Andainya Takdir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis.
Drama yang diangkat daripada kisah benar ini mengisahkan tentang seorang suami yang sering memukul isterinya akibat cemburu dan termakan hasutan orang lain. Musim pertama drama ini, yang diarahkan oleh Along Kamaludin memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 menggantikan Menanti Februari. Drama ini menjadi sebuah siri televisyen yang menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan penarafan sebanyak 10 juta penonton. Musim keduanya, yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini, disiarkan pada 13 Jun 2018 sehingga 2 Ogos 2018.
Andainya Takdir | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | A. Aida (cerita, konsep & idea asal) |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Permata Cinta" oleh Aiman Tino |
Lagu penutup | "Permata Cinta" oleh Aiman Tino |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 36 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Fariz Che Aziz Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli |
Penerbit | Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' A. Aida Datin Sri Noraini Abdul Jalil |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studio |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 29 Mei 2017 – 2 Ogos 2018 |
Status | 28 Oktober 2020 - 6 Januari 2021 (ulangan) |
Siri | Episod | Tayangan asal | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | Rangkaian | ||||
1 | 16 | 29 Mei 2017 | 22 Jun 2017 | TV3 | ||
2 | 20 | 13 Jun 2018 | 2 Ogos 2018 |
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.
Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.
Menurut penulis skrip drama ini, Wan Mahani Wan Hassan, Andainya Takdir berdasarkan dari kisah benar rakan karib beliau dan ia ditulis atas persetujuannya.
Menulis untuk New Straits Times, Tahir Alhamzah dalam ulasannya mengenai Andainya Takdir menyifatkan keganasan domestik sebagai teras utama penceritaan sambil menyatakan ia "mempunyai jalan cerita yang baik dan boleh dipercayai, persembahan oleh pelakon menarik perhatian ke titik di mana saya hanya begitu marah dengan Shukri, Sheila dan Annie setiap kali mereka membuat kesalahan".
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 | Aktor Pilihan | Shukri Yahaya | Tercalon | |
Antagonis Pilihan | Menang | ||||
Pengarah Pilihan | Along Kamaluddin | Tercalon | |||
Skrip Pilihan | Wan Mahani Wan Hassan | Tercalon | |||
Lagu Tema Pilihan | Permata Cinta (Nyanyian Aiman Tino) | Tercalon | |||
Drama Pilihan | A.Aida Production | Tercalon | |||
2017 | Anugerah Skrin 2017 | Drama Rantaian Terbaik | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Andainya Takdir, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.