Daerah Baling: Daerah di Kedah, Malaysia yang terkenal dengan suasana yang meriah dari segi hubungan masyarakat

Baling (Jawi: ‏باليڠ‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia.

Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.

Daerah Baling
باليڠ
Lokasi Daerah Baling di Kedah
Lokasi Daerah Baling di Kedah
Daerah Baling is located in Bumi
Daerah Baling
Daerah Baling (Bumi)
Koordinat: 5°40′N 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917 100°55′E / 5.667°N 100.917°E / 5.667; 100.917
NegaraDaerah Baling: Sejarah, Mukim, Demografi Malaysia
NegeriDaerah Baling: Sejarah, Mukim, Demografi Kedah
PusatBaling
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Baling
Pentadbiran
 • Pegawai daerahMohd Shahadan Abdullah
Keluasan
 • Jumlah1,530 km2 (590 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah142,643
 • Kepadatan93/km2 (240/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
09xxx
Kod panggilan+6-044
Nombor plat kenderaanK

Sejarah

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong yang telah dikepung oleh rakyat kerana tabiatnya yang gemar memakan darah manusia. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Nama Baling juga dikaitkan dengan orang Siam dan Burma yang berhijrah ke daerah ini kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka juga telah menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Namun pada suatu hari, kebun mereka telah diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka lalu kembali ke Gunung Balik. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Mukim

Daerah Baling: Sejarah, Mukim, Demografi 
Peta daerah Baling

Terdapat lapan mukim di daerah Baling iaitu:

  1. Mukim Siong
  2. Mukim Bongor
  3. Mukim Baling
  4. Mukim Pulai
  5. Mukim Kupang
  6. Mukim Tawar
  7. Mukim Teloi Kanan
  8. Mukim Bakai

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Baling ditadbir oleh Majlis Daerah Baling yang berpusat di Bandar Baling.

Kawasan persekutuan dan negeri

Daerah Baling dirangkumi satu kawasan persekutuan iaitu Baling dan tiga kawasan negeri iaitu Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Baling ialah seramai 142,643 orang dengan kepadatan penduduk 93 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Baling merupakan Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 128,748
Cina 4,218
India 4,517
Lain-lain 2,265
Bukan warganegara - 2,895
Jumlah 142,643

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 78 buah sekolah di daerah ini, iaitu 44 buah sekolah kebangsaan (SK), 18 sekolah jenis kebangsaan (SJK), 12 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), dua buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sebuah sekolah model khas. Daerah Baling juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Daerah Baling SejarahDaerah Baling MukimDaerah Baling DemografiDaerah Baling KemudahanDaerah Baling RujukanDaerah Baling Pautan luarDaerah BalingDaerah Kuala MudaDaerah KulimKedahMalaysiaNegeri PerakSikThailandTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai model kereta ProtonHaidSultan Muhammad VParti Islam Se-MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaSultan TerengganuProfesionalismeSabah F.C. (Malaysia)Angkatan Tentera MalaysiaBella DowannaWudukQarinPilihan raya umum Malaysia 2022Abdul Hadi AwangSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaBatu Bersurat TerengganuSalahuddin al-AyyubiIkan bandarayaSurah At-TaubahAdiraMyKadIsrak dan MikrajJosiah HoganDidi AstillahKerenggaSenarai perbandingan pangkat tenteraKuala LumpurHulu Selangor (kawasan persekutuan)Nombor telefon di MalaysiaPeribahasa MelayuMahathir MohamadBahasa Melayu SabahOrang BanjarFrekuensi radio di KedahSolat sunatRaysha RizroseSophia LianaKuala Kubu BharuJalaluddin HassanTanda-tanda KiamatLiberalismeAnugerah AidilfitriRejimen Askar Melayu DiRajaSultan Nazrin Muizzuddin ShahEmma MaembongRacun RihannaSandrinna MichelleGambir SarawakUqasha SenrosePenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaMenteri Kesihatan MalaysiaSenarai peribahasa (A–M)VAT 69/UTKSemenyihIzzue IslamTentera Udara Diraja MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan TebobonBruce GilleyNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSiksa NerakaSenarai pelakon lelaki MalaysiaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahHarris AlifSingapuraKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Gerak KhasMetamfetaminaFrekuensi radio di TerengganuRiena DianaMazlan AlimanKucingSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanPASKAL (filem)Aween IsmailKerajaan Bani AbbasiyahArena Lieya🡆 More