Dekatkan Jarak Kita

Dekatkan Jarak Kita merupakan siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Ayda Jebat.

Diadaptasi dari novel 100 Hari Mengenal Cinta, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 21 November 2017 hingga 25 Disember 2017 menggantikan Andainya Takdir.

Dekatkan Jarak Kita
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
100 Hari Mengenal Cinta oleh
Syu Ariani
PengarahAzman Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tergantung Sepi" oleh Haqiem Rusli
Lagu penutup"Tergantung Sepi" oleh Haqiem Rusli
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 November 2017 – 25 Disember 2017
Kronologi
MengikutiAndainya Takdir
Diikuti olehMelankolia

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.

Sinopsis

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofiya yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukemia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofiya, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofiya dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofiya enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukemia Sofiya dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofiya dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofiya, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofiya kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofiya memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofiya itu, penyakit leukemianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofiya meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Kamil?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktor Pilihan Syafiq Kyle Tercalon
Aktres Pilihan Ayda Jebat Tercalon
Antagonis Pilihan Azhan Rani Tercalon
Pengarah Pilihan Azman Yahya Tercalon
Skrip Pilihan PGR's Team Tercalon
Lagu Pilhan Tergantung Sepi – Haqiem Rusli Tercalon
Pasangan Pilihan Syafiq Kyle & Ayda Jebat Menang
Drama Pilihan Dekatkan Jarak Kita Menang

Rujukan

Tags:

Dekatkan Jarak Kita SinopsisDekatkan Jarak Kita PelakonDekatkan Jarak Kita AnugerahDekatkan Jarak Kita RujukanDekatkan Jarak Kita100 Hari Mengenal CintaAndainya TakdirAyda JebatSlot SamarindaSyafiq KyleTV3

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BadmintonSabahNasi kandarMajapahitSurah al-BaqarahBella Astillah15 Puasa (telefilem)Lagi-Lagi SenarioZiana ZainSharifah ShahirahS.S. LazioSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPasukan Gerakan AmNabi Yusuf a.s.Sukan elektronikSandrinna MichelleShaheizy SamPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdiraKugiran MasdoWanita SyurgaUnited KingdomJenayah kolar biruNabila RazaliAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminLompat tikamPendidikan di MalaysiaBella DallyBaby ShimaAgamaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaOrang Melayu MalaysiaSolatAbdul Razak HusseinNik Abdul Aziz Nik MatBaju kurungSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaRindu Kasih 2The Legend of Zelda (permainan video)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaEmpayar Rom SuciBaksoRukun NegaraKebudayaan MalaysiaFalsafah Pendidikan MalaysiaRedza RosliSungai BulohTony EusoffLee Chong WeiPerang Dunia PertamaNabi Isa a.s.Sejarah MalaysiaKampung Medan, Petaling JayaKementerian Pendidikan MalaysiaPolis Diraja MalaysiaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSunan DrajatSiti Khadijah HalimKumpulan Wang Simpanan PekerjaBaju MelayuPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKL GangsterBruneiLatStadium Nasional Bukit JalilBunga rayaKamus DewanPiala Dunia B-20 FIFA 2019Tengku Zafrul Abdul AzizNgabuburitSultanah Nur Diana Petra AbdullahPerang Dunia KeduaShahrulezad MohameddinMajlis Raja-RajaLaila NasirSenarai Surah Al-QuranAgama Buddha🡆 More