Gemala Hayati (daripada Acheh: Keumalahayaticode: jv is deprecated ) adalah salah seorang perempuan pejuang yang berasal dari Kesultanan Aceh.
Ayahnya bernama Laksamana Mahmud Syah, iaitu anak kepada Laksamana Muhammad Said Syah, putera kepada Sultan Salahuddin Syah yang memerintah sekitar tahun 1530–1539 M. Ayahanda Salahuddin, Sultan Ibrahim Ali Mughayat Syah (1513–1530 M) merupakan pengasas Kerajaan Aceh Darussalam.
Pada tahun 1585–1604, beliau menjadi Kepala Barisan Pengawal Istana Panglima Rahasia dan Panglima Protokol Pemerintah dari Sultan Saidil Mukammil Alauddin Riayat Syah IV.
Beliau bertanggungjawab memimpin sebanyak 2,000 orang menganggotai Inong Balee (janda-janda pahlawan yang telah syahid) yang berperang melawan kapal-kapal dan benteng-benteng Belanda tanggal 11 September 1599 sekaligus membunuh Cornelis de Houtman dalam pertempuran satu lawan satu di geladak kapal. Beliau mendapat pangkat Laksamana atas keberaniannya dalam pimpinan ini.
Jenazah Malahayati dikebumikan di bukit Krueng Raya, Lamreh, Aceh Besar.[perlu rujukan]
Nama beliau banyak dipakai sebagai nama jalan di berbagai-bagai wilayah di Indonesia, malah juga banyak diabadikan dalam pelbagai hal:
Pada 2017, Presiden Joko Widodo mengurniakan anugerahkan Gelaran Pahlawan Nasional berdasarkan Keputusan Presiden Republik Indonesia Nomor 115/TK/Tahun 2017 pada tanggal 6 November.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Gemala Hayati, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.