CNN International (CNNI) ialah sebuah rangkaian televisyen berbahasa Inggeris yang menyiar rancangan berita, hal ehwal semasa dan perniagaan seluruh dunia.
CNN International terdapat di kebanyakan tempat di merata dunia, melalui edaran satelit dan kabel. Capaian antarabangsanya melebihi 200 juta rumah tangga dan bilik hotel di lebih 200 buah negara. Bagi kebanyakan penggunanya siarannya percuma, namun sesetengah syarikat televisyen berbayar merangkumkannya dalam pakej TV berbayarnya, atau mengisukan saluran maya pada versi percuma melalui satelit yang sama.
CNN International dianggap sebagai saluran berita kedua terbesar selepas BBC World.
Pengarah pengurusan CNN International ialah Tony Maddox.
Semasa perang Iraq, CNN telah dibunakan oleh Pantagon bagi menyiarkan beberapa berita yang kurang tepat sebagai taktik mengelirukan pihah lawan. Selain itu CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.
CNN International dan CNN Headline News pernah menuai insiden dalam usaha menewaskan Fox News Channel; ia sengaja memberi motif logo lama CNN International pada sebuak meja di kantor CNN di Atlanta, Amerika Syarikat
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article CNN International, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.