Belimbing Besi

Belimbing besi (Jawi: ‏بليمبيڠ بسي‎code: ms is deprecated ‎), belimbing manis atau belimbing segi (nama botani: Averrhoa carambola) merupakan tumbuhan daripada keluarga Oxalidaceae yang asli Asia Tenggara.

Spesies ini menghasilkan buah bersegi atau bersanding-sanding yang boleh dimakan dan banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Belimbing besi
Belimbing Besi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Filum:
Order:
Oxalidales
Keluarga:
Genus:
Averrhoa
Spesies:
A. carambola
Nama binomial
Averrhoa carambola
Belimbing Besi
Rupa buah belimbing masak (kiri) dan keratan rentasnya.

Belimbing besi merupakan Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan dan apabila dipotong secara melintang, keratan rentasnya menonjolkan bentuk bintang bersegi lima.

Penanaman

Pengurusan tanaman pokok belimbing mesti dijalankan mengikut pakej Amalan Pertanian Baik (APB) yang meliputi pelbagai aspek dari mula menanam sehingga aktiviti lepas tuai. Benih tanaman berkualiti yang disahkan terdiri dari varieti atau klon B10 sebagai pokok utama diselangkan dengan pokok klon B2 sebagai klon pendebunga. Penanaman klon pendebunga boleh ditanam setiap 5 barisan B10 dengan sebaris B2 atau sepokok klon B2 dikelilingi beberapa pokok B2. Terkini, disyorkan agar pokok yang berumur lebih 5-8 tahun dicantum terus klon B2 pada setiap pokok B10 atau klon B17 (klon komersil). Amalan ladang seperti sistem pengairan ladang, kawalan musuh dan penyakit serta kawalan rumpai dijalankan mengikut Pakej Amalan Teknologi Tanaman Belimbing. Baja NPK 15:15:15 ditabur selepas mencantas diikuti dengan baja NPK 16:16:16 untuk menggalakan pembungaan. Jenama baja 'Yara Mila' didapati menjadi pilihan ramai penanam belimbing Malaysia kerana kualitinya dan keberkesanannya walaupun harganya agak mahal. Baja tahi ayam sebanyak 1 guni sepokok diberikan setiap tahun.

Pembalutan belimbing

Buah belimbing mempunyai kulit yang sangat lembut dan amat disukai oleh lalat buah (Bactocera carambolae). Sejenis lagi lalat buah dari spesies yang dipanggil sebagai Daucus sp. yang juga menyerang buah belimbing. Buah belimbing perlu dibalut bagi mengatasi masalah serangan lalat buah agar tidak dirosakkan dan boleh dijual untuk pasaran eksport atau pasaran domestik.

Buah putik belimbing perlu dipilih dari buah yang lurus, tidak cacat dan cantik sebelum dibalut. Setiap jambak bunga mengandungi antara 5 -15 putik buah yang berukuran 1-2 cm panjang dan akan gugur secara semula jadi apabila putik membesar. Buang semua putik dan tinggalkan satu putik sahaja yang berukuran 4-5 cm untuk dibalut. Kajian menunjukkan putik yang berumur 2 minggu selepas terbentuk dengan saiz sesuai perlu dibalut dan dipilih sebelum diserang lalat buah. Pilih satu sahaja buah pada ranting yang berjuntai ke bawah untuk dibalut dengan ketinggian yang boleh dicapai. Putik yang tumbuh pada batang utama atau dahan utama memang banyak tetapi tidak digalakkan dibalut kerana tangkai jambak yang pendek melambatkan proses membalut dan kadang-kadang akan putus. Musim kering dan pokok yang telah dibaja mampu mengeluarkan beratus tangkai bunga.

Gambar

Rujukan

Pautan luar

Senarai pokok Belimbing Besi 
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Tags:

Belimbing Besi PenanamanBelimbing Besi Pembalutan belimbingBelimbing Besi GambarBelimbing Besi RujukanBelimbing Besi Pautan luarBelimbing Besi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nina IskandarAznil NawawiAnwar IbrahimMahathir MohamadVAT 69/UTKBendera MalaysiaSolat Sunat NikahLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaRindu Kasih 2Pentaksiran Tingkatan TigaRatu SofyaLaskar Udara KananParti Islam Se-MalaysiaDarjah Khas Agama JohorSandakanPemancutan maniHasnul RahmatAstro MalaysiaPASKAL (filem)Francissca PeterP. RamleeYasmin AhmadSijil Pelajaran MalaysiaPokok MambuApplePersekutuan Tanah MelayuDzulkefly AhmadNora DanishEmma MaembongMarsyal TUDMCerita Rakyat MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahAstrolabHukum Kanun MelakaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaProton ExoraSenarai dail terus antarabangsaProton Holdings BerhadKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024KemamanHemoroidSenarai model kereta ProtonAngeline TanMasjidKiblatGayatri Su-Lin PillaiKata adjektifGenting HighlandsAngkatan Tentera MalaysiaSarimah IbrahimNatasya MahyanKedah TuaIntegritiKesan perubahan iklimGunung KinabaluPerodua KancilIsteri HalalDaun terupOrang Melayu MalaysiaNasha AzizNabi Muhammad SAWSultanah Nur ZahirahAbdul Rahim Mohd NoorProton SatriaHero RemajaProton PersonaPeribahasa MelayuPeristiwa 13 MeiSultan Muhammad VSaleemJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaHari Raya AidilfitriJattTulisan JawiPenanda wacanaKebudayaan MalaysiaKeropok lekorDaerah di Malaysia🡆 More