Barat Laut Pasifik

Barat Laut Pasifik (Inggeris: Pacific Northwest; biasanya diringkaskan sebagai PNW di Amerika Syarikat), juga sekali-sekala dirujuk sebagai Kaskadia, ialah satu kawasan di barat Amerika Utara yang disempadani Lautan Pasifik di sebelah barat dan sedikit-sebanyak oleh Pergunungan Rocky di sebelah timur.

Meskipun tidak terdapat sempadan yang dipersetujui bagi kawasan ini, pandangan umum menyertakan negeri-negeri Amerika Syarikat iaitu Oregon dan Washington, serta wilayah Kanada British Columbia ke dalam kawasan ini. Pandangan yang lebih luas turut merangkumi Alaska dan Yukon di utara, Kalifornia Utara di selatan, dan Idaho, Montana Barat, barat Wyoming, barat Alberta sehingga ke Pembahagi Benua Amerika di sebelah timur. Pandangan yang merangkum kawasan lebih kecil mungkin meliputi kawasan Barat Laut Amerika Syarikat atau ke kawasan pesisiran pantai barat daripada Pergunungan Cascade dan Coast. Banyaknya takrifan bagi sempadan kawasan ini berpunca daripada beberapa kesamaan sejarah, geografi, dan masyarakat kawasan ini, beserta beberapa faktor lain.

Barat Laut Pasifik
Barat Laut Pasifik dari angkasa lepas.
Visualisasi ini menunjukkan turutan data berdasarkan program Landsat di kawasan Barat Laut Pasifik.

Pantai Barat Laut (Northwest Coast) ialah kawasan pantai Barat Laut Pasifik, manakala Penara Barat Laut (Northwest Plateau) (juga biasanya dikenali sebagai "Pedalaman British Columbia" ("The Interior") di British Columbia dan Empayar Pedalaman di Amerika Syarikat) ialah kawasan pedalaman. Istilah "Barat Laut Pasifik" jangan dikelirukan dengan Kawasan Barat Laut (juga dikenali sebagai Great Northwest, satu istilah lama di Amerika Syarikat) atau Kawasan-kawasan Barat Laut di Kanada.

Kawasan metropolitan terbesar rantau ini ialah Seattle Raya, Washington dengan jumlah penduduk seramai 3.9 juta orang; Vancouver Raya, British Columbia dengan 2.4 juta penduduk; dan Portland Raya, Oregon dengan 2.2 juta penduduk.

Aspek utama Barat Laut Pasifik ialah sempadan antarabangsa Amerika Syarikat–Kanada, yang dimeterai oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom ketika mana rantau ini kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang asli Amerika. Sempadan ini — yang terletak di dua seksyen, satu di sepanjang selarian ke-49 selatan daripada British Columbia, serta di Panhandle Alaska di barat utara British Columbia — telah memberi impak yang besar terhadap rantau ini. Menurut sejarawan Kanada Ken Coates, sempadan ini bukan sekadar memberi kesan terhadap Barat Laut Pasifik, sebaliknya "sejarah dan karakter rantau ini telah ditentukan oleh sempadan tersebut".

Rujukan

Tags:

AlaskaAlbertaAmerika UtaraBahasa InggerisBritish ColumbiaIdahoLautan PasifikNegeri-negeri Amerika SyarikatOregonPembahagi Benua AmerikaPergunungan RockyWashingtonWyomingYukon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nombor perdanaKemalangan helikopter Lumut 2024Harris AlifSejarah IslamTunku Abdul RahmanDaerah di SabahPerodua KancilMinal 'Aidin wal-FaizinSenarai negara mengikut sistem kerajaanSelawatZizan RazakPerodua KelisaMega Movie (Slot TV3)Masya-AllahQistina KhaledAlor SetarAngeline TanJohor Darul Ta'zim F.C.Isteri-isteri Nabi MuhammadRita NadiraHarvey NormanAbdullah bin Ahmad BadawiAzhar SulaimanWings (kumpulan muzik Malaysia)Senarai gunung di MalaysiaMuhammad bin Idris al-SyafiiSiti Khadijah HalimTengkolokAzira ShafinazPulau RedangKerajaan Bani AbbasiyahSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahTengku Permaisuri NorashikinGambir SarawakJalaluddin HassanLiberalismePerang AhzabAiman Hakim RidzaPrabowo SubiantoNabi Isa a.s.BoBoiBoyNadia BrianOrang Melayu MalaysiaWahabiJoe FlizzowKhulafa al-RasyidinSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSiksa NerakaFattah AminForest CitySunan DrajatAbdul Hadi AwangFadhlina SidekUniversiti Utara MalaysiaJattUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaYasmin NapperBahasa Melayu SabahTrisha OoiSelangorTeluk IntanNasi himpitSunan BonangSemenanjung MalaysiaSkop ProductionsPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024KelantanPanglima Angkatan TenteraAedy AshrafSunan MuriaAisyah AzizDoa IftitahTentera Darat MalaysiaHang TuahBuah pelagaSumpahan JeruneiZul Ariffin🡆 More