Debunga Lalang

Debunga Lalang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azma Aizal Yusoof dibintangi oleh Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Faridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris dan Ungku Ismail Aziz.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 2 Januari 2013 hingga 6 Februari 2013 menggantikan Darjat.

Debunga Lalang
GenreDrama
Cinta
Dendam
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dikalung Kasihan" oleh Imran Ajmain
Lagu penutup"Dikalung Kasihan" oleh Imran Ajmain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitAzlina Sanimin
PenyuntingEddey Mat Napi
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal2 Januari 2013 – 6 Februari 2013
Kronologi
MengikutiDarjat
Diikuti olehKerana Sarah

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.

Sinopsis

Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila).

Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana. Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.

Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.

Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.

Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.

Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.

Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.

Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon Pembantu

  • Faralyna Idris sebagai Alia (Dewasa)
  • Ezlisa Loy sebagai Arina (Dewasa)
  • Siti Maizatul Rafika sebagai Cikgu Rafidah
  • Hanafi Rahmat sebagai Hijab
  • Norlela Yahmat sebagai Mek
  • Noor Azizan sebagai Che Mat

Pelakon Kanak-kanak

  • Qiela Malek sebagai Alia (12 tahun)
  • Dzreena Delaila sebagai Arina (9 tahun)
  • Elnisa Husni sebagai Ayang (10 tahun)

Runut bunyi

Rujukan

Tags:

Debunga Lalang SinopsisDebunga Lalang PelakonDebunga Lalang Runut bunyiDebunga Lalang RujukanDebunga LalangAzma Aizal YusoofDarjat (drama)Faralyna IdrisKu FaridahNoorkhiriahSlot AzaleaTV3Tunku HanisUngku Ismail AzizWan SharmilaZul Ariffin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Doa IftitahPahangTakdir Itu Milik AkuRazarudin HusainKabupaten Lampung TengahCarles PuigdemontSharifah HusnaNabi Sulaiman a.s.TikTokNasi kerabuSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarOrang Cina MalaysiaKerajaan SalakanagaraPetronasLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTeknologi hijauShideeBaju kebayaInflasiKerajaan TarumanagaraAhli Sunah WaljamaahBola tamparSayu Yang SyukurBank Negara MalaysiaIsu kalimah Allah pada stoking 2024Kejuruteraan awamPolitik balas budiPenyelenggaraanJep SepahtuThe Original GangsterEman MananGrup Gerak KhasSifat-sifat AllahSimpulan bahasaPihak Bersekutu Perang Dunia IRevolusi PerindustrianFauzi NawawiRiz AminIpohPeraturan bola jaringIsteri Separuh MasaGantangSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaStray KidsIjazah sarjanaPrabowo SubiantoNur FazuraUndang-undang MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuGantung The SeriesSenarai negara mengikut sistem kerajaanWings (kumpulan muzik Malaysia)Kecerdasan buatanRita NadiraSolat subuhSukanUmmi NazeeraMohamed Fadzli HassanCiri-ciri orang munafikSolozZakar manusiaSyed Danial Syed AhmadMira FilzahAdnan bin SaidiSemenanjung MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamPantang larang MelayuHang TuahSukan OlimpikRindu Kasih 2Hans IsaacKucingPerceraian dalam IslamKementerian Kesihatan MalaysiaDini SchatzmannZUS CoffeeTunku Abdul RahmanButakM.O.B🡆 More