North American Aviation F-86 Sabre (kadang kala dipanggil Sabrejet) adalah sebuah pesawat pejuang berkelajuan transonik.
Sabre sangat dikenali disebabkan peranan yang dimainkannya dalam Perang Korea dalam menentang pesawat buatan Soviet iaitu MiG-15 dengan menguasai ruang udara Korea. Walaupun dibangunkan pada lewat 1940-an dan ketinggalan zaman semasa akhir tahun 1950-an, Sabre telah membuktikan keupayaannya dan terus digunakan sebagai pesawat pejuang garis hadapan di dalam tentera udara sehingga pesawat terakhir dihentikan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Bolivia pada 1994.
F-86 Sabre | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang |
Pengeluar | North American Aviation |
Penerbangan sulung | 1 Oktober 1947 |
Diperkenalkan | 1949, Tentera Udara Amerika Syarikat |
Dihentikan | 1994, Bolivia |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun Tentera Udara Sepanyol Tentera Udara Republik Korea |
Jumlah dibina | 9,860 buah |
Kos seunit | AS$ 219,457 (F-86E) |
Dibangunkan dari | FJ-1 Fury |
Kelainan | F-86D Sabre Canadair Sabre CAC Sabre FJ-2/3/4 Fury North American YF-93 |
Pesawat ini telah dikeluarkan sebanyak lebih daripada 7,800 buah di antara tahun 1949 hingga 1956, di Amerika Syarikat, Jepun dan Itali. Ia merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan, dengan jumlah pengeluaran bagi kesemua kelainan mencapai 9,860 buah.
Pesawat-pesawat kelainan telah dibina Kanada dan Australia. Pesawat Canadair Sabre sahaja berjumlah 1,815 buah, dan pesawat yang direka semula iaitu CAC Sabre (kadang kala dikenali sebagai Avon Sabre atau CAC CA-27), telah dikeluarkan sebanyak 112 buah.
Data dari The North American Sabre
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Wiki Commons mempunyai media berkaitan: F-86 Sabre. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article F-86 Sabre, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.