Futsal

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA).

Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal
Futsal
Futsal pada Sukan Pan American 2007.
Badan induk tertinggiFIFA, AMF
Ciri-ciri
Ahli pasukan5 pada satu-satu masa
JenisDalam dewan
PeralatanBola futsal (serupa dengan Bola sepak)

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Sejarah

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

Rujukan

Tags:

Bola sepakFIFA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Yasmin NapperPilihan raya negeri Selangor 2023Al-ArqamMata anginKhulafa al-RasyidinBaby ShimaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahNadia AqilahNasi himpitTengku Zafrul Abdul AzizAdnan bin SaidiJohor BahruJudiPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaLaura AnnaKuala LumpurPegawai memerintahEkarSharifah AiniFuad RahmanAbang Long Fadil 3Takdir Yang TertulisKuantanNombor telefon di MalaysiaKhunsa (siri TV)MalariaAl Nassr FCNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaParti Islam Se-MalaysiaFrekuensi radio di KelantanPentaksiran Tingkatan TigaPerang AhzabOktovia ManroseLiga Super Malaysia 2024–25Nike ArdillaSekolah Kluster KecemerlanganTeknologi hijauTakwim HijrahUnifi TVSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSarimah IbrahimAbby AbadiKhir RahmanZahirah MacWilsonNajua NasirJean Retno AryaniSherry AlhadadKata kerja tak transitifManchester United F.C.Frekuensi radio di TerengganuMenara Berkembar PetronasPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaWan RajaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Dataran MerdekaMustapha KamalKelantanPulau RedangFikry IbrahimBaju MelayuPasir GudangBadarawuhi Di Desa PenariPerempuan Itu (drama)Azhan RaniPangkat tenteraSekolah Menengah Kebangsaan TebobonKamal AdliKuala Kubu BharuSikorsky S-61A-4 NuriMatlamat Pembangunan MampanRita RudainiZodiakShaheizy SamCinta Buat DaraNorman HakimKL GangsterSusuk🡆 More