw 6.6 (USGS)
Mw 6.6 (EMSC)
Mj 6.9 (JMA)
Kedalaman< 13 km (8.1 bt)
Koordinat30°17′02″N 102°57′22″E / 30.28389°N 102.95611°E / 30.28389; 102.95611 102°57′22″E / 30.28389°N 102.95611°E / 30.28389; 102.95611
Daerah Lushan, Sichuan
Kawasan terjejasGempa Bumi Lushan 2013 Republik Rakyat China (Sichuan, Chongqing, Shaanxi)
Gegaran susulan1,815
Korban193 maut
(Apr.21 14:00 UTC+8h)
24 hilang
(Apr.21 18:00 UTC+8h)
11,826 cedera
(Apr.21 18:00 UTC+8h)
968 cedera parah
(Apr.21 15:00 UTC+8h)
Gempa Bumi Lushan 2013
USGS ShakeMap of the Ya'an earthquake mainshock intensity

Kesan

Gempa bumi ini telah menyebabkan 196 orang maut, 24 hilang, tidak kurang 11,826 cedera termasuk lebih 968 orang yang cedera parah setakat pukul 5:00 petang (UTC+8h, 20 April). Menurut sidang akhbar oleh pihak pemerintah wilayah Sichuan pada 21 April, adalah dilaporkan bahawa gempa bumi tersebut telah menyebabkan 186 orang maut, 21 hilang, 11248 cedera termasuk 852 cedera parah setakat 2:00 PM (UTC+8h, 21 April); inilah laporan rasmi terkini setakat ini. Beberapa buah bandar mengalami kerosakan teruk, termasuk juga sebilangan besar bangunan lama yang runtuh di Lushan. Bekalan elektrik terputus, dan talian elektrik di daerah-daerah Baoxing, Lushan, dan Tianquan turut bercerai-berai. Telekomunikasi terganggu di sebahagian Ya'an. Bahagian Chengdu–Ya'an dan Ya'an–Xichang di Lebuh Raya Beijing–Kunming G5 hanya dibuka untuk kenderaan penyelamat dan tertutup untuk kenderaan lain. Bahagian Xiaojin (小金段) di Lebuhraya Wilayah Sichuan 210 di antara Baoshan (宝山) dan Lushan turut terputus. Sebuah empangan runtuhan yang besar muncul di Jinjixia (金鸡峡) di Sungai Yuxi (玉溪河) di Lushan. Bagaimanapun, sekitar 60 ekor panda di Taman Simpanan Negara Wolong di Ya'an tidak terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat itu.

Rujukan

Tags:

Agensi Meteorologi JepunAkademi Sains RusiaChengduGempa bumi Sichuan 2008Pemantauan Geologi Amerika SyarikatSichuan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

JepunGol & Gincu (filem)Carles PuigdemontNabi Adam a.s.Marwilis YusofNabila HudaSenarai pelakon lelaki MalaysiaPerang BadarHari Kebangsaan MalaysiaBahasa Melayu BruneiUniversiti Teknologi MARAJ RevolusiSumazauMarsyal TUDMPerjanjian HudaibiyahCuti umum di MalaysiaKota KinabaluPasukan Khas UdaraGula melakaTengku Zafrul Abdul AzizBendera PalestinLimau nipisNafiez ZaidiMohamad SabuAbdul Rahim Mohd NoorChacha MaembongKucingSolozUpacara kematian orang CinaShin Tae-yongMega Movie (Slot TV3)Mona FandeyTauhid RububiyahSarah SuhairiJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaNatasya MahyanSenarai peribahasa (A–M)Pilihan raya umum Malaysia 2022Astro RiaHawa RizwanaBaba dan NyonyaFahrin AhmadPeribahasa MelayuRejimen Askar Melayu DiRajaSiti MuslihaTuanku Abdul RahmanTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPiala Thomas & Uber 2024Merdeka 118FarajTV3KhairulamingKecerdasan buatanKata adjektifSolat subuhTimbalan Perdana Menteri MalaysiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaLimau purutHubungan seksKelurKuala LumpurNegarakuAssalamualaikumSolat hajatJam 24 jamNegeri-negeri Melayu BersekutuKanun KeseksaanLiberalismeNabi Sulaiman a.s.Piala Asia B-23 AFC 2024Abang Long FadilDaun salamSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPerang PadriAziz M. OsmanMydinTadau Kaamatan🡆 More