Dalil Aqli

Dalil aqli adalah dalil yang bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal) selagi tidak melanggar penyataan alquran dan hadis.

Allah S.W.T hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya mereka yang dapat memahami agama dan syariat-Nya.

Allah S.W.T berfirman: Ertinya :

"Dan merupakan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal." [Surah Shaad: 43]

Taklif Beban Hukum

Akal merupakan syarat yang harus ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban kewajiban) dari Allah S.W.T. Hukum-hukum syari’at tidak berlaku bagi mereka yang tidak menerima taklif. Dan di antara yang tidak menerima taklif itu adalah orang gila kerana kehilangan akalnya.

Rasulullah S.A.W bersabda, ertinya :

"Pena (catatan pahala dan dosa) di angkat (dibebaskan) dari tiga golongan ; orang yang tidur sampai bangun, anak kecil sampai bermimpi, orang gila sampai ia kembali sedar (berakal)."

Pembatasan wilayah kerja akal

Pembatasan wilayah kerja akal dan pikiran manusia sebagaimana firman Allah S.W.T. Ertinya :

"Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu adalah urusan Rabb-ku. Dan tiadalah kalian diberi ilmu melainkan sedikit." [Surah Al-Israa’: 85]

Firman Allah S.W.T ertinya :

"Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya." [Surah Thaahaa: 110]

Pandangan Ahlus Sunnah

Ulama Salaf (Ahlus Sunnah) senntiasa mendahulukan naql (wahyu) atas ‘aql (akal). Naql adalah dalil-dalil syar’i yang tertuang dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

Secara ringkas pandangan Ahlus Sunnah tentang penggunaan akal, di antaranya sebagai berikut :

  1. Syari’at didahulukan atas akal, kerana syari’at itu ma’shum sedang akal tidak ma’shum.
  2. Akal mempunyai kemampuan mengenal dan memahami yang bersifat global, tidak bersifat terperinci.
  3. Apa yang benar dari hukum-hukum akal pasti tidak bertentangan dengan syari’at.
  4. Apa yang salah dari pemikiran akal adalah apa yang berten-tangan dengan syari’at.
  5. Penentuan hukum-hukum tafshiliyah (terinci seperti wajib, haram dan seterusnya) adalah hak syariat.
  6. Akal tidak dapat menentukan hukum tertentu atas sesuatu sebelum datangnya wahyu, walaupun secara umum ia dapat mengenal dan memahami yang baik dan buruk.
  7. Balasan atas pahala dan dosa ditentukan oleh syari’at.

Dari sini dapat dikatakan bahawa keyakinan Ahlus Sunnah adalah yang benar dalam masalah penggunaan akal sebagai dalil. Jadi, akal dapat dijadikan dalil jika sesuai dengan Al-Quran dan as-Sunnah atau tidak bertentangan dengan keduanya. Dan jika ia bertentangan dengan keduanya, maka ia dianggap bertentangan dengan sumber dan dasarnya. Dan keruntuhan dasar bererti juga keruntuhan bangunan yang ada di atasnya. Sehingga akal tidak lagi menjadi hujah (bukti, alasan) namun berubah menjadi dalil yang bathil.

Lihat juga

Rujukan

  • Kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, Po Box 264 Bogor 16001, Cetakan Pertama Jumadil Akhir 1425H/Agustus 2004M

Nota kaki

Tags:

Dalil Aqli Taklif Beban HukumDalil Aqli Pembatasan wilayah kerja akalDalil Aqli Pandangan Ahlus SunnahDalil Aqli Lihat jugaDalil Aqli RujukanDalil Aqli Nota kakiDalil AqliAllah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jamal AbdillahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKumpulan Rock MalaysiaNik Abdul Aziz Nik MatPuteri Gunung LedangKementerian Dalam Negeri MalaysiaMohd Shukri RamliFrekuensi radio di KedahGunung KinabaluNasi kerabuNabila HudaAbby AbadiSarafAeril ZafrelFrekuensi radio di JohorTentera Laut Diraja MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuKerajaan Persekutuan MalaysiaMustika RatuKecerdasan buatanGajahPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuSudirman (penyanyi)Hari BumiPenjodoh bilangan bahasa MelayuMia KhalifaPegawai WaranKata namaMegat SharizalJosiah HoganBadarawuhi Di Desa PenariBabiSabahThailandPerkara yang dilarang dalam IhramInsya-AllahBuah kerasAzhan RaniNadia AqilahKawasan pilihan raya di MalaysiaCibaiKerisZaman air batuRemy IshakPontianak Harum Sundal MalamBumiputera di SabahPrivate BodyguardSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaKementerian Pendidikan MalaysiaMajapahitDaiyan TrishaMerdeka 118Marsyal TUDMPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021KucingBahasa MelayuKerajaan SalakanagaraSenarai raja-raja MelayuHazama AzmiIwan SyahmanPerang UhudHadha min fadhle RabbiWan RajaFardu KifayahSejarah MelakaOne Cent ThiefPegawai memerintahPeristiwa Bukit KepongSenarai peribahasa (A–M)Mustaqim BahadonPutrajayaNabi Yusuf a.s.Siput babiIsrak dan MikrajTengku Amir ShahJam 12 jamKerajaan Bani UmaiyahAfdlin Shauki🡆 More