Drama Festival Kuala Lumpur

Drama Festival Kuala Lumpur (secara rasmi disingkat sebagai DFKL) ialah anugerah majlis tahunan Malaysia yang mengiktiraf pencapaian sinematik dalam industri televisyen, khususnya drama dan telefilem yang dianjurkan oleh dua rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad, TV3 dan TV9.

Drama Festival Kuala Lumpur
PenghargaanPencapaian cemerlang dalam industri televisyen Malaysia
NegaraMalaysia
Disampaikan olehMedia Prima Berhad
Anugerah pertama2014
Anugerah terakhir2019
Laman web rasmiwww.dfkl.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3, TV9

Bermula sebagai seminar dan bengkel televisyen yang diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014, majlis anugerah pertama DFKL diadakan pada 22 Februari. Penganjuran DFKL adalah setara dengan Festival Filem Malaysia yang mengiktiraf karyawan filem Malaysia dan Anugerah Industri Muzik yang mengiktiraf karyawan industri muzik Malaysia. Bagaimanapun, anugerah ini dibatalkan penganjurannya selepas edisi terakhirnya diadakan pada 2019.

Gambaran keseluruhan

Drama Festival Kuala Lumpur dianjurkan bagi meningkatkan lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan. Program ini berjaya menarik ratusan peserta yang terdiri daripada penulis, pengarah, dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.

Pertandingan Drama Pendek DFKL (juga dikenali sebagai DFKL Shorties) diperkenalkan bagi mempromosikan DFKL. Melalui pertandingan ini, para pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan berpeluang mencipta drama lima minit untuk dipertontonkan kepada umum.

Senarai Penganjuran

Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Drama Pilihan Drama Pendek Pilihan Video
Pertama 22 Februari 2014 Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur TV3 Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Love You Mr. Arrogant Singh Susu [1]
Ke-2 22 Mac 2015 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Yana Samsudin
Rindu Awak 200% Luahan Abah [2]
Ke-3 19 Mac 2016 Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Fattah Amin
Amyra Rosli
Fizie (Hot FM)
Kau Aku Kita Kembara Si Kecil [3]
Ke-4 9 April 2017 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Sherry Alhadad
Rita Rudaini
7 Hari Mencintaiku Kongsi Kalau Malu [4]
Ke-5 13 Mei 2018 Nabila Huda
Ajak Shiro
Dekatkan Jarak Kita Manikam Dalam Lipatan [5]
Ke-6 7 April 2019 Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Awal Ashaari Nur Orang Kita [6]

Kategori yang dipertandingkan

Berikut adalah kategori-kategori yang dipertandingkan:

  • Drama Pilihan (2014 - 2019)
  • Pengarah Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Pelakon Drama Lelaki Pilihan (2014 - 2015)
  • Pelakon Drama Wanita Pilihan (2014 - 2015)
  • Hero-Heroin Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Barisan Pelakon Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Penulis Skrip Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Drama Pendek Pilihan (2014 - 2019)
  • Aktor Pilihan (2016 - 2019)
  • Aktres Pilihan (2016 - 2019)
  • Pasangan Pilihan (2016, 2018 - 2019)
  • Pengarah Pilihan (2016 - 2019)
  • Penulis Skrip Pilihan (2016)
  • Lagu Tema Pilihan (2016 - 2018)
  • Antagonis Pilihan (2016 - 2019)
  • Skrip Drama Radio (2017)
  • Skrip Drama Pilihan (2017)
  • Pasangan Serasi Pilihan (2017)
  • Drama Pilihan Tonton VIP (2017 - 2018)
  • Penulisan Skrip Pilihan (2018)
  • Lagu Pilihan (2019)
  • Drama Radio Pilihan (2018)
  • Selfie Paling Drama (2018)
  • Skrip Pilihan (2019)
  • Drama Rantaian Cina Pilihan (2019)

Alumni terkenal

DFKL turut mencungkil pelapis baharu bagi mewarnai industri hiburan tanah air, berikut ialah alumni yang diperkenalkan di DFKL.

Lihat juga

    Anugerah berkaitan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Drama Festival Kuala Lumpur Gambaran keseluruhanDrama Festival Kuala Lumpur Senarai PenganjuranDrama Festival Kuala Lumpur Kategori yang dipertandingkanDrama Festival Kuala Lumpur Alumni terkenalDrama Festival Kuala Lumpur Lihat jugaDrama Festival Kuala Lumpur RujukanDrama Festival Kuala Lumpur Pautan luarDrama Festival Kuala LumpurMedia Prima BerhadTV3TV9

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MacKejuruteraan awamHari Raya AidilfitriPertubuhan Pribumi PerkasaHantu Kak Limah Balik RumahKitab suci IslamNabi Yusuf a.s.EtikaSunan MuriaMyKadOmanSolozPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Piala Dunia FIFA 2010Eman MananSingapuraCyberpunk 2077Senarai buahSyahadahKhunsaSahurRadius OneProton WajaNabi Syu'aib a.s.Bumiputera di SabahPerang Dunia KeduaPenanda wacanaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaWings (kumpulan muzik Malaysia)Bak kut tehSultan JohorRoslan SalehBangladeshSunan Gunung JatiDaerah di SabahKabupaten Lampung TengahSenarai poskod di MalaysiaIkan bandarayaMasjid Sri SendayanOptimismeRozita Che WanTengku Zafrul Abdul AzizSenarai sistem badan manusiaMira FilzahAmpangBaju kebayaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3DubrovnikMYTV BroadcastingA FamosaNur (drama)Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Proton SagaSyurgamu RamadhanJep SepahtuKobe Jae ChongJohorPerkhidmatan awam di MalaysiaSolat tarawihPerodua AxiaIntan LadyanaAbdul Razak HusseinEmpayar UthmaniyahPenggunaInfrastrukturSerembanFolikel buluRinggitBumiputeraPitt HanifPutri JannahNabi Muhammad SAWTakbirBola sepakKecerdasan buatanRukun ImanPahangGolongan kata (bahasa Melayu)Kerengga🡆 More