Floorball Di Malaysia

Sukan Floorball (harafiah Bola lantai) mula bertapak di Malaysia pada sekitar tahun 2001 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sukan ini diperkenalkan oleh Presiden Persatuan Floorball Malaysia, Rizal Mohd Razman.

Sejarah

Floorball bermula di Sweden pada 1970-an sebagai alternatif kepada sukan hoki mendapat sambutan beberapa negara maju seperti Finland dan Switzerland hingga terbentuknya Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) bagi mengiktiraf sukan itu pada 1986.

Sukan ini mirip hoki ais dengan membariskan 20 pemain dalam sesuatu perlawanan, namun hanya lima pemain saja dibenarkan berada di dalam gelanggang berserta seorang penjaga gol pada satu-satu masa. Setiap pemain biasanya mempunyai pemukul karbon grafit yang terang warnanya iaitu kira-kira 0.91 meter panjang dengan hujungnya berbentuk seakan-akan pemukul hoki ais untuk memukul bola berukuran 7.62 sentimeter, berwarna putih dan diperbuat daripada plastik.

Pada tahun 2002 dan 2004, skuad negara telah menghantar pasukan ke "Kejohanan Dunia Floorball" bagi skuad lelaki. Manakala bagi skuad wanita, mereka menghantar pasukan pada tahun 2003 dan 2005. Di samping itu, skuad negara juga menyertai beberapa pertandingan lain antaranya adalah di peringkat Kejohanan Floorball Asia Pasifik (2004, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010), Kejohanan Piala Dunia Universiti (2014), Piala SEA (2014) dan Sukan Sea (2015).

Dalam usaha mempromosi serta mengangkat sukan floorball ini di Malaysia, Red Phoenix Floorball Academy telah ditubuhkan sebagai platform khas untuk sesiapa yang mempunyai minat untuk mendalami sukan ini. Akademi yang berpusat di Kompleks Sukan MSN, Setiawangsa ini telah ditubuhkan oleh seorang pelopor sukan floorball iaitu Mohd Hafidz Zainalabidin.

Perkembangan

Sejak selepas itu, sukan ini mula berkembang ke negeri Pulau Pinang. Encik Edward Lim adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sukan ini di Pulau Pinang. Liga Floorball Negeri Pulau Pinang mula di perkenalkan pada tahun 2006. Sementara di Selangor, Liga Peringkat Negeri mula diperkenalkan. Ia kemudian dituruti Liga Negeri di Sabah dan Kuala Lumpur. Sukan Floorball ini kini turut mula berkembang ke beberapa negeri lain antaranya Johor, Perak, Sarawak dan juga Negeri Sembilan.

Penerimaan

Floorball juga dinegara kita kini telah mula diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia dan media elektronik serta media cetak. Malah, beberapa buah sekolah, Universiti dan Kolej disekitar negara juga sudah mempunyai sukan floorball antaranya adalah SMK Hamid Khan, SMK SS17, Infrastructure University Kuala Lumpur, Germany Malaysia Institute, UNITEN, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan pelbagai lagi.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Floorball Di Malaysia SejarahFloorball Di Malaysia PerkembanganFloorball Di Malaysia PenerimaanFloorball Di Malaysia RujukanFloorball Di Malaysia Pautan luarFloorball Di MalaysiaKuala LumpurMalaysiaUniversiti Malaya

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SaadiahAhmad Zahid HamidiPaolo RossiKetuanan MelayuBadarKhairy JamaluddinPemancutan maniAsnafSekolah Henry GurneyBabiMosesPerlembagaan MalaysiaTracie SinidolPSM MakassarPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaProton Holdings BerhadTengku Ahmad Iskandar ShahTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUngku Ismail AzizMarlia MusaOsloKata ganti nama (bahasa Melayu)MeerqeenProton WiraAzhar IdrusSains sosialAin EdruceSheikh Muszaphar ShukorKerajaan Bani AbbasiyahMelayuPenjaga gawang (bola sepak)Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamAriz LufiasMuhammad al-FatihOrang Melayu IndonesiaDeobandiNadia AqilahAisyah Abu BakarKucingPembukaan Kota MekahAbdul Taib MahmudTembikaiAwieSenarai saluran AstroPiala Dunia FIFA 2022Kata ganti diriSolat jamakPerjanjian HudaibiyahEmma MaembongKuala LumpurSarawakJuventusNabil AqilTempoh haram puasaBani IsraelOrang YahudiMyKadLaila NasirLayang-layangMaria OzawaAedy AshrafSunan MuriaKamparUNICAcryl Sani Abdullah SaniPasukan bola sepak kebangsaan Yaman UtaraNina IskandarAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaJaafar OnnPrivate BodyguardAsmadi Mohamed NaimKhulafa al-RasyidinKhalsom binti AbdullahPhilippe CoutinhoOnn JaafarNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaAmerika TengahDarah yang keluar dari rahim wanita🡆 More